Assalamualaikum.
Ni nak cerita pasal hari seterusnya di Negeri Sembilan. Pagi pagi pukul 8 Angah dah kena masuk kerja hari pertama. Abecik hantar sebab motor belum dapat lagi masa tu. Hari tu rancangnya nak pergi pantai Port Dickson, tapi tak sempat pun sebab uruskan hal motor. Pagi tu, kami pergi kedai motor sebab nak urus hal pembayaran. Lepas selesai tu, kami pun ke Aeon. Baru masuk tempat parking, tiba tiba orang motor tu call, katanya kena tandatangan di HQ dia. Jadinya kami pun pergi ke HQ tu, tapi tak jumpa jalan ke sana. Abecik sampai masuk ke kawasan perumahan. Lepas beberapa lama pusing pusing, akhirnya jumpa juga tempatnya. Umi dan Kakcik pun masuklah uruskan. Saya, Abah, Abecik dan Kaksya tunggu dalam kereta.
Lepas tu Umi dan Kakcik masuk kereta. Umi cakap kena pergi bank. Kami pun pergi lah Maybank, tapi tak boleh masuk sebab kena buat appointment. Kalau buat appointment, sebulan lagi baru boleh datang. Kami dah nak balik esoknya. Jadi Abecik pun bawak kereta pergi bank CIMB pula..kat situ boleh masuk. Tapi banyak jugak benda kena urus kat situ, jadi lamalah kat situ. Masa tu dah waktu solat Jumaat, jadinya masa Umi dan Kakcik urus hal bank, kami ke masjid untuk Abecik solat Jumaat. Sampai je masjid, tak boleh masuk sebab tak bawak sejadah. Abecik pun sambung je bawak kereta. Masa tu jugak Umi dan Kakcik selesai kerja di bank. Rancangnya Umi dan Kakcik nak naik grab ke Aeon terus, tapi dah tak jadi solat Jumaat, Abecik suruh grab Kakcik berhenti di KFC, Abecik ambik kat situ.
Akhirnya kami pergi jugak Aeon Alhamdulillah. Di sana kami pergi Kaison, Watson. Kami beli banyak barang. Di Kaison kami beli beg membeli belah, kiranya tak perlu plastik lah kalau ke Pantai Timor. Go Green! Hihi. Lepas membeli, kami pun pergi makan yeah. Lapar sangat masa tu. Kami makan di restoran Korea, Dubu Yo! First time saya merasa makanan Korea. Sejujurnya, saya tak gemar sangat makanan makanan yang disediakan. Saya boleh je telan tapi. Mungkin sebab saya terbiasa dengan makanan Malaysia, jadinya terkejutlah sikit dengan rasanya. Ada nasi warna purple, ada sup, ayam pedas tapi tak pedas, ramyeon, tteokbokki cheese. Kaksya dan Abecik suka tteokbokki tu. Yang paling saya suka kat situ ayam pedas. Saya makan sampai tinggal dua ketul je ayam haha.
Lepas tu, kami pun pergi makan di Mykori. Makan Aiskrim bingsu, sedap! Kami beli tiga mangkuk, kongsi. Ada perisa beri, perisa kopi dan perisa yogurt. Saya paling suka yang yogurt, sedap sangat. Masa tu masa untuk semua orang relaks lah sebab banyak kali kan ulang alik situ sini. Lepas habis makan, kami pun ke kedai motor untuk ambik motor. Alhamdulillah akhirnya! Abecik yang bawak motor tu sampai ke tempat kerja Angah, Abah pulak bawak kereta. Kami pun ambik Angah dengan kereta, Abecik pula terus balik ke rumah dengan motor. Dalam kereta tu, Angah bercerita tentang hari pertama kerja. Semoga Angah enjoy dengan kerjanya, Amin!
Fuhh..hari yang memenatkan kan. Semua orang letih kecuali saya dan Kaksya. Sebab kami bukan buat apa apa pun, duduk je atas kereta. Keesokan harinya hari Sabtu, kami pulang ke Kelantan. Pagi tu Angah pergi kerja pukul 6 lebih, kena sampai tempat kerja pukul 7 pagi. Kami sekeluarga mengiringi Angah naik motor. Sebabnya nanti Angah balik kerja petang, kami dah balik masa tu. Jadinya pagi tu lah nak bersalam. Kami tunggu kat bawah tu sampai motor Angah hilang di pandangan. Begitulah kasih sayang Abah dan Umi walaupun anak dah besar.
Akhirnya kami pun pulang ke rumah, tamatlah percutian kami di rumah Abecik Kakcik di Nilai, Negeri Sembilan. Best sangat sepanjang kami di sana. Rasa macam tak nak balik sebenarnya. Tapi saya kan ada banyak kerja kena buat, sebab masih dalam sem. Okay habis sudah cerita ini. Bye Assalamualaikum.