Sunday, 31 July 2022
Hari Terakhir Julai
Friday, 22 July 2022
Sunday, 17 July 2022
So Talkative
Sunday, 10 July 2022
Selamat Menyambut Idul Adha
Assalamualaikum.
Hari ini Hari Raya Aidil Adha. Tapi saya raya di rumah Kakcik. Umi hantar gambar Abah, Iman, Abdurrahman dan Abbas. Rasa rindu mau balik. Saya rindu semua orang di rumah. Saya suka sangat duduk rumah Kakcik, tapi pada masa yang sama rindu rumah saya. Begitu. Okay tak apa, sementara duduk sini kita enjoy. Nanti bila balik rumah, duduk lah puas puas cuti 3 bulan ni. Ada banyak masa untuk cari gaduh dengan budak 2 orang tu hmm. Nantikan MamaDa ya.
Selamat menyambut Raya Haji kepada semua umat Islam di dunia ini. Semoga kita semua bertemu di syurga Firdaus nanti, Allahumma Amin. Bye Assalamualaikum.
Friday, 8 July 2022
Sayur Dan Buah๐
Assalamualaikum.
Saya pergi bergrocery dengan Kakcik. Abecik tak join sekali sebab kerja. Abecik hantar dan ambik je. Kami beli banyak barang sangat sangat. Dekat Aeon tu ada banyak sangat buah buahan dan sayuran yang pelik. Pelik bagi sayalah sebab dekat Kelantan saya jarang jumpa benda tu. Ada jugak buah buahan yang saya pernah tengok dalam tv atau gambar je. Ada avocado, apricot, peach, ceri dan banyak lagi yang saya tak tahu nama.
Yang paling saya excitednya, carrot mini! Saya suka sangat carrot. Lepas tu Kakcik cakap ada carrot kecik. Saya tak tahu pun kewujudan dia. Sedap sangat carrot tu, rasa macam carrot besar tapi mudah untuk makan sebab kecik. Kakcik pula suka tomato ceri. Hmm tak faham saya. Saya dah cuba banyak kali tomato ceri tu, tapi saya masih tak jumpa celah mana sedap dia. Tapi manusia kan lain lain, ada taste masing masing. Kakcik tak suka carrot.
Lepas tu, Kakcik suruh saya cuba satu ceri ni. Ceri biasa lah sebenarnya, tapi saya tak pernah makan sepanjang hidup. Ceri yang saya kenal cuma yang dekat rumah Cikgu Baharin tu je. Ya Allah ceri tu sangat sedap. Saya tak tahu nak terangkan macam mana. Macam mana lah di syurga nanti. Nanti balik rumah, saya nak minta Umi belilah carrot mini dan ceri. Harapnya ada lah di Kelantan. Okay bye, Assalamualaikum.
Thursday, 7 July 2022
Saya Terharu
Assalamualaikum.
Semalam kami pergi beli McDonald. Pukul 1 pagi ya tuan puan. Masa nak keluar rumah tu, Kakcik bagi kunci kereta kat saya lepas tu cakap, Abecik suruh Kaksyadah bowok keto. Whatt!! Itulah reaksi saya. Saya ingatkan itu satu gurauan. Sebabnya, saya tak biasa jalan kat situ. Kalau Rantau Panjang tu takpelah. Lepas tu, masa tu kan malam, dan saya tak pernah bawak kereta malam. Dan juga, itu kan kereta Abecik. Kalau saya terlanggar apa apa macam mana.
Kan saya ingat mereka bergurau, sampailah Abecik cakap, kalau lama tak bawak nanti lupa. Hmm kiranya seriyes la ni saya bawak. Dari mula lagi saya buat benda memalukan. Saya nak start enjin kereta, tapi pelik kenapa kunci tu tak masuk. Abecik tanya boleh tak, saya pun tunjuk la kunci tu tak masuk dalam lubang. Abecik cakap tu kunci lain, kunci rumah ke rasanya. Hmm malu ke tak malu. Sebab dalam segugus kunci tu bukan kunci kereta je.
Memang saya kalut sikit masa bawak tu haha. Asyik tertukar signal dan wiper. Kalau di rumah kan saya bawak perodua, signal dia belah kanan rasanya. Kalau Proton signal kiri. Rasanya lah, saya pun dah lupa. Apapun, saya nak persoalkan di sini, macam mana mereka boleh percayakan saya.๐ญ Terima kasih Abecik Kakcik. Saya seikhlas hati berdoa semoga Allah makbulkan segala doa kamu berdua, dan semoga Allah kurniakan kepada Abecik Kakcik kebahagiaan, ketenangan, kenikmatan, kesihatan, dan segala kebaikan dari semua segi di dunia ini dan di Akhirat terutamanya. ุงูููู ุขู ูู
Seafood Di Malam Hari
Assalamualaikum.
Saya kan tidak boleh makan seafood..Tapi bukan semua. Ada beberapa yang saya boleh makan. Saya makan ikan, kerang, kupang, lala, lagi..lupa dah. Kalau udang sotong ketam tu tak boleh. Kalau makan jadi gatal kulit, nak muntah, sakit belakang dan sebagainya. Siput pun tak boleh. Siput tu makanan laut ke sungai..saya pun tidak tau.
Ceritanya, lepas Abecik Kakcik ambik saya malam tu, kami pergi makan! Tapi sebelum tu Abecik berhenti beli coconut shake dulu. Coconut shake tu terlalu sedap ya Allah. Lepas tu kami pun pergi kedai tu. Tapi saya culture shock sikit la kawasan tu. Dia macam..bukan kawasan Islam sangat. Nasib baik kami ni nak makan seafood. Kalau makan nasi berlauk ayam atau daging memang tak la kat situ. Kat situ ramai orang puteh, India dan Cina. Seafood tu sedap sangat. Kami makan seafood dengan nasi. Kakcik nak sotong salted egg sebenarnya, tapi sotong habis.
Lepas habis makan, kami pun pergi kedai nama Kunafa sebab Kakcik nak cuba. Tapi kenapa saya geram dengar nama tu.. Random betul hihi. Abecik yang beratur dan beli. Lepas tu kami pun teruskan perjalanan balik. Tapi lalu di satu kawasan ni dulu. Yang ni saya betul betul culture shock. Saya tidak sangka di Malaysia ada tempat macam tu. Dia macam tempat orang mabuk. Ada bermacam macam jenis orang dan bangsa kat situ.
Ya Allah peliharalah kami, seluruh keturunan kami dan seluruh umat Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam daripada lalai dan lagha dengan kehidupan dunia dan jauhkanlah kami semua daripada segala kemaksiatan dan perkara yang engkau murka ya Allah. Kurniakanlah kami keimanan yang benar dan teguh, dan peliharalah Iman kami ini sampai kami mati ya Allah, Allahumma Amin.
Hihi okay bye Assalamualaikum.
Wednesday, 6 July 2022
Last Day Untuk Sem Ini
Assalamualaikum.
Kemarin saya exam Nahu. Alhamdulillah. Dan itu adalah hari terakhir sem satu tahun satu ni. Saya dah mula cuti, yeayy. Sekarang duduk rumah Kakcik. Nanti 12 haribulan InsyaAllah balik rumah. Lepas exam kemarin, saya rasa lega sangat. Lepas tu saya, Ainin dan Dalili pun pergi makan di HS Cafe. Terjumpa dengan Zahra dan Balqis. Kami pun makan meja bersebelahan.
Saya makan mi sup kedai Cendol Mowla. Air mango mesin macam selalu. Rasa nikmat sangat makan masa tu sebab tak ada exam yang kena fikir. Tapi Dalili ada satu lagi exam hihi. Buat yang terbaik Dalili! Lepas habis makan tu, beli cendol pula. Kalau nak tahu, saya bayar harga mi je. Air mango dan cendol tu Dalili bayarkan. Hmm baik tak kawan saya. Dan Ainin semakin sihat Alhamdulillah. Cuma sekarang tak ada deria rasa. Semoga diberi kesembuhan sepenuhnya, Allahumma Amin.
Abecik dan Kakcik ambik saya semalam. Mula mula ingatkan nak ambik waktu tengahari, tapi Abecik kena ambik budak sekolah tu. Jadinya malam lah saya balik. Dan saya terharu sangat Amalina tolong angkat barang saya turun bawah. Saya tak suruh pun. Dia dengar bunyi saya nak keluar, dia pun terus pakai tudung dan angkat barang saya. Kenapa masa last last ni baru saya rapat dengan dia.. hmm. Kami belajar sama sama subjek EDFS dan Nahu.
Jadi, harapan saya untuk cuti kali ni, saya nak buat perkara yang berguna. Contohnya, tolong Abah Umi berkebun. Lepas tu, saya nak membina sifat rajin. Ya Allah, anugerahkanlah aku sifat rajin. Saya juga mau meningkatkan vocabulary bahasa Dusun saya. Ya Allah Syahadah kamu ni ambik kos Arab ke Dusun?!๐ค Doakan saya semua.
Okaylah, saya nak keluar bilik dah ni. Bye Assalamualaikum.
Monday, 4 July 2022
My Favourite Singer ๐
Assalamualaikum.
Benn Simon Bukag! Hihi. Iya betul lah itu. Penyanyi kegemaran saya ialah Benn Simon. Mula mula saya dengar suara dia, saya hampir hampir ingat perempuan. Rupanya lelaki. Sedap sangat suara dia! Lagu first saya dengar dia nyanyi adalah lagu Boros nu Di Tohuri Noh. Lagu kedua, Noromuk Lansanku. Ketiga rasanya lagu Tertunggu. Sekarang dah banyak lagu dia saya dengar dan suka. Semoga saya tak lagha ya Allah.
Lagu lagu dia yang lain adalah, Jujur Saja, Au Koh Insan, Koupusanku, Siou noh Koupusanku dan sebagainya. Semua sedap, seriyes. Selain Benn Simon, saya suka jugak Fabian William. Lagu dia yang saya dengar Langadku dengan Id Pagandadan. Pun sedap! Allahu overnya saya. Dengan lagu lagu ni lah saya belajar Bahasa Dusun. Tapi mana cukup untuk saya mahir bahasa tu. Saya rasa saya perlukan tutor untuk ajar saya Bahasa Dusun. Hihi gurau saja. Tapi kalau ada kawan kawan yang reti Dusun, ajarlah saya. Azeemah pandai Dusun tak agaknya..hmm.
Esok saya exam Nahu, doakan saya dan tambalutku semoga dapat jawab dengan yakin dan cemerlang. Yang paling excitednya adalah, lepas exam esok, BALIK!!! Hihi. Okay bye, itu saja saya nak cakap. Bye Assalamualaikum.
Sunday, 3 July 2022
Exam EDFS 1001
Assalamualaikum.
Semangat Kemas Barang!
Assalamualaikum.
Sekarang ni tengah malam. Saya baru berhenti kemas barang. Tapi tak siap lagi. Ada banyak sangat barang saya rupanya. Tak cukup beg.๐ Nak baliknya 5 haribulan ni. Tapi sebab terlalu semangat, saya kemas slalu lah. Bila mula kemas tu, saya rasa memang patut kemas terus sekarang. Sebab mengambil masa yang lama untuk berfikir, nak susun macam mana, nak letak dalam beg mana.
Pukul 2.30 petang tadi saya exam EDFS. Alhamdulillah kebanyakannya keluar soalan yang memang saya baca dan faham. Selebihnya kita serahkan kepada Allah. Lepas tu tahu tak, saya ingatkan exam pukul 9 pagi tadi. Semuanya sebab jadual yang di pas-pas dalam group Nahu tu. Dia tulis kat situ pukul 9 pagi. Nazilah dah sampai dekat edu dah pagi tadi. Saya pula siap pakai baju kurung dah. Tiba tiba terdetik untuk tengok seat dekat exam slip. Lepas tu tengok, aikk. Pukul 2.30. Saya pun salin baju semula. Amalina pun dah sampai edu jugak. Kesian kami kan. Ujian betul.
Jadinya, tinggal Nahu je satu lagi. Doakan kami ya. Lepas Nahu, balik! Saya balik rumah Kakcik dulu InsyaAllah. Letak barang barang. Rasanya duduk seminggu dulu di situ, lepas tu baru balik rumahku terchenta. Jadinya, boleh enjoy sepuas hati lah tengok netflix, tak fikir periksa dah InsyaAllah. Saya excited untuk mengajar ngaji sebenarnya. Budak budak tu sangat comel. Okay bye. Saya duk dengar lagu Koupusanku ni. Bye Assalamualaikum.
Angahku yang Sweet
Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi89pVAZvO3JtXnyUYo5zeWmAHdylFTD8hJwYcDR-6P6TS-k9XTs0rrRtL2oLNrF_eO93GpRbi_t0accbvmX7pR8ESXRb18YRaQ447DGKJ3VUykh4uHsi3pMH3mvGq0NfoYn3KG-sMK6JTZAgb41hdwRIolJRmoFBSlbDLCAd-Ax607lBJBp0LfwIMp1ao/s320/WhatsApp%20Image%202024-12-23%20at%2023.01.22.jpeg)
-
Assalamualaikum. Hari Khamis lepas kami ada photoshoot setiap batch untuk diletakkan di dalam majalah KOED. Untuk kami Ohana, kami buat vot...
-
Assalamualaikum. Tahu tak..saya dah ada online banking. Baru buat hari tu. Jadi, saya dah boleh bayar sendiri tiket bas. Selama ni kena min...
-
Assalamualaikum. Selamat berumur 26 tahun๐ Banyak yang Kaksya lalui dalam hidup selama 26 tahun ni..Alhamdulillah akhirnya Kaksya bertemu ...