Tuesday, 26 November 2024

Ulangtahun Perkahwinan ke-35

 Assalamualaikum.

35 tahun sudah perkahwinan Abah Umi Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Engkau telah mempertemukan 2 insan yang baik dan jadikan mereka ibubapa kami. We are so lucky to have both of you as our parents. Speaking satu kalii. Haha. Terima kasih Abah Umi membesarkan kami dengan didikan dan surrounding yang baik. 

Antara benda yang paling Kaksyadah minta sungguh sungguh dengan Allah adalah, semoga Abah Umi diberikan kebahagiaan hakiki dunia Akhirat di sisi orang orang tersayang. Semoga Allah terus kurniakan kesihatan yang terbaik kepada Abah Umi, disembuhkan penyakit yang sedia ada, kekal bertenaga untuk beribadat kepada Allah, semoga Allah panjangkan umur Abah Umi di dalam kebaikan dan ketaatan sentiasa. Semoga Allah jadikan Abah Umi penyejuk mata dan penyejuk hati untuk satu sama lain sampai ke akhirnya dan bertemu kembali di syurga InsyaAllah🫶🏽

MasyaAllah tabarokallah. Kaksyadah sayang Abah Umi❤️

Wednesday, 20 November 2024

ممارسة الكتابة #1

 السلام عليكم

شعرت بالحزن قبل قليل. لأنني أريد الاشتراك في المسابقة الرياضية التي سيقوم بها بيدسا في أسبوع بعد الإجازة. ولكن أصدقائي يبدو أنهم غير متحمسين لهذا البرنامج. أما أنا، لا أريد أن أشترك تلك اللعبة بوحدي. أنا خجولة جدا. عرفت بأن لا أحد سينظر إلي، ولكن الخجل سيأتي 

فجأة، صديقتي ناصحة أخبرتني أنها و عينين ستشتركان إحدى من اللعبة في ذلك اليوم، وهي لعبة سحب الحبل. أنا سعيدة جدا. وضعت اسمي في قائمة اللاعبين سريعا. إن شاء الله، سأشترك في لعبة بوليڠ كلاڤا. ادعو لي، أنا سأقوم بتقديم غدا لمادة إستراتيجيات تعليم التربية الإسلامية

حسنا، أكتفي بهذا القدر. مع السلامة والسلام عليكم

Sunday, 17 November 2024

Picnique🧺

 Assalamualaikum.






Kemarin saya ikut Kakcik picnic dengan kawan kawan kerja Kakcik dulu. Tempatnya di Taman Botani Perdana. Cantik sangat tempatnya. Rasa rugi sangat tak jalan-jalan di taman tu. Kami makan saja di sana. Saya nak jalan jalan sebenarnya, tapi nak Kakcik teman. Masalahnya Kakcik mestilah nak luangkan masa dengan kawan kawannya yang dah lama tak jumpa, sambil berkongsi cerita terkini.

Unik ya cara mereka berhibur. Siap main oun lagi (uno). Dah macam makcik-makcik main mahjung sambil mengunyah haha. Saya terhibur betul tengok mereka. Anak Kak Ecah 2 orang ada skali. Comel sangat. Rapat betul hubungan kakak dan adik tu. Saya rasa paling lucu masa kami nak balik tu. Tak jumpa jalan keluar taman. Tapi masa tulah saya discover rupa rupanya taman tu luas lagi dan cantik sangat sangat. Sebab dia taman botani kan. Macam di Singapura tu. 

Terima kasih Kakcik masak banyak banyak. Sedap semua benda! Tapi kelmarin saya paling nikmati pasta kids dan biskut lembut cicah susu sejuk. MasyaAllah lalai sebentar bila biskut masuk mulut. Terima kasih ya Allah atas semua nikmat ni. Lain kali kalau nak suruh saya teman picnic ke apa, saya onzz je. Takut Kakcik sunyi tak ada Kaksyadah😌 Okay bye Assalamualaikum.

Kakcik's Master's Degree Graduation

 Assalamualaikum.

Tahniah Kakcik ku!!! You did it Alhamdulillah. Semua orang bangga dengan kamu. Walaupun Kaksyadah sokmo ngato ko Kakcik, jauh di sudut hati Kaksyadah sangat bangga dan kagum dengan Kakcik. Antara orang yang paling bangga dengan Kakcik mestilah Abah Umi dan Abecik. Mereka lah yang banyak berkorban dan berdoa untuk Kakcik dalam hidup. Teruslah hargai mereka💗

Kaksyadah yakin Kakcik boleh buat yang terbaik jugak untuk phd nanti InsyaAllah. Semangat dan kemampuan Kakcik sangat luar biasa Allah bagi Alhamdulillah. Kaksyadah tak sabar untuk convo skali dengan Kakcik 2 tahun lagi dengan izin Allah. Jangan annoyed dengan Kaksyadah, InsyaAllah Kaksyadah akan sentiasa menghantui Kakcik selagi tok habis belajar ni. Haha. I love you Kakcik. 

Okay bye, Assalamualaikum.

👑

💞

With her no. 1 fan & supporter

Kelas ke tidak.

Ada classmates saya lah!

Friday, 15 November 2024

Skill Khat: Semakin Boleh Ditelan

 Assalamualaikum.

Hmm. Semakin menarik pula kelas khat kufi ni ya. Alhamdulillah. Sebab tekan tekan  je laptop, pastu siap. Di samping itu, dapat menyegarkan semula kemahiran guna excel yang dah tinggal lama. Awal awal ni macam senang buat khat kufi, yang susahnya nanti nak susun jadi perkataan nanti. Tak apalah, kita follow the flow saja. 

Cumanya, wadi budi tu jauh sangat. Transporter pulak selalu takde waktu petang macam tu. Berjalan lah kita dalam hujan. Saya selalu sampai lewat kelas skill. Sama ada khat atau memanah, dua-dua lewat. Saya kira kalau saya jalan laju, dalam 17 minit sampai. Bila sampai kelas, mula lah tak cukup nafas. Yang best pasal kelas khat sem ni, kita boleh pilih untuk datang kelas sesi petang atau malam. Seksyen saya yang sebenar kelas petang, tapi contoh kalau tak dapat hadir waktu tu, boleh saja datang sesi malam. Begitu juga sebaliknya.

Kelas kemarin rasa meriah sebab ada pelajar sesi malam masuk kelas petang. Lepas tu, ada student uitm datang ambik gambar kami untuk projek tugasan mereka. Semoga Allah kekalkan kemanisan dalam kelas khat ni supaya saya sentiasa bersemangat dan ikhlas belajar, Allahumma Amin. Okay bye, Assalamualaikum.

Monday, 11 November 2024

Abdurrahman Zakwan 6 Tahun

 Assalamualaikum.


Selamat hari lahir my first nephew! Abdurrahman adalah budak yang sangat sangat sangat manja. Dia punya clingy tu tak boleh nak explain. Haha. Dia kalau boleh setiap masa nak bertepek. Bukan dengan saya saja, dengan Kakcik Kaksya juga begitu. MamaDa suka Abdurrahman macam tuu. Jangan berubah please. MamaDa tok puah lagi manjakan Iman Abdurrahman. Tahun depan darjah 1 dah budak ni InsyaAllah.

MamaDa akan dukung Abdurrahman sekerap mungkin selagi boleh. Tak lama lagi besar dah, MamaDa tokleh angkat doh. Nanti Abdurrahman pulak hok angkat MamaDa. MamaDa ada lagi recording suara Abdurrahman berjanji akan dukung MamaDa nati umur 15 tahun InsyaAllah. Terdesak MamaDa pun haha. Abdurrahman kekal jadi juruh tau. Jadi anak yang baik, adik yang baik, abang yang baik, cucu yang baik, anak saudara yang baik, sepertimana sekarang. 

MamaDa love you Abdurrahman Zakwan. Semoga Abdurrahman membesar dengan sihat wal-afiat dan menjadi insan yang soleh, menjadi asbab kebahagiaan Abi Umi, adik beradik dan semua orang sekeliling. Semoga Allah berikan kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan kepada Abdurrahman Zakwan sekeluarga dunia Akhirat, Allahumma Amin.

Sunday, 10 November 2024

Family Day SKTS

 Assalamualaikum.

Hari Jumaat hari tu, lepas waktu solat Jumaat, Abah, Umi, Adik, Iman, Abdurrahman dan saya bertolak ke pantai di Bachok untuk sambut family day sekolah Abah. Jauh jugak perjalanannya. Kami sampai sana dalam waktu Asar. Kami dapat chalet dua katil, dekat je dengan pantai. Sampai tu, kami makan dulu nasi Arab yang dibawa. Sedap woo nasi Arab. Saya menambah banyak kali. Lepas makan kami solat. Lepas tu, saya, Adik dan dua orang budak bijak tu keluar ke pantai. Abah pun ke pantai juga sekejap. Lepas tu Abah join cikgu-cikgu bakar ayam untuk makan malam. 

Semangatnya anak anak.

Sampai sudah kita.

Makan nasi Arab yang sedap.

Poksu bersama 2 budak koboi.

Yeay Tokbah belanja aiskrimm.

jangan peganggg!

First time tengok real life obor obor.

MamaDa nak jugak.

Pandai Iman lukis😍

Malam tu saya dan Adik teman Iman Abdurrahman mandi kolam. Daripada petang duk minta nak mandi kolam sebab nampak ramai budak budak duk berenang situ. Tokbah kata main malam lah tak ada orang sikit. Lepas MamaDa solat Maghrib, kami terus ke kolam. Iman Abdurrahman terus terjun ke dalam kolam dengan berpakaian renang yang dibeli oleh MamaIqa. 

Memang kami jelah yang main malam malam tu. Saya dan Adik duduk di tepi kolam, kaki masuk dalam air. Saya pujuk Adik mandi kolam, sebab bila lagi nak rasa peluang macam ni. Saya kalau boleh nak jugak, tapi tak ingat bawak baju yang sesuai untuk berenang. Akhirnya Adik terjun juga. Best betul tengok. Lama juga lah mereka mandi kolam. Tiba-tiba, ada seorang lelaki masuk ke kawasan kolam sambil suluh lampu. Dia kata, sebenarnya kolam ni tak bukak malam. Kiranya tak dibenarkan main waktu malam. 

Adik lah yang paling "bbera" haha😹. Dia kata, dia je orang besar yang mandi masa tu. Dahla ada bini cikgu sorang tu ada kat depan tu masa tu. Dia nampaklah peristiwa kami ditegur ni. Lepas tu, kami terus naik dan menuju ke bilik kami. 

Berseronok sebelum ditegur.

Lepas isyak, kami makan makan dengan semua guru dan kakitangan SKTS. Ada ayam bakar, kambing bakar, air sirap, lokcing dan banyak lagi. Ada acara cabutan bertuah juga. Semua orang dapat hadiah. Saya, Umi, Adik, Iman dan Abdurrahman pergi sekadar untuk makan sahaja. Masa makan tu budak budak ni nampak mengantuk dah. Jadinya kami balik ke bilik terus lepas makan. Abah tunggu acara cabutan bertuah, sebab kena ada wakil keluarga. 

Gigih mencarik kambing bakar.

Meriah dan sejuk.

Keesokan harinya, ada acara sukaneka. Tapi sebelum tu, Iman Abdurrahman sekali lagi mandi kolam. Kali ni ada ramai juga budak budak, sebab waktu pagi. Mereka memang nikmati mandi kolam sepuas puasnya Alhamdulillah. Untuk acara sukaneka, keluarga kami tak masuk pun acara tu. Kami pakai baju tema family day dan jalan jalan di pesisir pantai. Tak bosan langsung tengok pantai. Kami singgah sekejap dekat orang sukaneka untuk minum air bandung yang disediakan. Lepas tu kami sambung jalan jalan pantai. Balik bilik tu, Umi masak megi guna dapur gas mini yang dibawa dari rumah. Abdurrahman makan megi sampai terberak banyak kali haha. 

Kemudian, semua orang siap siap untuk balik dah. Pukul 12 check out. Perjalanan balik, kami singgah hospital Zainab II melawat Abah Besar tak sihat. Tapi Abah dan Umi saja yang turun. Kami berempat duk dalam kereta, round dan mencari parking yang sesuai. Kawasan hospital tak ada parking. Lepas selesai di hospital, kami ke Mydin Mall! Macam biasa, Mydin Mall adalah untuk makan. Lepas makan sizzling, kami beli ais krim yogurt. Sedap sangat! Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat ini. 

Feeling-feeling Ghibli.

Boling kelapa🥥

Favourite photo.

Makan berebut lebih nikmat.

Mydin Mall, view from musolla.

Pemurahnya Kamu

 Assalamualaikum.

Saya baru sampai uia ni. Pagi tadi bertolak naik bas. Best sangat 2 hari rehat minda di pantai. Nanti saya cerita. Sekarang nak cerita pasal peristiwa yang memalukan saya. Sampai sekarang belum habis lagi saya punya rasa malu. Tadi saya turun di stesen bas kawasan Gombak, saya tak tahu nama stesen tu apa. Sepatutnya saya turun tbs. Tapi saya rasa kalau turun kat situ lagi dekat dengan uia. 

Saya order grab. Memang betul lah situ lagi dekat dengan uia. Harga grab pun sangat murah berbanding dari tbs, RM18.30 rasanya. Grab sampai, saya pun naik. Pemandunya lelaki berbangsa Cina, dalam umur 20-an. Bila sampai di mahallah, saya pun hulur duit RM20, tanpa mengharapkan baki. Tapi dia cakap something yang tak berapa jelas, dengar macam, "bayar grabpay". Saya pun cakap, saya tak reti grabpay, ambik jelah RM20 ni. Tak payah baki. Dia tanya kenapa. Muka dia tersangat blur masa tu. 

Saya pun senyum je dan cakap terima kasih. Dia cakap sama sama dengan muka masih blur sambil belek belek duit yang saya bayar tu. Saya terfikir jugak masa tu. Kenapa dia terkejut sangat, padahal saya bagi lebih seringgit berapa sen je. Masa naik tangga mahallah, tiba tiba saya teringat. Saya punya apps grab tu dah set grabpay. Kalau saya beli apa apa makanan dekat grab, duit automatik masuk dekat orang tu. Cumanya saya tak pernah lagi book kereta grab sejak ada grabpay ni. 

Maksudnya, duit RM18.30 tu dah masuk dekat pemandu tu. Sebab tu dia pelik kenapa saya bagi RM20 dekat dia. Saya pulak duk cakap, "Takpe ambik jelah". Haha memalukan diri sendiri lah Syahadah😭 InsyaAllah saya ikhlaskan duit tu, cumanya pasal malu tu tak dapat nak lupa. Dengan asbab saya bagi duit tu kepada dia, semoga Allah kurniakan anugerah iman, islam dan kebahagiaan dunia Akhirat kepada pemandu tu dan semua orang tersayang dia. Allahumma Amin. 

Saturday, 9 November 2024

Happy Birthday Kaksya

 Assalamualaikum.


Happy Birthday Kaksyaku Nur Syahirah! Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Kaksyaku sayang, Allah selamatkan kamu🎶. Officially 27 tahun. No more 26. Hehe. Kita tengoklah sampai bila pulak dia mempertahankan umur 27 tahun ni. Terima kasih Allah kerana telah kurniakan nikmat yang tak terhingga kepada Kaksya ku sekeluarga.

Kaksyadah rindu Kaksya yang lucu, tolo dan ngarut sikit sikit. Tapi Kaksyadah kena redha yang kehidupan Kaksya sekarang bukan begitu. Dah ada suami dan anak, kena bagi contoh yang baik kepada Muhammad Wildan dan adik-adiknya. Muhammad sangat beruntung dapat Kaksya dan Abe Dailamie sebagai umi abah nya. You did really well Kaksya!

Kaksyadah mengharapkan yang baik baik saja buat Kaksya sekeluarga dunia Akhirat. Semoga Allah permudahkan setiap urusan Kaksya, dipermudahkan beranak dan melahirkan anak yang sihat walafiat, cukup sifat, sempurna dari semua segi InsyaAllah. Semoga Allah terus bimbing Kaksya sekeluarga ke jalan yang benar, semoga istiqomah berada di jalan yang Allah redha, dijauhkan dari perkara buruk, dipermudahkan rezeki yang halal dan cukup, semoga Kaksya sekeluarga dipanjangkan umur di dalam kesihatan terbaik, kebahagiaan dan ketaatan.

Ya Allah, berikanlah kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan kepada Kaksyaku, Abe Dailamie bersama anak anak, seluruh zuriat keturunan dan semua orang tersayang di dunia dan di Akhirat, Allahumma Amin. I love you Kaksya.

Wednesday, 6 November 2024

Memanah Again

 Assalamualaikum.

Alhamdulillah minggu ni diberi peluang lagi untuk join kelas memanah Nasihah dan Nazilah. Haha menyibuk betul. Kali ni ada impostor yang baru join iaitu Ibby. Gigih saya berjalan dari Safiyyah ke Uthman sorang sorang. Mereka bertiga naik transporter dari Asma'. Maklumlah mahallah jauh dah sekarang. 

Semakin banyak kali main, semakin bertambah ilmu baru. Semakin lama makin improve. Suka betul. Ibby nampak stress sebab dia tak kuasai lagi main panah. Masa akhir tu baru dia suka sikit sebab dapat shoot warna kuning tengah tengah. Sebenarnya semua orang tak pandai lagi. Cuma yang lain kan dah pernah join kelas. Ibby first time. Overallnya, kami berempat sangat enjoy tadi. Best kan belajar tanpa dipaksa.

Kita tengoklah minggu depan macam mana. Harapnya boleh join lagi hihi. Menuntut ilmu itu bisa di mana mana kan. Kelas skill sendiri tak ada mood pula nak join. Hmm. You can do this Syahadah! Esok kelas khat sampai pukul 7, lepas tu terus bertolak ke tbs InsyaAllah. Permudahkanlah urusan perjalananku ya Allah. Okay bye, Assalamualaikum.

Shoot!

Kawan-kawan sangat supportive

YB visit site

Storytelling Modern Arabic

 Assalamualaikum.

Alhamdulillah pagi tadi saya dah selesai bercerita subjek modern Arabic Dr. Wan Rusli. Sebenarnya saya turn ketiga, yang mana kena bercerita hari Isnin depan sepatutnya. Tapi saya kan nak balik rumah hujung minggu ni InsyaAllah. Saya takut masa kat rumah saya tak sempat berlatih untuk bercerita tu. Jadinya saya tukar turn dengan Ajwad dan saya present hari ni terus. Alhamdulillah saya puas hati je dengan saya punya storytelling tadi. Tajuknya "Al-wafaa'".

Saya bawak kayu dan uncang untuk buat demonstrasi sambil bercerita. Saya takut mereka tak faham beberapa perkataan yang saya sebut, jadinya saya tunjuk dengan perbuatan skali. Sampai sampai kelas tadi terus kena present sebab Ustaz nak keluar awal kelas. Kena pakai mic, lepas tu Ustaz record kita present dengan laptop Ustaz. Saya rasa bersyukur dan lega dapat tebus balik storytelling saya yang teruk masa subjek sorof first year dulu. 

Okay bye, saya nak solat Zuhur dan makhonn. Assalamualaikum.

Sesi meletakkan balik kayu ke tempatnya.

Tuesday, 5 November 2024

Kakcik's Birthday

Assalamualaikum.


Allah selamatkan Kakcik.. Allah selamatkan Kakcik.. Allah selamatkan Nur Syafiqah, Allah selamatkan Kakcik〰 Happy birthday Kakcik! You are sweet 30 now. Alhamdulillah Kakcik punya tenaga dan vibe macam remaja lagi. Nikmati masa muda mu dengan penuh enjoy dan bermanfaat. Kaksyadah suka sangat tengok hidup Kakcik. Rasa mace full dan seimbang, takdok longgong. 

Kakcik belajar atas kerelaan sendiri, ngajar ngaji sambil enjoy dengan budak budak, bisnes dan paling best Kakcik boleh jadi surirumah yang berjaya juga. Kakcik nampak sangat enjoy memasak dan bagi orang makan. Kaksyadah faham perasaan tu, tu pun impian Kaksyadah jugak. Kesimpulannya, Kakcik sedang live life to the fullest sekarang, please continue to do so. 

