Assalamualaikum.
Dah sebulan saya tak post apa apa. Sebab 8 Ogos hari tu, saya daftar masuk universiti. Saya menangis teruk sangat hari tu. Masa sampai dekat pagar universiti, tiba tiba abang tu cakap 3 orang je boleh masuk. Yang selebihnya tunggu dekat luar. Masa tu kami berlima. Abahku, Umiku, Kakakku, Adikku dan saya. Abah saya cakap, biar Abah dengan Adik keluar. Saya terus menangis seteruk teruknya.
Saya tak boleh tahan. Sambil Abah saya keluar kereta, Abah saya gosok kepala dan pipi saya. Abah saya cakap,"Takpo...nanti buleh telefon". Tapi saya terus menangis. lepastu saya salam dengan Adik saya. Adik takde perasaan. Dia tak sedih pun nak berpisah dengan saya. Lepas tu, Umi pun bawak kereta masuk dalam U tu.
Masa tu kalut sangat. Sebab dia bagi masa yang terhad untuk daftar, pastu masuk bilik simpan barang pun tak boleh lama. Kaksya dengan saya je yang masuk bilik dan kemas barang, Umi kena cari parking. Lagi pun sorang je yang dibenarkan masuk bilik bersama student. Lepas siap kemas barang, kami pun turun. Bilik saya tingkat 5. Memang letih sangat. Sampai sekarang pun saya masih tercungap cungap nak naik tangga. Lepas tu, kami pergi dekat Umi. Umi cakap kena balik sekarang, takut lewat sampai rumah. Saya pun menangis lagi sambil salam dengan Umi dan Kaksya. Kereta pun bergerak pergi semakin jauh daripada saya. Saya lambai sambil menangis.
Lepas tu saya keseorangan di situ. Saya masuk bilik dan kemas barang yang selebihnya. Malam tu baru saya berkenalan dengan roommate. Rupa rupanya semua orang Kelantan dan semua ambil kos yang sama. Saya bersyukur sebab takdelah saya berbelit lidah nak bercakap sehari hari kan.
Setakat ni dulu untuk kali ini. Insya-Allah, saya akan sambung cerita kehidupan di sini dalam blog seterusnya. Assalamualaikum.
👍👍👍
ReplyDelete