Sunday, 26 February 2023
23 Februari 1964
Saturday, 18 February 2023
Sheikh Abu Nu'man 16th Birthday👨💼
Thursday, 9 February 2023
Clumsy Morning💤💣
Assalamualaikum.
Saya exam pukul 9 pagi tadi, Alhamdulillah everything is okay. Keluar sejibik macam Sir cakap. Alkisahnya, saya tertidur lepas Subuh tadi. Saya bangun, tup tup pukul 8.40. Saya kalut macam nak terbang. Terus pakai baju, tudung dan ambik apa yang patut. Dompet tertinggal, tapi kunci bilik bawak Alhamdulillah. Tadi tu pergerakan saya paling laju, kalau tak slow je selalu. Allah uji sikit je tu hihi. Saya sampai tempat exam dalam pukul 8.55 kot. Masa tu baru buka telefon, ada missed call daripada kawan kawan.
Satu benda lagi! Masa dalam exam tu, tiba tiba ada bunyi telefon. Saya macam tengok tengok oranglah. Fon siapalah berbunyi ni..Kacau orang nak exam. Lepas tu, macam cam je bunyi tu. Rupanya saya punya alarm. Alarm pukul 9.05 minit. Allahu memalukan. Saya pun pergi kat beg dan matikan bunyi tu. Saya tak tengok orang dah, malu muka huehue. Itulah dia cerita saya tentang pagi ini. Bye Assalamualaikum.
Wednesday, 8 February 2023
Craving Itu Ini
Assalamualaikum.
Alhamdulillah kemarin saya selesai exam kedua iaitu subjek Aqidah. Tinggal 3 subjek lagi, Cocu, Phonology dan EDEP. Esok Cocu, doakan saya ya. Musim musim exam ni dia mari craving macam macam pulak ya. Air batu hari hari rasa nak makan. Saya dah senarai dah makanan yang saya nak makan nanti balik rumah dan hantar kat Umi. Mesti nanti Umi akan pastikan saya dapat semua tu sebelum datang balik U. Umi akan tick apa yang dah makan. Haha. Ikut pengalaman macam tulah.
Bagus punya anak. Balik nak makan saja. Doakan saya semangat juga untuk buat kerja rumah. Kan hari tu banjir, rasanya banyak je kerja kena buat. Lagi lagi stor. Kesian semua yang kat rumah, dah banyak dah mereka kemas kemas. Ya Allah, jadikanlah aku, adik beradik dan ipar ipar semua anak anak yang berbakti kepada Abah Umi dan penyejuk mata mereka. Allahumma Amin. Okay bye, Assalamualaikum!
Thursday, 2 February 2023
Selesai Satu Exam🦖
Wednesday, 1 February 2023
-
Assalamualaikum. Hari Khamis lepas kami ada photoshoot setiap batch untuk diletakkan di dalam majalah KOED. Untuk kami Ohana, kami buat vot...
-
Assalamualaikum. Alhamdulillah, Safiyyah dah ada cafe akhirnya. Hujung hujung sem ni lah dia bukak. Tapi bersyukurlah, at least tak susah un...
-
Assalamualaikum. Alhamdulillah pagi tadi saya dah selesai bercerita subjek modern Arabic Dr. Wan Rusli. Sebenarnya saya turn ketiga, yang m...