Friday, 29 October 2021

Tahniah Kak Yid!

 Assalamualaikum.

Pagi tadi, Kaksya bagitahu satu benda yang sangat mengejutkan dan semestinya menggembirakan. Kak Yid dah nak kahwin! Sebenarnya KakYid tak kenal pun saya. Dia tahu kewujudan saya tapi tak pernah jumpa dan tak pernah bercakap pun. Dia kawan Kaksya, jadi dia kenal saya sebagai adik Kaksya je. Apapun saya rasa gembira untuk Kak Yid😁.

Saya doakan semoga Kak Yid dan pasangan bahagia hingga ke syurga firdaus dan semoga Kak Yid berjaya menjadi seorang guru seperti yang diimpikan. Allahumma Amin.

Itu saja, bye Assalamualaikum.

Selamat Pengantin Baru Kak Yid!

Thursday, 28 October 2021

Teacher's Diary

 Assalamualaikum, selamat pagi!

Saya baru lepas kelas Tilawah ni. Tadi baca surah Yunus, Alhamdulillah okay. Saya nak cerita pasal cerita kegemaran saya. Nama cerita tu Teacher's Diary, Cerita Thailand. Best sangat cerita tu! Dah berkali kali saya tengok tapi tak boring langsung. 

Cerita tu mengisahkan tentang seorang guru lelaki mengajar di pedalaman. Sekolah atas air. Banyak cabaran dia mengajar kat situ. Pelajar tak ramai, dalam 5 ke 6 orang macam tu. Antara cabaran dia kat situ adalah, ayah kepada salah seorang pelajar dia tak bagi anak dia belajar sebab bagi dia, takde guna belajar, nanti jadi nelayan jugak. Jadi tugas guru ni adalah untuk memujuk ayah pelajar tu. Alhamdulillah akhirnya ayah dia bagi. Cabaran lainnya adalah, sekolah tu tak kukuh. Jadi bila ribut datang, hampir hancur sekolah tu. Jadi guru tu bersama dengan pelajar dia sama sama baiki semula sekolah. 

Di sekolah tu jugak, cikgu tu jumpa satu diari ni. Rupa rupanya itu adalah diari milik seorang guru perempuan yang mengajar kat sekolah tu sebelum ni. Dia baca diari guru tu. Jadi, sepanjang cikgu lelaki tu mengajar kat situ, dia jadikan guru perempuan tu sebagai inspirasi. Dia cuba buat apa yang guru perempuan tu pernah buat. Haha tak menariknya saya cerita..kena tengok sendiri baru tahu. 

Apapun, saya suka sangat cerita tu, menaikkan semangat saya untuk belajar bersungguh sungguh dan saya semakin bersemangat untuk menjadi guru yang cemerlang di masa hadapan. 

Doakan saya. Bye Assalamualaikum.

Monday, 25 October 2021

Abecik Kakcik balik ke Negeri Sembilan

 Assalamualaikum.

Hari Selasa minggu lepas, Abecik dan Kakcik balik rumah kami. Akhirnya dapat jumpa, dah setahun lebih tak jumpa. Video call je. Seminggu mereka duduk rumah. Hari kedua tu, kami bawak balik Iman Abdurrahman ke rumah untuk meluangkan masa dengan Abecik Kakcik. Walaupun lama tak jumpa, tapi mereka ingat lagi Abecik dan Kakcik sebab video call selalu.

Mereka bawak saya pergi Muda Osman Pasir Mas untuk beli alat tulis. Tapi tak lama kat situ sebab tiba tiba saya rasa gastrik, pening kepala dan sakit perut. Kesian Kakcik terpaksa cepat cepat. Kami pergi ke tandas awam, pastu saya muntah kat situ. Haha menyusahkan betul saya ni. Gastrik sebab saya tak makan pagi tu, ndak ada selera bah.

Apa pun saya gembira sangat sepanjang seminggu mereka di rumah. Semoga boleh balik ke sini selalu. Mereka balik ke sana semula semalam dalam pukul 11 lebih. Okay itu saja daripada saya. Saya nak masuk rumah ni, sekarang saya duduk di rumah bawah.

Bye Assalamualaikum.

Muka mengantuk Abecik dan Kakcik☝

Selamat jalan!

Adikku First Dose Vaccination

 Assalamualaikum.

Pagi kemarin, saya, Umi, Kaksya dan Adik pergi Hospital Lati untuk vaksin Adik. Sebenarnya Adik saya kena vaksin dekat PPV Lubok Jong, tapi Adik saya ada allergic ubat antibiotik. Jadi kena vaksin di hospital, tempat ada doktor. 

Tak ramai pun orang di hospital Alhamdulillah. Adik saya kan bawah umur lagi, jadi dia kena masuk dengan Umi. Haha kiutnya Adik saya. Kaksya tunggu dalam kereta, saya ikut Umi dan Adik pergi dewan dia, tapi masa nak vaksin tu saya tak masuk. Saya tengok ramai budak budak yang pergi vaksin, umur 18 ke bawah. Saya acah acah orang dewasa masa kat situ sebab umur 19 tahun. Takpe kan?😀

Setakat ini saja ye. Doakan semoga Adik saya sihat selalu, dijauhkan daripada kesan sampingan vaksin yang teruk. Bye Assalamualaikum.

Umiku dan Adikku☝

Tengah tunggu giliran☝

Adikku vaccinated 1st dose☝ (Adik saya malu tu sebenarnya sebab ada orang tengok)

Sunday, 24 October 2021

Akhirnya Saya Kenal Excavator

 Assalamualaikum.

Sekarang saya tengah duduk dalam kereta, tunggu Adik saya divaksin dos pertama. Semoga dipermudahkan urusan Adikku divaksin. Saya nak cerita, anak anak saudara saya suka sangat sebut "esbeter". Mula mula saya tak faham, tapi lepas tu mereka tunjuk dekat saya satu kenderaan ni. Baru lah saya tahu apa itu "esbeter" yang dikatakan itu. Kalau Kelantan kita panggil "keto keh" rasanya.

Hari Rabu hari tu anak anak saudara balik rumah kami. Lepas tu mereka bawak mainan remote "esbeter" tu. Saya pun main jugak yang mereka punya. Tiba tiba saya  nampak perkataan "excavator" dekat mainan tu. Barulah saya tahu rupanya "esbeter" tu sebenarnya "excavator". Hmmm. Betapa jahilnya seorang ibu saudara haha.

Bye Assalamualaikum.

Abdurrahman bersama Adikku☝

Inilah excavator nya☝

Friday, 22 October 2021

Throwback Kelas Thinking Skills Sem 3 CFS

 Assalamualaikum.

Saya baru lepas buat assignment sikit tadi. Lepas tu rasa macam nak buat blog😁. Saya rindu kelas Thinking Skills masa Sem 3 hari tu. Best sangat kelas tu sebab Madam Madihah baik sangat. Memang layak sangat jadi pendidik. Saya rasa terinspirasi sangat hihi.

Madam Madihah muda lagi, umur 30. Sudah kahwin ada anak 2. Saya rasa gembira setiap kali kelas Thinking Skills. Madam suruh bukak kamera. Kelas tu satu satunya kelas yang saya bukak kamera masa CFS sebab Madam memang wajibkan. Lepas tu, sebab kelas tu tak ramai pelajar, Madam ingat sorang sorang lah nama. 

Sebenarnya masa kelas terakhir, ada bergambar tapi tak cantik gambar tu. Jadi saya letak gambar lain ye walaupun tak official. Okay bye, saya rasa peninglah duduk depan laptop.

Bye Assalamualaikum.

Gambar ni Madam ambik☝

Thursday, 21 October 2021

Perjalanan Degree ku Bermula

 Assalamualaikum.

Malam ni baru berkesempatan nak buat blog hihi. Kelas saya bermula 4 Oktober hari tu. Sekarang dah minggu ketiga. Cepat kan masa berlalu.

 Setakat ni Alhamdulillah saya menikmati kelas dengan baik sekali, enjoy sangat kelas degree ni. Sebenarnya saya baru belajar jadi pelajar sejati. Saya cuba untuk buka kamera semua kelas. Walaupun sangat sangat awkward. Ada 3 ke 4 orang je yang bukak dalam satu satu kelas tu. Kadang kadang saya sorang je perempuan yang bukak kamera. Mesti budak budak kelas saya ni tak anggap saya pemalu pun. Lain lah dengan anggapan kawan kawan saya masa CFS. 

Saya screenshot kelas saya, sebagai memori permulaan degree saya. Nanti mesti rindu kan. Tak sabarnya nak habis sem ni hihi. Bulan 2 tahun depan baru habis. Doakan supaya saya dapat buat yang terbaik sem ini dan seterusnya. Dan doakan saya berjaya mencapai impian saya dan dapat membanggakan hati Abahku dan Umiku selalu.

Kelas Islamic Aqidah (RKUD2010A)

Kelas Arabic for Islamic Studies (ARAB1115)

Kelas Philosophy and Worldview (UNGS1301)

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...