Setiap kali berdoa, Kaksyadah tak pernah lupa untuk doakan kebaikan Abecik Kakcik dunia Akhirat. Semoga Allah terus jaga kalian daripada segala keburukan, hasad dengki, fitnah dan sebagainya. Semoga Allah sentiasa permudahkan setiap urusan Abecik Kakcik, dipermudahkan rezeki yang halal dan cukup, diberi kudrat untuk terus beriman dan beribadat dengan sempurna, dan semoga Allah berikan kejayaan dan kebahagiaan kepada Abecik Kakcik dan orang sekeliling di dunia dan di Akhirat, Allahumma Amin. 

Monday, 4 November 2024

Sabarlah Duhai Hati

 Assalamualaikum.

Di waktu tengah tengah malam ni, datang satu perasaan overwhelm. Tak tahu nak terangkan macam mana. Rasa nak menangis sangat sangat, and I let myself cry. Tak tahu sebab apa. Boleh jadi banyak sebab. Bila menangis sepuas hati ni rasa lega pula. Ya Allah😭 Tiba tiba teringat masa pergi Makkah Madinah hari tu. Bunyi macam klise, tapi saya betul betul gila bayang bila teringat balik.

Ya Allah, kurniakanlah kami semua rezeki untuk ke Makkah dan Madinah, sama ada yang sudah pergi atau belum pernah. Engkau berilah peluang untuk kami tunaikan umrah dan haji yang sempurna dan diterima oleh Mu. Ya Allah bimbinglah kami dalam setiap tindakan kami. Allahumma Amin. La ilaha illa anta, subhanaka, inni kuntu minazzolimin. 



Saturday, 2 November 2024

Di Saat Genting

 Assalamualaikum.


Kemungkinan saya ada 2 presentation minggu depan, iaitu ethics dan storytelling Arab. Di mana sepatutnya sekarang saya sedang pulun untuk kedua-duanya. Tapi waktu ini lah datang idea untuk sambung journaling yang dah lama terbengkalai. Haha. Syaitan la ni. Tak sangka bahan bahan journal ni ada je dalam bilik. Saya ingatkan duduk dalam stor Asiah. 

Buat benda ni agak menghilangkan tekanan sebenarnya. Masa kita tengah tepek tepek tu rasa enjoy je. Padahal tak ada faedah sangat pun. Tapi comel kan saya buat? Kakcik lah yang belikan untuk saya bahan bahan tepek tu semua. Salamat AteCik! Ada masa marilah uia, bawak biskut lembut skali. Hihi. Terliur juga kita menengoknya.

Okay bye, saya nak buat kerja sekolah method ised sebelum pukul 12 tengah malam. Assalamualaikum.

Chitchat

 Assalamualaikum.

Hai gadis! Macam mana hari cuti kalian? Mesti best kan semuanya. Mungkin ada yang enjoy main masak masak, buat biskut kat rumah bersama cik abe tersayang. Mungkin ada juga yang happy reunited dengan babamnya dan jalan jalan bersama. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Saya pun enjoy dengar lagu, buat slide, menghafal untuk storytelling, buat blog dan sebagainya.

Saya nak balik rumah minggu depan. Sebabnya sekolah Abah ada family day dan ada trip ke pantai. Mestilah saya kena ikut. Lagipun untuk qodo' cuti deepavali yang saya tak balik ni. Doakan semoga ada tiket untuk saya balik dan datang uia semula. Minggu depan juga ada edufest. Saya excited untuk join program edufest dan support kawan kawan yang terlibat. Mereka dah bersusah payah untuk menjayakan program ni, apa salahnya kita support. Hiks.

Kejap lagi saya nak sambung hafal cerita untuk storytelling modern arabic. At least nak ingat 2 muka surat. Malam ni pula saya nak siapkan kerja sekolah method ised. Esok kita buat skrip untuk present ethics dan berlatih InsyaAllah. Doakan saya. Bye Assalamualaikum.

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...