Assalamualaikum.
Selamat melangkah ke umur yang baru kakakku sayang Nur Syafiqah💗 Sejujurnya, Kaksyadah sangat kagum dengan Kakcik. Kakcik cantik, personaliti Kakcik yang sangat menarik, kesungguhan Kakcik dalam melakukan apa-apa perkara, kemurahan hati Kakcik, empati Kakcik, pemikiran Kakcik yang kritikal dan sebagainya. No wonder la beraturr oghe nok ko Kakcik dari dulu sampai sekarang haha. Tapi of course la Kakcik dah pilih orang yang terbaik untuk Kakcik, iaitu Abecik! Alhamdulillah.
Terima kasih Kakcik💓 Kakcik antara orang yang paling berjasa dan baik ko Kaksyadah dalam hidup ni. Kakcik tok kkiro pun nak belanja Kaksyadah gapo-gapo, dan Kakcik seorang pendengar yang sangat baik. Kaksyadah suka sangat cerita ko Kakcik pasal gapo-gapo je. Sebab Kakcik akan dengar dengan penuh minat. Kakcik acknowledge Kaksyadah punya minat, walaupun benda hok Kaksyadah minat tu kadang-kadang pelik dan Kakcik tok berminat pun bbena.
Kaksyadah sayang Kakcik sangat-sangat. Kaksyadah doakan semoga Allah permudahkan setiap urusan Kakcik Abecik, semoga Abecik Kakcik dipermudahkan rezeki yang halal, dikurniakan keimanan yang teguh sampai ke akhirnya, dilindungi daripada segala bahaya, diampunkan segala dosa, dimakbulkan segala doa, tercapai semua impian dan semoga Allah kurniakan kepada Abecik Kakcik kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di Akhirat, Allahumma Amin.
I lap you so much Ate Cik💖

No comments:
Post a Comment