Assalamualaikum.
Saya excited sangat nak balik rumah! InsyaAllah esok malam saya dan Kakcik bertolak balik ke rumah hijau menaiki bas. Saya paling tak sabar nak masak. Kesian Umi sebab sorang sorang saja masak dan buat kerja rumah. Harapnya saya dan Kakcik balik boleh function dengan baik lah. Umi kata Umi pun nak rasa masakan Kakcik. Kan Kakcik pandai masak tapi Umi tak pernah rasa.
Saya dah senaraikan hidangan yang saya nak belajar buat balik ni;
1. Ayam padphet
2. Ikan rebus goreng kicap
3. Sup sayur yang sedap
4. Daging burger homemade
Ayam phadphet dengan ikan rebus goreng tu saya suka sangat, jadinya nak belajar buat. Sup sayur saya dah pandai buat, cuma tak sedap. Saya nak belajar buat yang sedap punya dan cukup rasa. Daging burger tu pulak, saja je nak mencuba benda baru. Kalau pandai buat, tak kena lah beli yang segera. Bukannya sihat sangat sebenarnya kan.
Ada satu hidangan yang saya dah pandai dan nak buat nanti balik ni, iaitu ayam pedas! Ya Allah eksaitednya😻. Memang sekarang saya tengah mengidam ayam pedas sangat sangat🔥Fuhh semangat haha. Okay bye, saya nak tidur sekejap. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment