Monday, 31 July 2023

The Only SIL for now❤

 Assalamualaikum.

Selamat berumur 29 tahun Kaklong! Macam tak percaya pula. Kenal Kaklong masa Kaklong umur 22 tahun, muda sangat sangat. Saya masa tu 14 tahun. Kiranya dah lama lah kami hidup sebagai satu keluarga. Anak pun dah 4 sekarang Alhamdulillah ya Allah.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kaklong sekeluarga, diberi kebahagiaan yang abadi dunia Akhirat, dipermudahkan rezeki yang halal, semoga seluruh keturunan Along Kaklong menjadi insan yang soleh solehah dan menjadi penyejuk mata bagi orang sekeliling, diberi kesihatan yang terbaik, disembuhkan segala penyakit, selamat daripada segala bahaya, dipanjangkan umur di dalam kebaikan dan semoga kita semua dikumpulkan dalam syurga kelak bersama sama, Allahumma Amin. 

I LOVE YOU KAKLONG💕

Sebelum Kewujudan Abdul Hadi yang Mungil

Tuesday, 25 July 2023

Home Already📌

 Assalamualaikum.

Saya dah beberapa hari di rumah ni hihi. I am so happy. Tapi ada lagi 2 assignment usrah. Due nya esok. Semoga Allah permudahkan. Iman Abdurrahman pun ada di rumah ni, seperti biasa. Tahu tak, perit betul perjalanan balik rumah dengan bas hari tu. Memang betul betul pengalaman yang sangat pahit bagi saya. Macam biasalah saya pening pening dalam bas. Tapi pening yang sangat sangat sampai tak tahu nak buat apa. Semua kedudukan tak kena masa tu. Sampailah saya tak tahan tu, saya pun muntah. Muntah dalam plastik tisu.

Saya muntah berkali kali sampai penuh plastik tu. Tapi takpelah saya taknak cerita penuh pun, sebab sedih. Akhirnya bas berhenti di hentian Merapoh. Saya clean semua benda dan beli plastik baru takut nak muntah pulak dan saya memang muntah lagi. Pening tu berterusan hinggalah saya sampai rumah. Saya sedikit trauma nak naik bas. Tapi apakan daya, tu je transport yang paling sesuai untuk saya ke sana ke mari. 

Apa pun, saya bersyukur saya survive naik bas tu. Sekarang menikmati kebahagiaan duduk rumah bersama askar askar kecil yang tersangatlah banyak soalan dia. Haha. Letih saya nak menjawabnya. Okay bye, semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua, Amin. Assalamualaikum.

Tuesday, 18 July 2023

Nama yang Dipilih❤

 Assalamualaikum.

Saya kat rumah Kakcik. Esok malam naik bas balik rumah InsyaAllah hooray! Of course lah tak sabar nak jumpa Abah Umi Adik dan anak anak anak anak buah sekalian💖 Saya ingin mengishtiharkan nama yang dipilih untuk adik Abdullah Abbas ni. 

عبد الهادي ابراهيم

Iya Abdul Hadi Ibrahim❤ What a beautiful name isn't it.. Semoga Abdul Hadi menjadi hamba Allah yang sentiasa diberi petunjuk oleh Allah dan sentiasa berada di bawah petunjuk Allah. Semoga Ibrahim menjadi hamba Allah yang hebat imannya seperti Nabi Ibrahim alaihissalam. Semoga Abdul Hadi Ibrahim menjadi hamba Allah yang istiqomah berada di jalan Allah, membawa kebaikan kepada orang sekelilingnya, menjadi hamba Allah yang mulia akhlaknya, menjadi insan yang disenangi orang sekeliling dan bahagia dunia Akhirat, Allahumma Amin.

Monday, 17 July 2023

Throwback: Exhibition Fiqh Ibadat

 Assalamualaikum.

Saya baru habis exam last tadi!! Alhamdulillah. Tapi belum merdeka lagi sebab ada assignment usrah in action😖 Semoga Allah permudahkan urusan saya dan kawan kawan untuk siapkan assignment tu. Waktu ni lah baru ada masa untuk tulis blog. Saya nak throwback la sikit masa exhibition fiqh ibadat hari tu. Tak silap saya 9/6 hari Jumaat. Kami ada pameran subjek ibadat. Ada banyak group dan kami pilih tajuk wuduk dan tayammum. Group member saya Dalili, Ain, Ainin dan saya. Kami buat bahan bahan tu agak last minit. Tapi Alhamdulillah siap juga walaupun tak gempak pun. 

Saya tersangat malu sebenarnya hari tu sebab cuba bayang kena bentang dan terangkan dekat orang yang datang booth kita. Orang yang datang dengar tu boleh jadi budak kelas kita sendiri, dan boleh jadi orang luar yang berminat nak dengar pasal ibadat ni. Saya rasa saya bentang lebih 15 kali kot. Sebab orang datang ramai tapi waktu lain lain. So setiap orang datang tu lah saya kena terang. Malu sebab kawan saya cakap saya nampak bersungguh sangat terangkan, bukan Ustaz datang tengok pun masa saya terang tu. 

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar hari tu. Tak kiralah markah berapa yang penting saya dah buat yang terbaik. Hihi. Tak percaya rasa dah habis sem ni. Alhamdulillah ya Allah ala kulli hal. Saya nak solat dulu ya. Assalamualaikum.


Thursday, 13 July 2023

Another Cutie Pie🐣

Assalamualaikum.


Alhamdulillah ya Allah❤ Dikurniakan anak saudara lagi. Kali ni pun lelaki juga. Iman betul betul the only girl for now ya. Kaklong beranak pukul 3.30 pagi 13 haribulan. Saya punyalah tunggu daripada hari tu untuk si baby keluar..mula mula ingat 26/6, lepas tu 29/6, lepas tu 7/7...lepas semua tarikh tu baby tak keluar lagi, saya pun pasrah. Sekali dia keluar waktu yang tak dijangka. MamaDa pula tengah musim exam yang sangat crucial. Haha. Awalnya dia keluar tak tunggu MamaDa balik. Terima kasih Kaklong bersakit sakit untuk keluarkan anak saudara saya ni. Semoga Allah beri ganjaran yang terbaik buat Kaklong. 

Abdullah Abbas yang masih tak diketahui status kebolehjalanan dia tu dapat adik dah haha. Diri sendiri tu baby lagi padahal. Sangat manja budak tu. Rinduuu tak sabar nak balik. Dan tak sabar nak jumpa the real baby ni🥰 Muka nampak lebih kepada Abdurrahman. Tapi masih baby sangat lagi, tak boleh nak teka lagi muka macam mana. Yang penting sihat sihat ya baby, Amin. MamaDa love you💓

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...