Assalamualaikum.
Serious betul tajuk buku ni kan. Tapi don't judge a book by it's cover. Buku ni mengisahkan tentang seorang lelaki berusia 20 tahun. Adly namanya. Adly ni kacukan Italy dan Cina, ayahnya Itali maknya Cina. Mereka mualaf yang tak dapat restu ibu bapa. Lepas tu mereka berdua membawa diri bina keluarga di Hulu Baleh, Sarawak. Di Hulu Baleh tu, hanya ada 4 orang Muslim. Ayah dan mak Adly, Adly dan kawan baiknya Kassim. Jadi, Adly ni membesar dalam bi'ah yang sangat tidak Islamik. Bermakna kuranglah ilmu agamanya.
Sebenarnya saya tak tahu macam mana nak terangkan pasal buku ni. Buku ni sangat random. Dia fokus kepada moment-moment kehidupan. Okaylah saya cuba terangkan. Bila Adly dah besar ni, dia dan Kassim sambung belajar di Universiti Kuching. Ditakdirkan Allah, mak dia meninggal semasa dia berada di hujung first year kalau tak silap. Jadi dia kehilangan doa seorang ibu. Manakala ayahnya pula hilang zaman dia sekolah lagi. Hilang tidak dapat dijejak.
Jadi, cerita utama buku ni adalah, tentang perjalanan Adly dalam melengkapkan misi 40 doa. Disebabkan dia dah kehilangan doa orang yang paling power, dia berusaha cari tentang doa-doa yang dimakbulkan Allah selain doa ibu. Tapi perjalanan dia ni sangatlah tidak mudah. Ada banyak insiden yang berlaku. Satu benda yang paling penting saya nak bagitahu, buku ni adalah buku yang paling lucu saya pernah baca😭
Pelik kan? Buku ni macam serious, tapi dia punya moment-moment tu lucu sangat-sangat. Saya rasa macam tengok maharaja lawak, versi buku. Jadi, kalau kalian nak hiburan, bacalah buku ni. Haha. Sekarang saya dah baca buku next. Cuba teka buku apa pulak kali ni? Hihi. Nantikan review saya ya!
Okay bye, Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment