Monday, 10 October 2022

Pengalaman Naik Bas Paling Teruk

 Assalamualaikum.

Saya dekat Universiti ni😭😭😭. Saya nak duduk rumah..Hari ni hari kedua saya di sini. Saya pilih bilik Kaksya dulu. Cuma compartment je lain. Saya A, Kaksya dulu C. Esok dah start kelas. Okaylah sebenarnya saya nak cerita tentang perjalanan saya naik bas untuk ke sini. Saya naik bas Sani. 

Masa nak naik bas tu, saya tak boleh tahan sedih😭. Saya betul betul taknak pergi. Nanti siapa nak buat kopi dan hantar makanan kat Abah? Siapa nak berbual dan habiskan masa dengan Adik? Siapa nak tolong Umi masak dan bawa kereta untuk Umi? Siapa nak ambik Adik sekolah? AHHHHH! Sebenarnya mereka boleh je buat semua tu tanpa saya. Hmm. Cuma saya yang rindu untuk buat semua tu. 

Okay, tahu tak saya terseksa sangat naik bas malam tu. Saya rasa pening berpanjangan. Dan saya rasa nak muntah. Dan akhirnya saya muntah. Bila saya kira balik, saya muntah dalam 10 kali. Dua kali dekat RnR Gua Musang.  Yang selebihnya atas bas. Pastu sekali masa sampai dekat Mahallah Asiah. Walaupun muntah banyak kali, pening tu tetap tak hilang. Kesian orang dalam bas. Mesti serabut kan. Tapi saya lagi serabut sebab tak selesa sangat. Muntah mula mula tu tak ada plastik😬. Nasib baik lelaki semua duduk tingkat bawah. Takdelah tercalar sangat maruah saya haha. 

Apapun, saya tak tahu apa punca saya pening dan muntah. Mungkin sebab menangis berlebihan..mungkin juga sebab duduk tingkat atas..mungkin bas tu terlalu laju. Hmm saya pun tak tahu. Okay lah itu saja cerita saya. Semoga keadaan macam tu tidak berulang lagi, Amin ya Allah.

No comments:

Post a Comment

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...