Monday, 22 April 2024

Akad Nikah Abg Zul & Kak Husniyah

 Assalamualaikum.

Hai kita sambung lagi. Hari Sabtu, Abecik, Kakcik dan saya keluar awal pagi untuk ke majlis akad nikah kawan baik Abecik. Tempatnya di Ayer Hitam, Batu Pahat. Dia buat akad nikah tu di dewan serbaguna. Kami datang awal sangat, tak ada orang lagi. Jadinya kami mengisi perut dulu di kedai seberang jalan. Saya makan roti canai dan air suam. Sebenarnya nak air masak, dia bagi yang suam. 

Lawak betul lah Abecik Kakcik masa di kedai tu. Sakit perut saya. Mentang mentanglah saya pakai "jangok" hari tu. Haha. Kalau saya cakap Kelate dengan Kakcik, saya cakap slow je. Takut orang tahu yang kami ni bukan orang Johor. Bak kata orang Kelantan, "Lapar nok jadi oghe luar". Haha. Okay cukup, mengarut betul saya. Lepas makan tu, kami terus kembali ke dewan tadi. Dah ramai dah orang.

Lepas semua orang duduk atas kerusi masing masing, sesi akad nikah bermula. Panjang betul tok imam tu bercakap sebelum akad betul betul. Mata saya terfokus dekat keluarga pengantin perempuan. Saya tak pasti lah mereka ni Indian ke, mamak ke saya tak tahu. Tapi muka begitulah. Yang penting, pengantin tu cantik sangat sangat. Sesuai dengan Abg Zul, sebab jenis muka yang opposite.

Tahu tak, tok imam dia lain dari yang lain. Sangat extrovert, peramah, ceria, bertenaga dan lucu. Tak pernah lagi saya jumpa tok imam macam tu dalam hidup haha. Dia suka sakat pengantin berdua tu dan tanya benda benda yang boleh buat pengantin rasa malu. Depan khalayak ramai kot. Dah la Abg Zul tu jenis pemalu sikit saya tengok. Paling saya rasa malu, dia suruh pengantin berdua tu ucapkan ayat sayang menyayang yang sangat cringe😭. Nampaklah mereka terpaksa buat benda tu, memang tak boleh nak tolak dah. Kak Husniyah tergelak sikit masa ayat last tu haha.

Tok imam kata, dia suruh buat macam tu untuk promote kasih sayang antara pengantin. Dan juga nak bagi ibu ayah pengantin perempuan dengar dan tahu yang lelaki tu betul betul sayang anak perempuan mereka. Bagus dia punya tujuan tu sebenarnya. Tok Imam di Johor semua macam tu ke, atau tok imam tu sorang je? Haha. Saya terhibur sangat dengan beliau. Semangat betul tok imam masa nak bergambar, dia yang susun kedudukan semua orang. Semoga tok imam tu dpermudahkan segala urusan dia dan mendapat kebahagiaan dunia Akhirat.

Lepas settle semua tu, kami naik dekat tempat sanding tu untuk bergambar dengan pengantin. Baik sangat Kak Husniyah, dia tak kenal pun kami tapi still layan dengan baik dan ramah. Ohh lupa nak bagitahu, Abg Zul nangis masa peluk mak dia. Dia nangis betul betul. Dari jauh saya boleh nampak muka dia merah dan dia lap air mata sambil pandang tepi. Dia rapat sangat dengan mak dia, mesti lah sedih sangat sangat kan. Saya yang tak ada kaitan ni pun menangis jugak ya. Minah yen betul.  Semoga Allah menjadikan rumah tangga Abg Zul dan Kak Husniyah sentiasa sakinah, mawaddah dan rahmah. Semoga mendapat kebahagiaan dunia Akhirat, Allahumma Amin.

 Bila dah siap semua, kami pun bertolak balik ke rumah Abecik untuk sambung rewang. Majlis Abe Nuar dan Kak Mira petang tu. Okay, kita sambung nanti pula ya. Saya mahu buat assignment dulu, due nya 28 April ni. Doakan saya dan kawan kawan. Bye Assalamualaikum.

Mengeteh dulu✌

Suasana akad nikah

Tak boleh move on dengan gambar ni, perfect💞

💖

No comments:

Post a Comment

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...