Assalamualaikum.
Salam Jumaat. Hari ni ada majlis penutup bulan merdeka...kot. Lupa nama majlisnya. Guru digalakkan pakai baju bertemakan merdeka. Disebabkan majlis tu, kelas pun ditangguhkan. Alhamdulillah. Memang saya tak ready apa apa bahan untuk mengajar hari ni. Sebenarnya semalam sakit kepala memikirkan nak datang ke tak sekolah hari ni. Akhirnya saya datang je sebab malas nak pergi mintak mc dengan dr.
Hari ni saya pakai tudung bulat kelabu dengan baju kurung songket favourite. Baju tu Umi punya sebenarnya hihi. Tulah pakaian yang paling saya selesa. By the way hari ni saya siap rph awal. Selalunya waktu dekat nak balik saya terkalut-kalut susun dan stapler rph. Terima kasih ya Allah Engkau telah mudahkan urusanku. Engkau buanglah perangai last minit ku ya Allah.
Seperti biasa setiap hari Jumaat kita akan ada sesi reward. Setelah bertungkus lumus selama seminggu, mestilah kena reward. Yang simple simple pun tak apa. Hari ni kami makan ayam goreng, burger dan bubur di Dsara Fried Chicken di TBG Mall. Alhamdulillah sedap dan agak murah! Boleh repeat. Hihi. Bestnya cutiii! 2 hari ni saya nak healing, jangan kacau saya. Hiks.
Gurau saja. Sila kacau saya. Sebab saya sunyi. Okay bye, Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment