Assalamualaikum.
Sebenarnya saya ada cerita sedih. Setiap kali fikir pasal ni saya akan rasa pedih hati sangat sangat, tapi tak boleh buat apa apa. Benda nya simple je..UNTUK ORANG LAIN. Untuk saya sensitif tau. Seperti yang kita tahu, cuaca di Makkah Madinah ni sangat panas. Panas yang membakar muka, menyengit lubang hidung. Tapi uniknya di Makkah, panasnya kering dan tidak berpeluh. Kalau Madinah, ada peluh sikit sikit dan panasnya kurang shikit.
Hari kedua di Makkah tu, kami membeli belah untuk keluarga di tanah air. Antara yang kami beli adalah rida'. Abah dan Adik pun beli juga rida' untuk diri sendiri. Keesokan harinya, kami ada ziarah naik bas ke beberapa tempat, lepas tu kena pergi niat ihram di Ja'ranah. Mula mula tu kami pergi Jabal Tsur, bukit di mana terletaknya gua Tsur. Gua tempat nabi bersembunyi dengan Abu Bakr sebelum berhijrah ke Madinah. Masa kami turun bas tu, cuaca memang panas sangat dan membakar muka. Tapi semua orang ada kain untuk tutup kepala. Abah dan Adik guna rida' baru beli, Umi guna sejadah kecik. Orang lain lagi advance, ada pakai topi, spek hitam, siap ada yang pakai payung segera atas kepala.
Jadi, saya sajalah yang menadah muka kepada matahari haha. Lepas tu, kami berhenti pula di Jabal Rahmah, Padang Arafah. Sini lagi lah panas. Kami berjalan jauh dari tempat parking bas sampai lah ke Jabal Rahmah. Ustaz bagi penerangan sikit pasal Jabal Rahmah, lepas tu kami berdoa. Lepas tu acara bebas, ikut kitalah nak pergi mana di kawasan tu. Yang penting pada waktu yang ditetapkan kena ada di bas. Masa nilah saya dan Umi pergi beli rida' untuk saya sebagai perlindungan daripada panas. Sejujurnya saya tak nampak sangat corak rida' waktu tu sebab panas memancar. Di satu kedai tu, nampak rida' hijau hijau sikit, saya terus nak yang tu. Harga 10 riyal. Sangatlah murah berbanding rida' lain sebab jenis kain dan saiznya berbeza sikit.
Lepas bayar, saya terus buka plastik dan guna rida' tu. Sejak saat itu, rida' itu jadi pendamping saya. Waktu tidur atau waktu berjalan, rida' tu akan ada dengan saya. Walaupun tak mahal, saya sangat selesa guna. Saya pergi masjidil haram untuk solat biasa atau untuk tawaf, saya akan bawa rida' kesayangan tu. Sepanjang di Madinah pun macam tu. Di satu sudut dalam hati, saya mula rasa rida' tu special. Dia ada bau yang unik. Bila tiba waktu untuk tinggalkan Madinah, saya simpan rida' tu dalam beg galas koko sebab takut tercicir. Saya tak bawak di bahu lah kali ni.
Kami pun naik bas ke airport Jeddah. Dalam bas pun saya tak keluarkan dia, takut tertinggal punya pasal. Bila sampai airport, kami pun turun. Di tempat menunggu tu, saya rasa sejuk. Saya pun buka beg untuk keluarkan rida'. Rida' tu tiada. YA ALLAH😭 Saya tak menangis lagi, saya cuba cari dalam beg lain. Cari punya cari, memang tak ada. Akhirnya berderailah air mataku di situ. Rasa sayu dan sepi yang tak boleh ungkap. Terus rasa badmood. Saya naik kapal terbang dalam keadaan sedih. Saat saat akhir macam ni lah dia hilang. Padahal saya dah sangat berhati hati.
Saya cuba redha. Saya rasa memang ada hikmah yang mendalam juga. Mungkin Allah nak buang daripada hati saya perasaan yang mengatakan rida' tu special. Sebab awal awal tu saya sangat tak boleh terima, rasa kosong je hati. Sekarang, slow slow saya cuba untuk terima. Walaupun kadang kadang, datang perasaan menyesal...kenapalah tak cek banyak kali dalam beg. Tapi tu memang dah ditakdirkan oleh Allah. Peneman sepanjang saya berada di sana, tapi balik tanpa dia. 2 hari lepas balik rumah, saya mimpi jumpa rida' tu. Rasa lega dan happy sangat sangat. Sekali bangun tidur, Allahu mimpi rupanya. Haha. Semoga Allah ganti dengan rezeki yang berganda ganda lebih baik. Allahumma Amin.
Di Jabal Tsur
Muka tahan panash
Jabal Rahmah
Gambar kenangan bersama rida' ku: