Sunday, 29 November 2020

MMRP

 Assalamualaikum.

Saya sekarang belajar di Universiti. Saya SPM tahun lepas. Saya rindu jugak sekolah saya dulu. Saya rindu cikgu cikgu, kawan kawan, jaga dan ramai lagi.

Hari tu saya lalu depan sekolah, banyak sangat berubah! Dewan yang besar tu dah berubah jadi beberapa buah kelas. Saya rindu masa saya duduk dekat tepi dewan tu dulu sambil tunggu Umi saya ambik. Dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 saya tunggu Umi saya kat situ. Rindunya!

Banyak sangat kenangan saya kat sekolah tu. Masa saya start masuk sekolah tu masa tingkatan satu, semua cikgu dah kenal saya. Sebab kakak kakak saya dulu sekolah kat situ jugak. saya tak suka macam tu...sebab nanti cikgu expect saya lebih lebih. Sebab kakak kakak saya pandai. Mereka menonjol masa sekolah dulu. Dan saya pulak, prestasi saya memang teruk pun kat sekolah. Sepanjang tingkatan 1 sampai tingkatan 5, dua tiga kali je saya dapat nombor top 10, yang lain nombor 12, 17, 26 dan banyak lagi.

Saya sedih jugak masa tu sebab cikgu cikgu anggap saya lembap. Saya kesian kat Abah Umi saya, sebab mereka yang dapat nama. Tapi, saya ok je dengan cikgu cikgu. saya masih sayang mereka.๐Ÿ’–

Sekarang pukul 10.47 malam. Kakak saya dah tidur tu. Saya pun dah ngantuk ni. Bye Assalamualaikum.

saya dan kawan MMRP (ting.5)๐Ÿ‘†

Ahmad Ibn Hanbal

 Assalamualaikum.

Sekarang pukul 12.35. Jap lagi nak solat Zuhur. Sekarang saya nak cerita pasal satu cerita yang saya baru tengok. Tapi tak habis lagi tengok. Dia ada 30 episod. Saya baru tengok 9 episod. Tapi saya suka sangat cerita tu! Tajuk cerita tu, 'The Imam- Imam Ahmad Ibn Hanbal'.

Cerita tu cerita Bahasa Arab. Hero yang jadi Imam Ahmad tu orang Syria. Semua watak dalam cerita tu pandai berlakon. Cara mereka bercakap dalam tu berhikmah sangat. Lagi lagi watak Imam Ahmad dengan watak Mohammad tu. Masih terngiang ngiang suara mereka ni kat telinga saya. Saya suka sangat. Sebenarnya saya tak faham sangat Bahasa Arab, saya kena tengok subtitle baru betul betul faham. Tapi bahasa yang mereka guna tu mudah, macam yang saya belajar. Maksudnya dia tak guna loghat yang pelik pelik lah.

Watak perempuan muda dalam cerita ni ada 2 je. Fowz dengan Shahinaz. Watak perempuan tua ada banyak sikit. Umi Imam Ahmad, Umi Marwan, Umi Khalid pastu Umi Amer. Antara watak yang saya suka dalam cerita ni ialah Imam Ahmad Ibn Hanbal dengan Mohammad Ibn Idris Ibn Shafei. 

Sekarang saya nak pergi dapur nak teman Kakak saya. Bye Assalamualaikum.


watak Imam Ahmad Ibn Hanbal๐Ÿ‘†

 

Thursday, 26 November 2020

Foodtruck

 Assalamualaikum.

Dah 13 hari saya balik rumah. Kalau boleh saya taknak pergi balik dah Universiti. Saya nak duduk rumah lama lama!!! Tapi bulan 1 ni saya kena pergi jugak.๐Ÿ˜ญ Tapi blog kali ni saya nak cerita pasal satu benda yang best pasal U tu. FOODTRUCK!!!

Dekat U saya tu ada foodtruck. Tapi bukan hari hari. Dia ada hari Rabu, Jumaat dan Sabtu, kalau tak silap. Selalunya saya pergi hari Sabtu. Sebab hari tu takde kelas. Benda yang paling best dekat foodtruck tu adalah Air Mango. Harga dia 5 ringgit. Mula mula saya pelik kenapalah lori tu ramai orang beratur. Pastu saya trylah beli sekali. Barulah saya faham kenapa lori tu selalu penuh orang. Air dia sedap sangat sangat. 

