Friday, 27 September 2024

Makkah & Madinah✈️

 Assalamualaikum.


Alhamdulillah MasyaAllah Tabarokallah. Saya dan keluarga berempat iaitu Abah Umi dan Adik telah pun menjejakkan kaki ke dua tanah haram Makkah dan Madinah. Alhamdulillah. Rezeki yang saya tak sangka akan dapat di dalam kehidupan di dunia ni. Kami balik Malaysia 20 September hari tu, tapi sampai hari ni masih rasa tak percaya dan rasa macam mimpi. Saya rasa bersyukur sangat sangat😭. 

Pertama sekali saya bersyukur travel yang kami ikut tu Alhamdulillah real dan bukan scammer. Ikhlas.com namanya. Bagus sangat semuanya..memang rezeki lah pertama kali pergi dah dapat travel yang elok dan berbaloi. Kami sekeluarga bertolak dari KB ke KLIA pada 8 Sept malam. Sampai tu tidur rumah Kakcik dulu. Esok pukul 9 pagi tu bertolak ke KLIA untuk berkumpul dengan semua jemaah Umrah yang lain. Mutawwif kami Ustaz Hazim. Pukul 3 lebih petang naik kapal terbang bertolak ke Jeddah.

Memang culture shock awal awal dekat Makkah. Biasalah... untuk buat ibadat dengan tenang di tanah yang diberkati ni mestilah ada ujiannya. Tapi saya suka sangat, sampai sampai Makkah waktu malam, kami daftar hotel lepas tu terus pergi Tawaf. Kami niat ihram atas plane di Qarnul manazil. Vibe nya terlalu best waktu nak pergi Tawaf tu. Kami jalan berkumpulan semua jemaah Ikhlas. Ujian saya masa tu adalah wuduk terbatal. Semua orang dah ambik wuduk siap siap di hotel termasuk saya. Tapi biasalah tak tertahan hihi. Agak malulah sebab semua orang tunggu saya dan Vanissa ambik wuduk kat tepi tu. Kantoi.

Kami duduk dalam 4 ke 5 hari di Makkah. Tak pasti sebab perubahan waktu di situ. Agak banyak lah kami membeli di situ. Sedih sangat masa nak balik. Kami sempat buat umrah 2 kali. Kali kedua tu niat ihram di ja'ranah. Sejujurnya saya tak betul betul puas hati dengan ibadat umrah saya. Disebabkan ni kali pertama, ada banyak benda saya terlepas pandang dan lalai. Lepas tu asyik kalut je saya ni haha. Ujian terbesar saya adalah untuk menjaga wuduk di masjidil haram. Maklumlah tandas dan tempat wuduknya jauh. Semoga Allah beri rezeki kepada kita semua untuk buat umrah lagi dan semoga saya ada keupayaan untuk jaga wuduk waktu tu InsyaAllah. 


Pada 14 September 2024, pukul 2 lebih petang waktu Makkah, kami naik bas bertolak ke Madinah Al-Munawwarah. Seriously perjalanan naik bas ni paling best dalam hidup saya. Mana pernah saya suka naik bas, tapi yang ni best sangat sangat. Dahla tak pening, pastu view yang tak membosankan masyaAllah. Sepanjang perjalanan tu, kita dapat tengok pemandangan bukit bukau dan padang pasir. Jadi terbayang perjalanan hijrah Rasulullah dari Makkah ke Madinah yang pastinya tak mudah. Kita at least naik bas, tu pun ambik masa 6 ke 7 jam. Allahu. 

Saya ada cita cita besar berkaitan Masjid Nabawi ni. Tapi takdir Allah, benda tu tak tercapai. Nak solat satu waktu pun tak sempat di Masjid Nabawi, apatah lagi nak masuk Raudhah. Kalau kira, dua kali peluang boleh masuk Raudhah. Tapi dah tertulis rezeki saya bukan waktu ni. Banyak waktu di Madinah saya duduk hotel saja. Hotelnya nama Kayan Al-Madinah. Lupa nak bagitahu hotel di Makkah, Elaf Bakkah. Bagi saya Elaf Bakkah tu the bestest hotel lah. Haha tiber je. Di Madinah ni saya pergi Masjid untuk teman Umi saja lah. Saya duduk bawah payung payung gergasi je, tak pernah lagi masuk dalam. 

Ada banyak lagi benda nak cerita hihi. Tapi nanti next lah. Saya doakan semoga kalian yang belum buat Umrah dan belum jejakkan kaki ke Madinah dipermudahkan rezeki oleh Allah untuk ke sana dalam keadaan sihat bersama orang tersayang. Semoga Allah kurniakan rezeki lagi untuk saya dan keluarga tersayang untuk pergi lagi ke sana dalam keadaan sihat dan diterima segala ibadah, Allahumma Amin. 

Nanti kita cerita lagi ya pasal ni sebab tak lengkap lagi cerita ni. Saya kalau boleh cakap pasal ni 24 jam sehari pun takpe, tak makan pun dah kenyang. Okay bye Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...