Monday, 17 July 2023

Throwback: Exhibition Fiqh Ibadat

 Assalamualaikum.

Saya baru habis exam last tadi!! Alhamdulillah. Tapi belum merdeka lagi sebab ada assignment usrah in action😖 Semoga Allah permudahkan urusan saya dan kawan kawan untuk siapkan assignment tu. Waktu ni lah baru ada masa untuk tulis blog. Saya nak throwback la sikit masa exhibition fiqh ibadat hari tu. Tak silap saya 9/6 hari Jumaat. Kami ada pameran subjek ibadat. Ada banyak group dan kami pilih tajuk wuduk dan tayammum. Group member saya Dalili, Ain, Ainin dan saya. Kami buat bahan bahan tu agak last minit. Tapi Alhamdulillah siap juga walaupun tak gempak pun. 

Saya tersangat malu sebenarnya hari tu sebab cuba bayang kena bentang dan terangkan dekat orang yang datang booth kita. Orang yang datang dengar tu boleh jadi budak kelas kita sendiri, dan boleh jadi orang luar yang berminat nak dengar pasal ibadat ni. Saya rasa saya bentang lebih 15 kali kot. Sebab orang datang ramai tapi waktu lain lain. So setiap orang datang tu lah saya kena terang. Malu sebab kawan saya cakap saya nampak bersungguh sangat terangkan, bukan Ustaz datang tengok pun masa saya terang tu. 

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar hari tu. Tak kiralah markah berapa yang penting saya dah buat yang terbaik. Hihi. Tak percaya rasa dah habis sem ni. Alhamdulillah ya Allah ala kulli hal. Saya nak solat dulu ya. Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...