Walaupun mahal, saya sanggup beli sebab sedap. Saya selalu nampak tuan lori duduk potong buah mango kat dalam lori tu. Masa tu baru saya tahu, air dia sedap sebab dia betul betul guna buah mango fresh, bukan debu. Saya harap nanti saya pergi sana untuk sem seterusnya, foodtruck air mango tu ada.

Ok, saya nak solat maghrib ni...Assalamulaikum. 

bersama Mai๐Ÿ‘†


bersama A'isyah dan Adnin๐Ÿ‘†

Kakakku

 Assalamualaikum.

Saya nak cerita pasal benda lain sikit hari ni. Bukan pasal Universiti. Saya ada 2 orang kakak. Tapi hari ni saya nak cerita pasal sorang je. Yang atas saya.

Tahun ni, kakak saya berumur 23 tahun. Tapi dia taknak mengaku dia 23 tahun. Dia nak jadi muda selamanya. Kakak saya belajar di UIAM. Dia kos Bahasa Arab yang nak jadi cikgu tu, TAASL rasanya. Kakak saya pandai sangat. Tapi dia selalu duk puji orang lain je. Orang tu hebat, orang ni hebat...padahal dia lagi hebat. 

Saya sayang dia sangat sangat tapi.....kadang kadang saya gerammm sangat kat dia. Dia koya berkorban. Semua benda yang berat biar dia bawak. Kononnya, biar dialah yang menanggung benda macam tu, orang lain jangan. Ha macam tu. Benda tu membuatkan dia nampak macam heroin, dahlah kerja kerja rumah dia yang buat, selain Umi. Saya dapat rasakan dia tu anak kesayangan Umi. Umi selalu cakap,"Kalu Kaksya balik rumah, Umi rasa lega slalu..sebab dia ambik alih kijo Umi".

Pastu, dahlah dia paling cantik dalam adik beradik kami ni. Tapi dia tak mengaku. Dia selalu cakap gigi dia macam ni lah, macam tu lah....Pastu asyik puji orang lain. Eeeeeee..geram saya..

Hmm....ok, setakat ini ye. Bye, Assalamualaikum.


kakak saya๐Ÿ‘†



Tuesday, 24 November 2020

Ustaz Quranic

 Assalamualaikum.

Saya dah habis sem 1. Bulan 12 ni masuk sem 2 Insya-Allah. Sem 1 hari tu saya belajar 4 subjek. Nahu, Sorof, Understanding Islam dan Quranic. Quranic tu kena ambik sebab saya dapat A- Bahasa Arab masa SPM. Mula mula saya tak suka kelas tu. Tapi, rupa rupanya kelas tu paling BEST!

Kelas tu ada dua Ustaz. Ustaz Mohd Zulhisyam dan Ustaz Mohd Zul Amin. Ustaz Zulhisyam umur 46 tahun.Ustaz asal Kelantan tapi duduk Kuantan Pahang. Ustaz ni ketua bahagian Quranic Language. Saya suka sangat Ustaz Zulhisyam. Sebab beliau bercakap lembut sangat. Ustaz suka bagitahu perkataan baru yang saya tak pernah tahu sebelum ni. Jadi sekarang, semakin banyak vocab Bahasa Arab yang saya tahu. Alhamdulillah...Saya suka Ustaz sebab dia tak marah marah pun. Dia baik. Saya sayang Ustaz Zulhisyam.๐Ÿ’–

Pastu nak cerita pasal Ustaz Zul Amin pulak. Ustaz ni muda lagi. Saya rasa awal tiga puluhan. Dia dah kahwin. Isteri dia kerja dekat medical center. Saya suka sangat Ustaz ni mengajar. Dia ajar satu satu tajuk tu sampai kita betul betul faham lepas tu baru buat latihan. Ustaz Zul Amin belajar di Kuwait sejak tingkatan 3 ke 4. Ustaz belajar kat sana 14 tahun rasanya. Lama kan? Apapun saya suka Ustaz sangat sangat.๐Ÿ’ž

Saya doakan semoga Ustaz Mohd Zulhisyam dan Ustaz Mohd Zul Amin dikurniakan kehidupan yang terbaik di dunia dan di akhirat. Ok bye. Assalamualaikum.

bersama Ustaz Zulhisyam๐Ÿ‘†


bersama Ustaz Zul Amin๐Ÿ‘†

Saturday, 21 November 2020

Balik Rumah

 Assalamualaikum.

Dah lama saya tak buat blog. Sebab hari tu saya banyak kerja sangat. Saya stress sangat masa tu. Ada banyak sangat assignment. Dah lah ada exam lagi. Saya banyak nangis je masa tu. Tak sempat buat blog. Jadi, masa balik rumah ni la boleh buat blog. Ada banyak benda nak cerita, tapi satu per satu ye...

Saya bertolak balik pada 13 hari bulan 11 hari tu, pukul 6 lebih petang. Saya excited sangat nak balik masa tu, sebab tiga bulan saya terperangkap dalam Universiti tu. Hari hari nangis nak balik. Akhirnya betul betul boleh balik. Rasa macam mimpi sangat. Saya beli tiket bas tu awal awal lagi. Sebab tak sabar.

13 hari bulan tu hari Jumaat. Hari Jumaat pagi tu saya ada exam Nahu. Pukul 9 sampai pukul 12. Habis exam tu, saya dengan roommates terus pergi cafe beli nasi ayam untuk kali terakhir bagi sem 1. Pastu kami balik bilik dan makan sama sama. Sambil makan tu, kami bercerita pasal banyak benda. Lepas tu, kami pun mula kemas kemas barang. Sampai berhabuk beg duduk bawah katil. 

Pukul 4, kami pun turunkan beg beg tu.. PENAT SANGAT SANGAT. Dari tingkat 5 kami turunkan beg tu satu per satu. Pastu, kami pun solat Asar di musolla Mahallah. Lepas tu, saya dan kawan kawan pun gerak ke stesen bas. Bas tu untuk bawak kami ke main gate. Sebab barang kan banyak. Jadi bas tu tolong bawakkan lah. 

Tapi, rupa rupanya kami lambat. Tempat duduk dalam bas tu dah penuh. kami cuma boleh letakkan barang je, tu pun satu beg je. Selebihnya kami bawak sendiri sambil jalan. Letih sangat. Banyak kali tukar tangan untuk bawak barang tu. Saya bergilir gilir dengan kawan saya untuk bawak beg tu.

Saya naik bas lain lain dengan roommate saya. Saya bas 4. Depe bas 3 rasanya. Atas bas tu, saya duduk dengan classmate saya yang Kelantan jugak tu. saya satu daerah dengan dia. kami duduk tingkat atas. First time saya naik bas sorang sorang tanpa ahli keluarga. 

Okey....setakat ni untuk malam ni ye...

Assalamualaikum.


504


Assalamualaikum.

Saya nak cerita pasal class saya di Universiti. Saya seksyen 504. Atas tu gambar budak kelas saya. Saya pun ada dalam gambar.๐Ÿ˜

Sebenarnya saya kena paksa ambik gambar. Saya taknak sebenarnya. Sebab semua kena pakai tudung bawal pink. Saya tak pernah pakai bawal selain ada majlis kat rumah. Dahlah saya tak pandai pakai. Tapi saya dipaksa dan diugut. Jadi saya terpaksa pakai, pinjam tudung roommate saya, A'isyah.

Budak kelas saya ni semua baik sebenarnya. Tapi, saya tak selesa duduk dengan depe ni. Saya lagi suka duduk dengan roommates. Lagipun kalau saya duduk dengan kawan kelas, saya kena cakap bahasa standard. Jadi tergagap gagap. Kalau dalam bilik, cakap Kelantan popa popa.

Pastu, budak kelas saya ni suka sangat ambik gambar. Sekali ambik gambar dekat beratus. Pastu saya pun terpaksa masuk dalam gambar jugak. Tapi, dekat nak balik tu, saya tak join pun kalau dorang bergambar ke, buat majlis ke..sebab saya tak suka! Ni bukan unik ke apa. Saya betul betul rasa tak selesa, lagipun saya tak pandai nak berkawan. Nanti jadi krik krik.

Sem depan saya seksyen 505, tak skali dengan mereka dah. Sedih jugak sebab mereka ni baik. Tapi takpelah kan. Lagipun sem depan saya skali dengan roommate saya yang sorang tu, Faizan. Kelas online 6 minggu, lepas tu baru kena pergi U semula untuk kelas face to face. Saya tak semangat sebenarnya untuk masuk U balik ni. Saya nak duduk rumah lama lama tanpa belajar.๐Ÿ˜ญ

Sila doakan saya ye...bye, sambung esok.
Assalamualaikum.

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...