Saturday, 31 December 2022

GARIFF22

 Assalamualaikum.

Kemarin saya dan Nasihah pergi booth carnival gariff tu. Tak ramai orang langsung. Memang tak macam carnival. Mungkin sebab dah hari last last kan. Kami pun lagi suka tak ramai orang. Carnival tu memang fokus Arab sebenarnya. Bahasa Arab, makanan Arab, budaya Arab dan sebagainya. Saya dan Nasihah singgah di booth UKM. Kiranya dia kos BAR la di UKM. Nak singgah di booth cyat tutup pulak. Saya pun main lah game di situ. Hihi. So enjoy. Duduk bersila saja atas tikar tu. Dan kami betul semua! I am so happy. Dapatlah merubat saki baki stress dalam diri ini. Alhamdulillah. 

Memang soalan game tu basic bahasa Arab. Jadi sebab tu lah kami buleh jawab dengan betul. Lepas tu kami dapat hadiah pen sebatang soram, pastu boleh pilih cakkelat. Kemudian, kami pergi makan di Evoke. Apapun, kami tak patut pergi situ waktu tu. Masa tu pukul 1 lebih, duk makan sekejap tiba tiba berkerumun lelaki keluar daripada masjid. Jadi nampak macam sengaja pulak pergi masa tu. Odoi dogo. Tiber hihi. Baru dengar Adam Shamil sebut perkataan tu..tak tahu pun apa maksud dia tapi suka sebut. Okay lari tajuk sudah ni. Bye Assalamualaikum.

Gambar on the way aa

Thursday, 22 December 2022

Banjir... again

 Assalamualaikum.




Tengok la itu..banjir di rumah saya buat kali kedua. Kesian Abah Umi Adik. Katanya tidur atas gere. Allahu tokleh bayang. Semoga ini kali terakhir banjir gini. Terseksa betul saya. Beberapa hari tokleh contact Abah Umi. Sebab telefon habis bateri dan tak ada api. Sekarang ni air dah surut setakat pagar Alhamdulillah. Abe Dailamie dan Kaksya mengarung air jalan kaki balik rumah untuk tolong simpan simpan. Bagusnya pengantin baru ni. Apapun semoga Allah permudahkan segala urusan seluruh ahli keluarga saya dan kita semua dan semua orang yang saya sayang. اللهم آمين

Alolo kesyian my hensem boy ni duduk dalam gelap.
I love you Adik💞

Wednesday, 21 December 2022

Kerjaan Apakah Ini

Assalamualaikum.

Saya baru sampai bilik. Tadi saya baru lepas hantar Abecik Kakcik ke stesen lrt dengan kereta Abecik. Sebab Abecik nak tinggal kereta di UIA. Bisakah anda bayangkan macam mana keadaan saya alah balik tu? Bawa sorang sorang malam malam di tengah bandar selangor. 

Nak bagitahu, masa on the way hantar tu kan ada Abecik lagi. Dah dijaritengahkan oleh seorang penunggang motor yang akhlakless. Di mana lagi nak dapat pengalaman macam ni. Hmm. Kita cuba positif. Alah balik pulak, telefon jatuh jadinya blur sekejap nak masuk jalan mana. Kita pun salah jalan. Nasib baik ada tempat u turn. Masa telefon jatuh tu, saya sempat gesel kereta dengan jalur hitam putih tepi jalan tu hihi. Biasalah tu, kalut kan. 

Masa dah masuk uia, Abecik Kakcik wasap tahniah sebab berjaya bawak. Padahal teruk betul performance saya. Masalah saya, tak tahu jalan dan tak tahu macam mana nak guna jalan sini. Kalau bawa banyak kali okay lah tu InsyaAllah. Terima kasih Abecik. Nampak risau betul Abecik masa saya nak gerak balik sorang sorang tu haha. Memang patut risau. Okay bye Assalamualaikum.

Tuesday, 20 December 2022

Purple Day!🍇

Assalamualaikum.


My Favourite Baju Kurung!💜 Hihi. Ni baju Umi saya, tapi diturunkan kepada saya. Sebab Umi saya ada banyak dah baju baru. Saya suka sangat pakai baju kurung Umi saya. Cantik cantik semuanya. Yang pepel ni antara favourite saya lah. Favourite baju kurung dan favourite bag in one frame. Begitu. Beg tu pun favourite saya. Beli di Kundasang tahun 2018. Boleh pakai sampai hari ni Alhamdulillah. Saya nak cakap yang saya suka hari ni. Hihi. Alhamdulillah Allah letakkan rasa suka dalam hati. Random betul. 

Doakan Abah Umi saya dan Adik saya di rumah ya. Banjir masuk rumah dan mereka tak pindah pun. Saya tak boleh fikir pasal tu, kalau fikir mesti akan menangis. Dah la tak ada api. Mesti tak selesa sangat. Saya rasa nak balik sangat sangat. Hari tu pun berat hati nak balik sini, sebab air dah menaik masa tu. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Ya Allah, kurniakanlah keselamatan dan kesihatan yang terbaik kepada Abah ku, Umi ku, Adik ku dan seluruh ahli keluarga ku dan semua orang yang aku sayang di dunia ini.  اللهم آمين

Sunday, 18 December 2022

الحمد لله على كل حال

Assalamualaikum.




Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Adakah anda kenal gerangan pengantin di dalam gambar itu? Iya betul lah tu. Kakak ku Kaksya yang tersayang. Saya rasa macam mimpi sangat. Alhamdulillah Kaksya telah sah menjadi isteri kepada Abe Dailamie. Kaksya? Isteri? AAAAAA. Cepat betul masa berlalu. Tahniah Kaksya dan Abe Dailamie. Semoga Allah kurniakan rahmat, keberkatan dan kebahagiaan di dalam kehidupan kamu berdua dan seluruh keturunan. Semoga Allah kurniakan segala kebaikan kepada Abe Dailamie dan Kaksya di dunia dan di Akhirat. اللهم آمين

Abah dan Umi pun nampak suka betul Alhamdulillah. Hmm. Saya rasa sunyi pula hihi. Tak ada sudah teman untuk bercakap pasal kesunyian haha. Tak apa, saya okay saja. Yang penting semua orang bahagia. Apapun, saya sangat bersyukur kepada Allah atas segala nikmat ini. Terima kasih ya Allah. Kau bahagiakanlah kehidupan Abe Dailamie dan Kaksya bersama sama hingga ke syurga Firdaus Mu ya Allah. اللهم آمين

Wednesday, 14 December 2022

Tak Boleh Move On🏔️🏝️

 Assalamualaikum.

Saya dah jumpa satu tempat yang betul betul saya suka di UIA ni. Tempat ni dah jadi favourite spot saya. Baru dua kali pergi. Tempatnya adalah....treng trengg.. Farid Fiery Chicken! Haha tak move on lagi dengan FFC ni.  Seriyes saya tidak tipu, tempat dia sangat best! Sejuk dan berangin. Kalau duduk situ rasa macam duduk di tanah tinggi yang sejuk tu. Saya rasa lepas ni mungkin saya akan lebih kerap pergi situ. Duduk saja pun okay dah, tak payah beli makanan. Kalau nak buat assignment kat situ pun selesa dan best. Benda yang paling best kat situ adalah, tak ramai orang. Setakat saya pergi ni ada 2 meja saja yang ada orang. 

Sebenarnya tadi lepas kelas, kami semua nak makan di cafe HS, tapi ramai sungguh orang. Jadinya kami berpisah di situ. Saya dan Nasihah pergi FFC, yang lain kekal di cafe HS. Bukan apa, kalau ramai orang jadi tak selesa sangat. Dahla beratur panjang lagi nak beli makanan. Kesimpulannya, saya suka Farid Fiery Chicken tu. View dia pun cantik sangat. Dia punya sejuk dan berangin tu sangat nikmat lagi lagi hari yang sejuk macam hari ni.  Alhamdulillah terima kasih ya Allah. 



Boling Nyor🥥

 Assalamualaikum.





Alhamdulillah happy betul saya hihi. Kalau yang main badminton atau volleyball ke memang berbaloi lah dapat pingat ni, main boling nyor gitu gitu pun dapat juga pingat. At least ada lah kenangan indah ya di KOED ni. Kawan kawan saya dapat 2 ke 3 pingat sebab main banyak game. Saya harapkan boling ni jelah haha. Okay lah tu. Well done Syahadah. Satu peningkatan yang baik berbanding masa sekolah dulu. Ketiga tiga gambar tu pingat yang sama tau. Saja je gambar banyak banyak sebagai kenangan. 

Sejuk hari ni, best sangat. Okay bye Assalamualaikum.

Saturday, 10 December 2022

Productive Day Sampai ke Petang

Assalamualaikum.


Program Diary of Arabic Teacher

Saya suka program pagi tadi, banyak ilmu dapat. Walaupun saya pergi tak berapa awal. Fun betul cara ustazah ustazah ni cakap, boleh bayang cara dia mengajar dalam kelas. Tapi tak ramai sangat datang tadi..padahal dalam group wasap dekat 100 orang. Ish ish. Kita husnuzzon jelah, adalah tu hal masing masing kan. 

Boling kelapa..rumah kuning tempat ketiga, okay la tu.




Farid Fiery Chicken (FFC), bagi saya sedap. Saya pergi makan dengan Nasihah tadi. Nanti nak pergi lagi lah. Tapi harga dia tak murah pun. Saya rasa macam sama je dengan kfc atau mekdonel harga dia. Yang penting sedap. Itulah dia cerita hari ini. Hari cuti tapi letih dia sama je dengan hari kelas. Ohh tahu tak Kaksya dah sampai rumah Alhamdulillah. Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami ini. Allahumma Amin. Babai, Assalamualaikum.

Friday, 9 December 2022

Lalala🎶

 Assalamualaikum.

Lebih baik aku mati saja bila harus melihatmu bersanding, tapi bukan dengan aku🎶🎶🎶 Haha. Lucu betul lirik dia. Tapi sedap betul lagu Rossa ni. Lagi feeling sebab dah tengok cerita I Love You from 38000 feet tu. Boleh relate lah lagu ni dengan cerita tu. Maaflah kurang bermanfaat tulisan saya ni. Ini hanya sebagai bukti pada masa depan bahawa saya pernah alami stress yang amat sangat semasa belajar di U ni. Ada je benda yang best untuk diceritakan tapi saya tak ada mood. Tak tahu lah sampai bila keadaan ni. 

Saya free sekarang dan boleh saja untuk siapkan assignment yang banyak banyak tu. Tapi..ya Allah bantulah aku! Orang yang tak ada masalah pun jadi stress baca blog saya ni haha. Saya tak tahu nak luah pada siapa selain kepada Allah. Begitu haha. Jadi nya saya luahkan di sini. Kalau bagitahu Umi saya, cuma akan menyakitkan kepala Umi saja. Tell me why🎶 Does it have to be like this, tell me why🎶. Saya bukan mengeluh tu, saya cuma rasa nak nyanyi lagu Tell Me Why by Declan Galbraith. Okaylah, saya undur diri dulu ya. Assalamualaikum.

Tuesday, 6 December 2022

Saya Letih!!!

Assalamualaikum.

😭😭😭 Saya tak semangat duduk sini. Saya letih. Saya tak suka. Saya nak balik rumah😭 Saya tak suka environment di sini. Dikelilingi orang yang saya tak selesa. Bukan semua, ada beberapa kawan yang saya suka. Tapi keseluruhannya saya tak suka. 

