Assalamualaikum.
Dah 13 hari saya balik rumah. Kalau boleh saya taknak pergi balik dah Universiti. Saya nak duduk rumah lama lama!!! Tapi bulan 1 ni saya kena pergi jugak.😭 Tapi blog kali ni saya nak cerita pasal satu benda yang best pasal U tu. FOODTRUCK!!!
Dekat U saya tu ada foodtruck. Tapi bukan hari hari. Dia ada hari Rabu, Jumaat dan Sabtu, kalau tak silap. Selalunya saya pergi hari Sabtu. Sebab hari tu takde kelas. Benda yang paling best dekat foodtruck tu adalah Air Mango. Harga dia 5 ringgit. Mula mula saya pelik kenapalah lori tu ramai orang beratur. Pastu saya trylah beli sekali. Barulah saya faham kenapa lori tu selalu penuh orang. Air dia sedap sangat sangat.
Walaupun mahal, saya sanggup beli sebab sedap. Saya selalu nampak tuan lori duduk potong buah mango kat dalam lori tu. Masa tu baru saya tahu, air dia sedap sebab dia betul betul guna buah mango fresh, bukan debu. Saya harap nanti saya pergi sana untuk sem seterusnya, foodtruck air mango tu ada.
Ok, saya nak solat maghrib ni...Assalamulaikum.
Wow.
ReplyDeleteDelicious.