Assalamualaikum.
Kemarin saya pergi klinik gigi untuk cuci gigi dan simen gigi. Saya tak tahu kalau bahasa betulnya apa simen gigi tu. Simen gigi tu rawatan gigi berlubang. Ha! Tampal gigi kot. Tak tahulah😁
Ni first time saya tampal gigi. Selama ni orang duk kata tampal gigi ni sengal, ngilu macam tu. Saya pun anggap macam tulah kan. Pastu saya pun hadapi sendiri benda tu. Rupa rupanya betul lah ngilu, tapi ngilu sampai tahap tak boleh nak cakap. Saya menangis masa kena tampal tu. Habis basah tudung.
Lepas tu cuci gigi. Agak sakit lah cuci gigi tu. Tapi tak sampai menangis. Lepas siap tu, Doktor pesan suruh floss gigi. "Mula mula cuba seminggu sekali, lepas tu bila dah biasa, buat hari hari", macam tu doktor pesan. InsyaAllah saya cuba.
Lepas tu, kan rawatan tu kena bayar. Tapi duit saya tertinggal dalam kereta. Saya nak pergi ambik, tapi Ustazah Normah tolong bayarkan. Allahu baiknya Ustazah.. RM18 bukan sikit. Semoga Ustazah sekeluarga dikurniakan kesihatan yang terbaik dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat, Allahumma Amin.
No comments:
Post a Comment