Assalamualaikum.
Semalam kami pergi beli McDonald. Pukul 1 pagi ya tuan puan. Masa nak keluar rumah tu, Kakcik bagi kunci kereta kat saya lepas tu cakap, Abecik suruh Kaksyadah bowok keto. Whatt!! Itulah reaksi saya. Saya ingatkan itu satu gurauan. Sebabnya, saya tak biasa jalan kat situ. Kalau Rantau Panjang tu takpelah. Lepas tu, masa tu kan malam, dan saya tak pernah bawak kereta malam. Dan juga, itu kan kereta Abecik. Kalau saya terlanggar apa apa macam mana.
Kan saya ingat mereka bergurau, sampailah Abecik cakap, kalau lama tak bawak nanti lupa. Hmm kiranya seriyes la ni saya bawak. Dari mula lagi saya buat benda memalukan. Saya nak start enjin kereta, tapi pelik kenapa kunci tu tak masuk. Abecik tanya boleh tak, saya pun tunjuk la kunci tu tak masuk dalam lubang. Abecik cakap tu kunci lain, kunci rumah ke rasanya. Hmm malu ke tak malu. Sebab dalam segugus kunci tu bukan kunci kereta je.
Memang saya kalut sikit masa bawak tu haha. Asyik tertukar signal dan wiper. Kalau di rumah kan saya bawak perodua, signal dia belah kanan rasanya. Kalau Proton signal kiri. Rasanya lah, saya pun dah lupa. Apapun, saya nak persoalkan di sini, macam mana mereka boleh percayakan saya.😭 Terima kasih Abecik Kakcik. Saya seikhlas hati berdoa semoga Allah makbulkan segala doa kamu berdua, dan semoga Allah kurniakan kepada Abecik Kakcik kebahagiaan, ketenangan, kenikmatan, kesihatan, dan segala kebaikan dari semua segi di dunia ini dan di Akhirat terutamanya. اللهم آمين
Wow seriously Da! Dah tua rupanya adik aku ni. Dah ada lesen. Dah pandai bawa kereta di tempat sibuk. Dah pandai berdikari. TUA SUDAH KAU! 👅
ReplyDelete