Thursday, 18 February 2021

My Precious Baby

 Assalamualaikum.

18 FEBRUARI 2007

Tarikh ni adalah tarikh Adik saya dilahirkan 14 tahun lalu. Terima kasih Abah dan Umi kerana melahirkan dan membesarkan Adik sehingga Adik jadi seorang yang sangat Soleh. Saya rindu Adik sangat sangat. Sekarang dia duduk asrama tahfiz dia. 

Alhamdulillah Adik saya dah hafal lebih daripada separuh Al-Quran. Saya harap dia selesa duduk di asrama tu. Dah sebulan lebih kami ndak jumpa. Saya rasa dia akan balik bila dah habis 30 juzuk. Sekarang dia tak boleh balik sebab keadaan covid 19. Semoga Adik saya baik baik saja kat sana. 

Adik saya baru umur 14 tahun. Tapi dia lagi matang daripada saya dalam banyak benda. Kadang kadang saya malu duduk dengan dia haha. Dia cerdik sangat. Dan yang penting dia lagi beriman dairpada saya.

Ya Allah, kau lindungilah Adikku daripada segala bahaya, bencana, malapetaka, keburukan, wabak, fitnah, keburukan akhlak, kesyirikan dan segala perkara buruk. Kau kurniakanlah Adikku akhlak yang mulia dan terpuji sepanjang hayatnya. kau kurniakanlah kesihatan yang baik sentiasa kepadanya. Jadikanlah Adikku seorang anak yang soleh dan sentiasa membahagiakan hati Abah dan Umi. Ya Allah, kau jadikanlah Adikku seorang insan yang disenangi semua orang. Kau jadikanlah Adikku seorang pemimpin yang terbaik kepada orang bawahannya. Jadikanlah Adikku seorang manusia yang bertanggungjawab dan amanah. Ya Allah, kau jadikanlah Adikku seorang hamba yang menghafal Al- Quran, mempelajari dan memahami isi Al-Quran, mengamalkan segala perintahmu, meninggalkan segala laranganmu dan menyampaikan ilmunya kepada orang ramai . Jadikanlah Adikku seorang hamba yang tidak meninggalkan solat. Dan kau lindungilah Adikku daripada leka dengan perkara dunia dan jauhkanlah Adikku daripada kesyirikan. Ya Allah, kau kurniakanlah segala kebaikan di dunia dan di Akhirat kepada Adikku. Allahumma Amin.

Adikku Sayang 👆


Wednesday, 10 February 2021

Drama Korea

 Assalamualaikum.

Sekarang saya minggu 10 sem 2. Alhamdulillah..cepatnya masa berlalu kan....Rasa macam baru je masuk sem 2 ni...Sekarang dah nak habis sem. Semua 12 minggu. Ada 2 minggu lagi la kan. Tapi, masih banyak assignment yang belum dibuat. Lecturer pun belum terangkan semua tu. Mungkinkah Lecturer akan guna masa cuti untuk kita siapkan assignment tu? Hmmm..apa apa jelah.

Saya nak cerita pasal drama drama Korea yang saya layan. Masa banyak assignment ni la Allah uji saya dengan cerita cerita Korea yang best. Saya selalu tengok drama Korea waktu malam. Sebab waktu lain saya ada kelaslah, buat assignment la.. Sekarang baru saya sedar rupa rupanya best tengok drama Korea ni..Dulu saya kononnya tak berminat nak tengok.Tapi sekarang saya yang melebih lebih. 

Drama Korea yang saya suka adalah...ROOFTOP PRINCE, MR.QUEEN dan WEIGHTLIFTING FAIRY. Best sangat...Pengakhiran cerita Rooftop Prince sedih sangat. Saya rasa sayu di dada. Cerita tu masuk dalam hati saya. Hero dia Park Yoo Chun! Hehe..

Cerita weightlifting Fairy pulak Nam Joo Hyuk dengan Lee Sungkyung. Mula mula tengok Nam Joo Hyuk tak rasa hensem mana..lepas tu hensemlah jugak...

Lepas tu...cerita MR.QUEEN! Raja dalam cerita tu nama Kim Jung Hyun. Charming sangat! Dia nampak macam tak tinggi, tapi tinggi dia 183...Tinggi kan..

Hmmm..OK..Saya nak tengok video ICT pulak...

Bye Assalamualaikum.

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...