Saya tak tahu apa saya nak sebenarnya. Betul lah hidup ini ujian. Kadang kadang rasa tak sabar nak ke syurga tapi amalan sangat lah sedikit. Hidup segan mati tak mau. Ada ka orang yang memahami keadaan saya ini? Tengah duduk rilek rilek tiba tiba rasa sedih lepas tu menangis. Sampai tahap saya benci diri sendiri. Ini normal kan? Tidak tahu lah apa masalah. 

Ya Allah kurniakan lah aku hidayah dan petunjuk Mu. Cerahkanlah hatiku dan tunjukkanlah aku jalan yang benar. Ampuni dosaku. Pelihara lah kami semua daripada segala ancaman dunia dan Akhirat. اللهم آمين 

Sunday, 4 December 2022

Little Arab Guy

 Assalamualaikum.

Petang tadi saya pergi beli nasi ayam butter crispy di cafe. On the way balik bilik tu terjumpa budak Arab duk main sorang sorang. Dia memang duduk sini dengan mami dia. Mungkin mami dia student sini. Selalu nampak dia main kawasan sini, tak ada kawan kesian. Tapi dia comel sangat. Saya pun tegur la dia tadi. He speaks English, I pun speak English la. Dia cakap nama dia Avan. Tu yang saya dengar la, tak tahu betul ke tidak. Saya sempat main dengan dia. Main pegang bola dan main kayu. Haha menariknya permainan. 

Kami guna kayu untuk main polis polis. Dia tembak dengan kayu, saya buat buat mati. Malu jugak orang duk lalu lalang tengok. Haha tapi tak apa, MamaDa kebal. Lepas tu saya cuba cakap Arab dengan dia, dia tak layan. Sama ada dia tak reti Arab atau saya yang cakap tak betul. Perlukan latihan yang lebih banyak ya. Saya akhiri sesi permainan kami dengan belikan 2 batang aiskrim untuk dia. Dia comel sangat! Cakap banyak betul, melepas perasaan kali. Okay saya nak sambung buat assignment edep. Bye Assalamualaikum.


Saya di UIA💥

Assalamualaikum.

Ceritanya begini, saya naik bas semalam di Tasek Raja dan sekarang sudah berada di dalam bilik di U. Naik bas kali ni pening jugak. Tapi tak sampai muntah Alhamdulillah. Terima kasih sangat Kak Sofiah bagi saya guna bantal sepanjang atas bas. Saya nampak Kak Sofiah tak selesa tidur tanpa bantal, tapi saya terlalu pening semalam. Saya tak menangis semalam masa nak naik bas, berair mata sikit saja. Sebab saya akan balik pulak dalam 2 minggu lagi. Yeay! InsyaAllah, semoga Allah permudahkan segala urusan kita.

Petang kemarin saya dan Adik pergi hantar Iman Abdurrahman ke rumah mereka. Mereka tidur dengan kami 2 malam. Anak anak saudara ku terlalu comel dan juruh. MamaDa love you so much. Dua dua manja terlebih. Masa hantar mereka tu, jumpa Abdullah Abbas. Budak tu sangat comel, Allah saja yang tahu. Saya cakap ni bukan sebab dia anak saudara saya tapi sebab meme comel hihi. Terima kasih ya Allah. Sebagaimana kau cantikkan luaran mereka, cantikkanlah juga akhlak dan dalaman mereka. 

Adik saya exam hari ni. Exam subjek agama. Ya Allah permudahkanlah bagi Adikku untuk jawab semua soalan dengan cemerlang. Lapangkanlah dadanya, cerahkanlah hatinya. Berkatilah setiap ilmu yang dia pelajari. Allahumma Amin. Saya lapar sangat pagi ni, tapi letih la nak keluar beli makanan. Jadinya saya makan megi gelas saja. Doakan saya rajin buat assignment hari ni ya. Untuk nak hantar esok dah siap Alhamdulillah. Okay itu saja untuk pagi ini, bye Assalamualaikum.




Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...