Di sini saya ingin mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 5 buat Abecik dan Kakcik ku tersayang. Sangat tidak terasa masa berlalu dengan begitu pantas ya. Rasa macam baru saja Adikku bergayut di grill tingkap ruang tamu dengan berbaju melayu hijau tanpa butang di bahagian dada. Alhamdulillah ya Allah.
Terima kasih ya Allah kerana menjadikan pasangan ini pasangan yang sangat bahagia dan berkasih sayang. Sesungguhnya Engkau lah yang maha baik yang meletakkan rasa kasih sayang di dalam hati mereka. Kaksyadah doakan semoga Allah sentiasa memudahkan segala urusan Abecik Kakcik, dipermudahkan rezeki yang halal lagi baik, semoga sentiasa diteguhkan hati di jalan yang diredhai Allah, dan terus dikurniakan kasih sayang oleh Allah. Semoga Abecik Kakcik dapat capai segala apa yang dihajati, dan diberikan kejayaan, kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan di Akhirat, Allahumma Amin.
No comments:
Post a Comment