Assalamualaikum.
Saturday, 27 September 2025
Healing dalam Kesejukan
Friday, 26 September 2025
Suatu Hari di SMKSP
Assalamualaikum.
Salam Jumaat. Hari ni ada majlis penutup bulan merdeka...kot. Lupa nama majlisnya. Guru digalakkan pakai baju bertemakan merdeka. Disebabkan majlis tu, kelas pun ditangguhkan. Alhamdulillah. Memang saya tak ready apa apa bahan untuk mengajar hari ni. Sebenarnya semalam sakit kepala memikirkan nak datang ke tak sekolah hari ni. Akhirnya saya datang je sebab malas nak pergi mintak mc dengan dr.
Hari ni saya pakai tudung bulat kelabu dengan baju kurung songket favourite. Baju tu Umi punya sebenarnya hihi. Tulah pakaian yang paling saya selesa. By the way hari ni saya siap rph awal. Selalunya waktu dekat nak balik saya terkalut-kalut susun dan stapler rph. Terima kasih ya Allah Engkau telah mudahkan urusanku. Engkau buanglah perangai last minit ku ya Allah.
Seperti biasa setiap hari Jumaat kita akan ada sesi reward. Setelah bertungkus lumus selama seminggu, mestilah kena reward. Yang simple simple pun tak apa. Hari ni kami makan ayam goreng, burger dan bubur di Dsara Fried Chicken di TBG Mall. Alhamdulillah sedap dan agak murah! Boleh repeat. Hihi. Bestnya cutiii! 2 hari ni saya nak healing, jangan kacau saya. Hiks.
Gurau saja. Sila kacau saya. Sebab saya sunyi. Okay bye, Assalamualaikum.
Rindu Teman Sepermainan
Assalamualaikum.
Thursday, 25 September 2025
Feeling Down
Assalamualaikum.
2 bulan lebih to go. Ya Allah setiap saat terasa sangat lama😭 Saya tiada mood untuk menghadap sesiapa apatah lagi untuk mengajar. Kelas 2 Baihaqi okay lagi, at least mereka support dan buat buat excited untuk belajar Bahasa Arab. 4 Qayyim? Allahu. Seakan-akan saya tiada dalam kelas. Sedih sangat. Rasa nak tergugur air mata dalam kelas. Tapi saya cuba sedaya upaya untuk mengelakkan drama.
Awal-awal hari tu semangat nak belikan hadiah kecik sorang satu untuk kenangan. Bila tengok keadaan sekarang, takpelah terima kasih jelah. Baik duit tu saya guna buat beli lamb chop Mydin Mall. Saya rasa form 4 tu tak anggap saya cikgu pun, tak hormat. Tapi bila saya cuba reflect balik, mungkin saya yang salah. Saya yang biarkan diri saya dipandang enteng oleh mereka. Tapi saya memang tak reti nak marah langsung. Kemarahan saya akan dinoktah dengan air mata.
Satu lagi, mungkin cara pengajaran saya tak menarik. Saya tak pandai kawal kelas. Aaaaaaaa😭 Ya Allah nak cepat cepat habis praktikal ni😭 Saya rasa muka saya dah hilang keceriaan bila di sekolah. Ya Allah permudahkanlah urusanku dan orang tersayangku untuk ke Makkah dan Madinah lagi dan lagi dan lagi. Engkau rezekikanlah kepada kami untuk pergi sana bersama orang tersayang dalam keadaan sejahtera fizikal dan mental. Engkau kurniakanlah aku rezeki untuk masuk dan solat dalam Masjid Nabawi, lebih tepat lagi Raudhah.
Kalian semua doakan saya ya, whoever you are. Bye Assalamualaikum.
Saturday, 6 September 2025
MamaDa Kembali
Assalamualaikum.
Sejujurnya saya lupa sudah gaya saya tulis blog macam mana sebelum ni. Maklumlah, beberapa bulan kebelakangan ni agak cibuk dan tak ada mood langsung nak buat blog. Tengok pun tidak. Tapi rindu nak menulis macam ni😭 Banyak je cerita baru ni.
Benda yang saya duk takut-takut dulu sebagai pelajar edu sedang terjadi SEKARANG. Haha. Cuba teka. Ya tepat sekaliii, teaching practicum! Teaching practicum II tau, yang terakhir punya. Yang mana bermakna ini adalah sem terakhir saya sebagai pelajar UIAM. Huwaaaa😭😭😭 Sakit betul menahan rasa ni di dada. Perasaan sayu dan sedih yang tak dapat diungkapkan. Faham takk, semua benda yang saya lalui sepanjang 4 tahun sebagai pelajar uia akan menjadi kenangan semata-mata. Benda tu tak akan kembali sampai bila-bila dan saya dah tak akan lalui semua tu untuk kali kedua.
Sekarang saya dah sebulan lebih praktikal. Tinggal lagi 2 bulan lebih sikit. Saya praktikal di sekolah berdekatan uia, SMK Sungai Pusu. Sejujurnya, saya dah mula rasa sedih untuk habis praktikal haha. Benda yang sangat tidak disangka. Rasa happy pula masuk kelas dan mengajar budak budak ni. Saya dapat kelas tingkatan 4 Qayyim subjek PAI dan tingkatan 2 Baihaqi subjek BA. Setakat ni tahap best dia tu dalam 70%. Cuba teka 30% yang tak best tu kenapa? OBSERVATIONNN. Bahagian tu memang memeritkan.
Saya tak tahu kenapa, masa mengajar sehari hari elok je semua benda. Student faham dan interactive, saya pun mengajar dengan penuh semangat tanpa tekanan. Tiba-tiba masa observe, jadi lain. Vibe dia jadi tak seronok, rasa tegang. Lepas tu ada je kesilapan yang saya buat hari observe. Lepas kena komen dengan Ustazah memang kita menangis lah. Padahal Ustazah komen okay je, tegur benda basic-basic gitu. Tapi genz lah katakan, fragile sikit.
Itulah sedikit sebanyak yang saya boleh kongsi kali ini. Doakan saya lebih bijak mengatur masa dan rajin menulis blog ya. Hihi. Okay bye, Assalamualaikum.
Tinggal Bertiga
Assalamualaikum. Salam Ahad. Saya sedang bersantai di rumah Kakcik ni. Tahu tak, saya, Ainin dan Ibtisam dah tinggal bertiga😭 Kak Alis dan...
-
Assalamualaikum. Alhamdulillah, Safiyyah dah ada cafe akhirnya. Hujung hujung sem ni lah dia bukak. Tapi bersyukurlah, at least tak susah un...
-
Assalamualaikum. Alhamdulillah pagi tadi saya dah selesai bercerita subjek modern Arabic Dr. Wan Rusli. Sebenarnya saya turn ketiga, yang m...
-
Assalamualaikum. Ya Allah!!!! Saya excited sangat untuk buat blog sebenarnya sebab ada banyak cerita yang nak dinukilkan tapiiii, terlalu ba...







