Wednesday, 30 November 2022

Lega Sikit Alhamdulillah

 Assalamualaikum.

Saya baru melepasi fasa stress yang teramat sangat. Saya tak ada idea untuk buat activity apa untuk lesson plan subjek Cocu ni. Dahla group saya yang pertama kena present. Buka cuti hari Isnin ni terus kena. Agak tertekan ya. Tambah dengan assignment lain yang belum siap dan yang belum disentuh. Alhamdulillah term paper saya dah buat 4 muka surat. Kemarin Allah telah memberikan saya ilham untuk buat activity apa cocu tu. Yang tu rasa lega dah. Alhamdulillah sangat. Kiranya untuk cocu ni tinggal bahagian closing saja.

Saya tulis ni hanya untuk melepas stress hihi. Saya tengah dengar lagu Rindu by Adam Shamil. Best sangat! Okay sekarang saya mau basuh jamban. Kesian Umi dah seminggu berharap saya buat. Doakan saya agar dapat buat apa yang Umi harapkan dan pada masa yang sama dapat siapkan assignment dengan cemerlang. اللهم آمين

Saturday, 26 November 2022

Hari ini 33 Tahun lalu

 Assalamualaikum.

Pada tarikh 26 November 1989, Abah dan Umi saya sah menjadi pasangan suami isteri. Alhamdulillah. 33 tahun sudah ya. Terima kasih ya Allah kerana kurniakan kepada kami keluarga yang bahagia dan mementingkan agama. Terima kasih ya Allah kerana kurniakan kepada kami Abah dan Umi yang sangat awesome dan terbaik. Diri kami ini belum tentu dapat menjadi insan yang sebaik mereka. Abah Umi saya sentiasa meletakkan Allah nombor 1. Rindu nak taalim sama sama, walaupun kadang kadang sampai cramp kaki. Sekarang masing masing duduk jauh. Tinggal Adik saja di rumah. 

Abah dan Umi sangat sayangkan kami, walaupun tidak ditunjukkan perasaan itu. Mereka tunjuk dengan tindakan. Saya ingat lagi kerisauan dan kegelisahan Abah masa dapat berita bas UIA eksiden tu. Muka Abah sangat merah dan mata berair sambil call Kakcik berkali kali. Rupanya Kakcik masa tu duduk dalam dewan dan tak dengar bunyi telefon. Begitu juga masa saya pitam tu. Abah pecut kereta tak mudah sambil pegang tangan saya yang sejuk. Muka Abah bagaikan terlucut jantung. Over betul ya ayat saya haha. Dan Abah sentiasa usaha nak buat kami gembira. Kami pergi melancong  banyak tempat. 

Umi pulak, sentiasa rasa tersekat bila anak anak nakkan apa apa tapi Umi tak dapat bagi. Walau sekecil kecil benda pun. Contohnya, saya nak makan telur ikan, selagi saya tak dapat tu, Umi akan rasa gelisah dan tak tenang. Umi akan dapatkan juga benda tu, walaupun kadang kadang saya dah lupa pasal tu. Saya kagum sangat tengok Umi. Saya bercita cita nak jadi macam Umi. Seorang guru dan surirumah yang berjaya. Walaupun Umi sibuk dengan hal hal sekolah, Umi selalu memasak di rumah. Dan Umi sangat rajin buat kerja rumah. 

Saya tahu perasaan risau tu sangat meyakitkan. Tapi kenapa saya sebagai anak ni suka sangat buat Abah Umi risau?? Allahu tak baiknya. Kadang kadang, benda tu kecik je bagi kita tapi satu kerisauan yang besar bagi mereka. Contohnya kalau kita belum makan sampai tengahari, kita rasa biasa je. Tapi bila Abah Umi tahu pasal tu, mereka memikirkan pelbagai kemungkinan. Takut kita gastrik, darah rendah, pengsan dan sebagainya. Tidakkah perasaan itu menyiksa mereka. Kepada para anak, jangan buat ibu bapa anda risau. 

Ya Allah, kau lindungilah Abah Umi ku daripada segala bahaya dan ancaman dunia dan Akhirat. Kau selamatkanlah mereka daripada segala bahaya. Kurniakanlah kepada mereka kesihatan yang terbaik. Sembuhkanlah segala penyakit yang ada pada diri mereka sama ada penyakit biasa ataupun berbahaya. Ya Allah, Kau panjangkanlah umur Abah ku dan Umi ku di dalam kesihatan tubuh badan yang terbaik, kesihatan akal yang terbaik, di dalam ketaatan kepada Mu, dan dalam keadaan yang Engkau redha ya Allah. Peliharalah hati mereka daripada segala kejahatan. Ampunilah segala dosa Abah Umi ku, sama ada dosa besar atau kecil, dosa masa lalu, kini dan akan datang, dosa terang terangan atau sembunyi. Kurniakanlah kepada mereka kebahagiaan dan ketenangan hidup bersama sama di dunia ini. Kau bagilah mereka sentiasa rasa bahagia dan tenang bersama sama di sisi orang tersayang di dunia ini. Kurniakanlah kepada seluruh ahli keluarga kami kebahagiaan yang sebenar benarnya di dunia dan di Akhirat terutamanya. Kau matikanlah setiap daripada kami dalam keadaan husnul khotimah, dalam keadaan syahid, dalam keadaan yang Engkau redha ya Allah, dalam keadaan suci daripada segala dosa. Pertemukanlah kami dengan seluruh ahli keluarga kami dan semua orang yang kami sayang di syurga Firdaus Mu ya Allah. Tempatkanlah kami semua di dalam syurga Firdaus tanpa azab kubur dan tanpa hisab ya Allah. Kurniakanlah kepada kami semua segala kebaikan di dunia ini dan di Akhirat kelak. اللهم آمين

Thursday, 24 November 2022

Kahoot Again

 Assalamualaikum.

Kalau main Kahoot wajib report di blog ni hihi. Alhamdulillah sekali lagi saya berada di atas podium dalam permainan Kahoot kelas Philosophy. I am so happy. Kali ni saya juara! Saya letak nama Syah dekat Kahoot tu. Bila menang tu, Ustaz tanya siapa Syah ni, Ustaz rasa perempuan. Saya pun buka mic cakap, saya.. Lupa nak cakap, main tu secara online. Kelas ganti hari Jumaat hari tu. Masa tu baru je sampai rumah setelah naik bas selama berbelas jam. 

Esok pula kelas Philosophy tu. Saya memang suka dan enjoy sangat kelas Philosophy. Tapi pada masa yang sama saya sangat takut nak present nanti. Kami group kedua terakhir. Bestnya Khaleda dah lepas present. Doakan kami ya. Saya taknak nampak macam saya malu. Saya nak jadi profesional. Allahu. Permudahkanlah ya Allah. Dan tahu tak, hari ni Kaksya on the way ke Labuan. Perjalanan 6 jam ke Jeti apa tu tak ingat. Lepas tu baru merentas laut ke Labuan. Bestnya. Semoga Allah permudahkan dan selamatkan perjalanan Kaksya ku and the gang. 

Bye Assalamualaikum.

Saturday, 19 November 2022

I Vote Already!

Assalamualaikum.

Saya layak mengundi sebab umur 20 tahun. Saya tawakkal saja dengan undian saya tu. Sebab saya tak tahu apa yang selayaknya diundi. Saya mengundi di sekolah yang Kaksya ROS hari tu. Masa saya masuk kelas tu, memang blur sangat. Saya ingatkan kena pangkah guna dakwat yang dicelup tu. Tengok tengok ada disediakan pen. Lepas tu dakwat di tangan pun cepat betul kering. Kiranya memang pangkah guna pen lah ni. Hihi. Tak logic betul pemikiran saya.

Okay bye, Assalamualaikum.

Wednesday, 16 November 2022

Cuti Tanpa Ketenangan

Assalamualaikum.

Saya baru je rasa excited sangat nak balik rumah, tapi banyaknya assignment yang ikut balik😭. How can I cuti dengan tenang?? Hmm. Dahla ada kelas online nanti. Memang tak boleh lari daripada semua ini hihi. Saya kena redha betul tak..dan mulakan langkah untuk siapkan semua tu. Merungut saja tak akan selesaikan assignment tu. Allah uji macam ni sebab nanti bila siap semua assignment ni, saya akan rasa kemanisan tu. Perasaan apabila kita siapkan semua benda ni satu persatu memang sangat best. Hmm faham ke.. Berbelit betul ayat saya. Tak apalah sebab saya je yang baca blog ini. #sendiribuatsendiribaca

Jadinya di sini, saya nak senaraikan sedikit sebanyak assignment dan kerja yang saya kena buat.

Aqidah

1. Mindmap Asma'u wassifat

2. Research Quranic verses about Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma'u wassifat

Phonology

1. Latihan (salin saja)

EDEP

1. Cari point nak present BIWAKO

2. Individual written assignment

3. Infografic poster individual

LLS

1. Maqol fardi

Philosophy

1. Cari point present (AAAAA yang ni paling takut ya Allah)

2. Term paper

Cocu

1. Bincang sekali lagi dengan ahli group

2. Progress and peak


Semoga Allah permudahkan segala urusan saya untuk siapkan semua ini dengan cemerlang, Allahumma Amin. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dalam apa jua perkara, Amin ya Allah. Bye Assalamualaikum.

Tuesday, 15 November 2022

Cantiknya Cincin!

 Assalamualaikum.

Saya gembira sangat! Sebab saya ada cincin baru. Baru beli kemarin di Edufest. Dah lebih tiga kali saya jenguk kedai cincin tu. Sampai kakak yang jual tu kenal saya haha. Akhirnya saya tumpas, saya beli jugak cincin tu. Saya terlalu berkenan. Dahla harga 20 ringgit hmm. Mahal lah sebenarnya untuk saya. Saya takut sebenarnya nak beritahu harga tu kat Umi saya. Tapi saya beritahu jugak dan Umi saya tak marah pun Alhamdulillah. 

Saya pakai cincin tu pergi kelas hari ni. Reka bentuk dia simple saja, sebab tu saya suka. Nak cakap apa lagi ya. Saya tengah dengar lagu Noromuk Lansanku ni. Siok betul. Tapi sejujurnya saya sangat sunyi sekarang😭😭😭. Saya tak tahu kenapa. Mujurlah lusa balik rumah InsyaAllah. Doakan kesejahteraan saya ya. Dan doakan semoga saya boleh siapkan semua assignment pada waktunya dan cemerlang, Allahumma Amin.

Okaylah, babai. Assalamualaikum.

Teman Nasihah di kedai green tea CYAT

Sunday, 13 November 2022

Saya jumpa Inteam!

Assalamualaikum.

Saya hadiri konsert inteam hari ni. Best sangat!! Saya tak sangka boleh jumpa jugak ya Inteam. Bukan jumpa lah sebenarnya, tengok face to face. Mereka nyanyi banyak lagu tadi, tapi tak puas hati sebab tak nyanyi Ratu Syahadah. Haha. Kesian saya ni, kurang perhatian. 

Saya pergi dengan Nasihah seperti biasa. Masa on the way ke main auditorium, kami makan aiskrim. Nasihah aiskrim orange, saya aiskrim 100 plus. Sedap! Nanti nak beli lagi. Pastu tahu tak, kami kan duduk depan pastu atas kan, jadinya kami kena pegang belon untuk dilepaskan masa orang tu rasmikan majlis tu. Hihi tak pernah buat benda macam tu. Masa duk tengah tengah program tu, saya dan Nasihah lapar. Masa tu Inteam belum masuk lagi. Jadinya kami pergi cari makan sekejap di kedai. Kami beli megi gelas. Lepas tu kami makan di masjid sebab kat situ ada air panas. 

Apapun saya rasa seronok sangat hihi. Okay bye Assalamualaikum.





Friday, 11 November 2022

Little Nephew Turns 4!

Assalamualaikum.



Selamat hari lahir Abdurrahman Zakwan! Empat tahun sudah umur kamu ya. Tak sangka besar dah sedihnya. Seperti yang Kaksya nyatakan di blognya, Abdurrahman seorang yang sangat manja. Sangat sangat manja. Kalau bagi tengok tv pun, dia tak ralit sangat pun. Dia lagi nakkan kita daripada tv. Tu yang saya bersyukur. Iman Abdurrahman ni tak obses sangat dengan gadget Alhamdulillah. Kita bagi dia tengok, lepas tu kalau kita minta balik, dia boleh bagi dengan rela. 

MamaDa sayang Abdurrahman. MamaDa harap kita akan terus rapat sampai bila bila. Nanti besar tolong jangan awkward dengan MamaDa okay. MamaDa doakan semoga Abdurrahman menjadi seorang hamba Allah yang beriman dengan keimanan yang teguh dan benar, semoga Abdurrahman menjadi insan yang berguna dan disenangi orang sekeliling, semoga Abdurrahman menjadi seorang yang berjaya dunia Akhirat dan diberikan kebaikan oleh Allah di dunia dan di Akhirat.
اللهم آمين

I LOVE YOU SO MUCH ABDURRAHMAN ZAKWAN!💖

Kucing yang Manja

 Assalamualaikum.


Masa on the way nak pergi kat kereta semalam, kucing ni duk sibuk menggesel di kaki. Comel betul! Last skali masuk dalam kain. Hmm. Tapi saya biar je sebab dia macam kurang kasih sayang. Jadi rindu kucing di rumah. InsyaAllah saya akan layan kamu semua dengan lebih baik ya kucing kucing ku. 

Bye Assalamualaikum.

Talk: Ancaman Ideologi Barat

 Assalamualaikum.

Hai, sekali lagi saya di rumah Kakcik. Semalam saya join program yang edu buat, talk ancaman ideologi barat. Saya pergi sebab Dr Ikram yang bagi talk tu. Banyak betul ya program yang saya join sem ni. Bila lagi kan nak join macam ni. Masa duk U nilah. Nanti habis belajar mesti rindu. AAAA sedihnya. Okay, saya suka talk semalam. Saya faham apa yang Ustaz sampaikan, tapi kalau orang tanya, saya tak pandai nak terangkan. 

Lepas tu tahu tak siapa yang join jugak program tu? Kakcik! Tapi Kakcik tak duduk tepi saya pun. Dia datang lambat sikit. Saya tengok Kakcik macam tak fokus pun, dia duduk menulis benda di ipad. Saya ingatkan dia tengah buat kerja master dia. Rupa rupa nya, dia tengah tulis apa yang Ustaz terangkan pasal ideologi barat tu. Yang paling mengejutkan saya, dia tanya soalan kat Ustaz!! Allahu haha. Tak salah pun. Tapi saya rasa awkward kakak sendiri tanya soalan. Saya datang program dengan Nasihah dengan Balqis, balik dengan Kakcik. Tapi jalan sekerat je, sebab lepas tu Abecik mari ambik dengan kereta. Abecik batuk agak kuat semalam, semoga Allah sembuhkan sakit Abecik, Allahumma Amin.

Bye Assalamualaikum.


Thursday, 10 November 2022

TAASL Terbaik!

 Assalamualaikum.

Saya suka sangat kelas hari Selasa hari tu. Kelas Philosophy of Islamic Education. Sebab ada game. Group yang present minggu lepas kena buat game minggu ni. Game yang berkaitan dengan tajuk present tulah. Kami pun main. Kelas tu gabung Ised dengan Taasl. Tapi Ised ramai lah, Taasl 12 orang je. Sebenarnya saya nak letak nama samaran je dekat Kahoot tu, tapi orang lain dah ambik nama tu. Sya, Sha, Syah. Akhirnya saya pun letak nama sebenar. 

Pastu tahu tak, tempat pertama, kedua dan ketiga diconquer oleh pelajar TAASL! Tempat pertama Dalili, tempat kedua Nasihah, tempat ketiga...treng trengggg.. Syahadah! Haha. Tak special pun sebenarnya. Tapi saya gembira sangat. Tak lah rasa kecil sangat dalam kelas tu. Saya ada ambil gambar keputusan tu, tapi rupa rupanya tak nampak jelas pun gambar tu. Tertutup dengan kepala kepala orang. Lepas tu kan, pelajar Ised memang hebat hebat, tak tipu. Dia punya present tu sangat gempak. Saya mula rasa takut menanti hari present group saya hihi. Doakan kami supaya dapat buat yang terbaik tanpa tercalar maruah dan supaya Ustaz puas hati. Allahumma Amin. 

Bye lewat sudah ni mau tidur. Assalamualaikum.


Wednesday, 9 November 2022

Kids Quran Hour Competition

 Assalamualaikum.

Tadi pukul 2 saya ada join satu program. Join sebagai penonton la. Yang penting dapat starpoint hihi. Ada pertandingan bercerita kanak kanak. Saya tak tahu nak cakap macam mana, tapi budak budak memang dilahirkan comel. Tak kira bangsa apa pun. Mereka sangat innocent haha. Ada macam macam ragam peserta tadi. 90% bercerita tengok kertas. Ada dalam sorang dua je yang tak tengok. Ainin cakap, ni pertandingan membaca ke bercerita haha. Hmm lucu kan. Biasalah budak budak macam tu. Yang sekolah menengah pun ada bertanding syarahan tengok kertas. 

Saya rasa, saya, Nasihah dan Ainin saja penonton yang betul betul tadi. Yang lain ramai ramai tu commitee, ibu bapa dan pengiring. Ainin ajak nak balik awal, tapi saya rasa tak sanggup. Sebab memang kami je yang menonton, dan satu lagi sebab saya nak tahu keputusan pertandingan. Dan saya berpuas hati dengan keputusan dia tadi. Kami betul betul balik masa program tu berakhir Alhamdulillah. Tak ada penyesalan lah. Siap masuk gambar lagi tadi haha. Okay bye Assalamualaikum.

Pendaftaran


Pemenang nombor 1,2 dan 3

25 Tahun Sudah Kaksya!

Assalamualaikum.
Selamat hari lahir Kaksya ku yang ke 25! Akhirnya Kaksya betul betul umur 25 tahun haha. No more 24. No more alasan tok sapa hari jadi lagi. Dan InsyaAllah ini hari jadi terakhir Kaksya sebagai seorang bujang senang. Semoga yang baik baik saja menanti mu di hadapan.  

Semoga Allah permudahkan segala urusan Kaksya dan orang sekeliling Kaksya. Semoga Allah kurniakan segala yang terbaik buat Kaksya di dunia dan Akhirat. Semoga Kaksya menjadi hamba Allah yang terbaik dan insan yang solehah buat orang sekeliling Kaksya. Semoga Allah panjangkan umur Kaksya dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa taat kepada perintah Allah dan tinggalkan larangan Allah. 
اللهم آمين

Apapun, I LOVE YOU KAKSYA💖. 

Monday, 7 November 2022

KOED Assembly

 Assalamualaikum.

Jumaat yang lalu, saya ada perhimpunan Kuliyyah of Education! Tak balik rumah Kakcik lah hujung minggu hari tu. Kehadiran wajib katanya. Tapi ada saja yang tak hadir. Yang penting saya hadir hihi. Perhimpunan tu dibuat di main auditorium. Saya dapat duduk tingkat bawah, first time. Selalunya kalau ada program apa apa, mesti saya duduk tingkat atas.

Hari tu saya pakai tudung labuh bulat. Kalau nak tahu, sepanjang sem ni saya pakai tudung sarung je. Rindu pula mau pakai tudung labuh. Saya rasa nak tukar ke tudung labuh balik la hihi. Tak tetap pendirian betul. Okay kembali ke tajuk koed assembly. Best lah perhimpunan tu saya rasa. Tempat duduk dia selesa. Saya dengar ucapan dean sambil dengar lagu Benn Simon masa tu. Lepas tu, alah balik tu, saya dengan Nasihah pergi tengok kucing dekat belakang mahallah Ameenah. Ada sangkar kucing kat situ. Comel sangat kucing kucing tu. Tapi ofkoslah kucing di rumah saya lagi comel💅

Okaylah, itu saja untuk malam ini. Selamat malam. Bye Assalamualaikum.





Sunday, 6 November 2022

Bucailleism: Overthinking About Religion

 Assalamualaikum.

Saya join Bucailleism talk hari Khamis malam hari tu. Pergi tu sebab Dr Ikram hantar pasal talk ni dalam group wasap kelas. Saya pergi untuk support Ustaz sebenarnya hihi. Dia buat dekat mini auditorium dekat dengan masjid. Best lah sebab suasana malam kan. Ada 3 panel iaitu, Dr Mumtaz Ali, Dr Ikram Abu Hassan dan Faris Yusri pelajar IRK tahun ketiga. 

Saya suka sangat talk tu. Tapi akhir akhir tu saya tewas. Mata saya rasa tak boleh bukak dah haha. Sebab program tu sampai pukul 11 malam. Pastu saya awkward sebab Dr Mumtaz Ali tu perati je budak budak mengantuk haha. Lepas tu Brother Faris Yusri tu nervous sangat, memang nampak dia punya kenervousan tu. Biasalah sebab dia pun student lagi kan. Tapi apa yang dia sampaikan tu saya faham Alhamdulillah. Apa yang saya boleh simpulkan daripada program tu adalah, Quran tak perlu dibuktikan dengan sains. Quran is the book of sign, not science. Begitu. 

Huhh letis jugak menaip hihi. Bye Assalamualaikum. 


Konsert Mental Health

 Assalamualaikum.

Hai. Saya baru lepas makan dan sedang dengar lagu aiso piupusan aiso pitagadan. Sampai sekarang Kaksya belum sudi untuk dengar lagu ni hmm. Tiada masa katanya huehue. Saya mahu cerita pasal konsert Mental Health ni. Minggu lepas lagi benda ni, tapi saya baru sempat untuk tulis blog. Saya tak ingat tajuk betul konsert tu. Tapi saya nak cakap, best sangat malam tu! Tapi rasa macam berdosa sikit sebab nyanyi je kerja malam tu. Macam konsert betul. Tapi sebab dia nak highlight yang melody tu salah satu cara untuk menghilangkan stress. Mengaji kan lagi bagus😎.

Haha tapi betul juga yang dia cakap tu. Kalau saya pun jadi kurang stress bila dengar lagu yang saya suka. Malam tu saya berkenalan dengan 2 orang student China. Saya dan Nasihah tunjuk jalan untuk ke Main Auditorium tu. Tapi salah tempat hihi. Confident je guide orang. Tapi akhirnya jumpa juga Alhamdulillah. Baik sangat student China tu. Kami tengok konsert tu sambil makan popcorn. Saya tak suka pun popcorn tapi makan juga sebab perlukan benda untuk mengunyah. Lepas tu, ada persembahan budak budak sekolah rendah. Mereka nyanyi koir. Kiut sangat! Tapi saya tak tunjuk sangat lah saya punya excited nampak budak budak tu, takut nanti nampak macam acah acah ada sifat keibuan pulak haha. 

Persembahan gamelan pun saya suka. Hebat sangat mereka main. Mesti letih sebenarnya kan. Hebat lah kamu. Saya puas hati dengar. Okaylah, saya berhenti dulu ya. Mau maghrib sudah ni. Bye Assalamualaikum.



Saturday, 5 November 2022

Kakcik 28 Tahun

Assalamualaikum.

Hai, Sonong totuong! Hari ini 5 November 2022, Kakcik ku umur 28 tahun Alhamdulillah! Tapi Kakcik masih muda, jangan rasa tua ya. Tuan macam budak budak lagi. Hihi. So cute. Saya memang dengki dengan Kakcik sebab nampak muda dan ceria. Saya yang umur 20 ni tak tahu lah nak cakap. Kalau jalan dengan kakcik, saya tengok mata orang memang singgah dekat Kakcik ya tuan puan. Memang saya tak wujud pun haha. Gurau saja hihi. Tapi betul.

Semoga Allah permudahkan urusan Master Kakcik. Jangan stress ya Kakakku. Banyak sebab untuk kamu rasa bahagia, jangan terlalu fikir pasal stress. Sebagai seorang adik yang baik, saya hanya mampu berdoa kepada Allah. Semoga Allah berikan Abecik Kakcik kebahagiaan hidup yang berkekalan di dunia ini dan di Akhirat kelak InsyaAllah. Semoga Allah makbulkan segala doa Abecik Kakcik dan berjaya capai apa yang diimpikan. Semoga Allah kurniakan keimanan yang teguh kepada Abecik Kakcik hingga ke akhirnya dan diterima segala amal ibadat. Semoga Allah kurniakan kebaikan kepada Abecik dan Kakcik di dunia ini dan di Akhirat.
 اللهم آمين

I LOVE YOU KAKCIK!💖

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...