Saturday, 20 November 2021

Singgah Cameron Highland

Assalamualaikum.

Hari tu, on the way balik dari rumah Tok dan Aki, kami singgah Cameron Highland. Saya gembira sangat. Tapi, jem teruk. Saya baru terfikir yang hari tu kan cuti Deepavali..memang ramai lah pengunjung hari tu. Sebab tu jem. Haha. Rasanya dalam 4 jam kami terperangkap jem kat Cameron Highland. Memang pening sangat kepala saya. Berhenti kat masjid tu saya terus muntah. 

Satu lagi perkara yang buat saya tak berapa enjoy adalah kelas online. Hari tu hari Jumaat, saya ada kelas ungs1201. Jadi saya terpaksa beronline dalam kereta sambil makan angin. Turun beli baju pun ada earfon di telinga. Tapi yang bestnya, kami dapat juga beli baju! Cantik sangat baju yang kami beli hihi. kaksya warna hitam, Adik warna biru gelap, saya warna hijau. Semuanya baju tangan panjang. Untuk Iman Abdurrahman, kami beli baju askar, comel sangat!

Semasa duk tengah dalam jem, Abah berhenti di kedai tepi tu untuk berehat dan tunggu jem berkurang. Kami semua turun. Abah Umi dan Kaksya pergi tandas. Saya dan Adik order nasi Ganja. Nama nasi tu Ganja, saya benci dengar nama tu. Tapi terpaksa order sebab itu satu satunya hidangan yang ada kat situ. Tapi nasi dia sedap sangat Alhamdulillah. Alang tak makan pun, Alang duduk je kat situ tunggu kami siap. Lepas makan, kami pergi tengok gerai tepi jalan tu. Ada tempat pokok pokok strawberi. Kami masuk kedai tapi tak beli apa apa pun. 

Lepas tu kami sambung perjalanan walaupun masih jem. Pemandangan di Cameron Highland cantik sangat. Saya nak ambik gambar cantik cantik tapi saya pening sangat masa tu. 

Okay sekian saja cerita saya pasal Cameron Highland. Bye Assalamualaikum.











No comments:

Post a Comment

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...