Assalamualaikum.
Hari ni 31 Disember 2020, hari terakhir tahun ni. Rasa sedih sikit sebab, ini bermaksud kita semua semakin tua. Tahun 2020 ni tahun yang sangat tidak dijangka kan? Dulu saya bayangkan tahun 2020 ni tahun yang maju ke hadapan, ada kereta terbang... Rupa rupanya ia adalah tahun yang penuh dengan ujian, Covid 19. Ia juga adalah tahun yang baru bagi saya sebab tahun ni saya mula masuk Universiti.
Tahun ni saya berumur 18 tahun. Tahun depan.......19 tahun. Tidak!!!! Saya macam tak percaya. Tapi itulah kenyataan. OK... Ada banyak perkara baru yang saya belajar tahun ni. Saya semakin excited untuk belajar Bahasa Arab. Lepas habis sem ni, saya nak tengok semua musalsal pasal 4 Imam besar tu, dalam Bahasa Arab. Imam Ahmad saya dah habis tengok. Best sangat!
Sekarang saya duduk atas katil. Sepatutnya saya baca ICT ni....Esok Quiz, pukul 10. Tapi saya rasa tak semangat sikit. Lepas tulis blog ni saya sambunglah baca, Insya-Allah. Saya berdoa semoga tahun 2021 menjadi tahun yang bermakna dan terbaik buat kita semua. Allahumma Amin...
Ok bye....Saya nak sambung baca ni....Sekian blog penutup tahun 2020.
Assalamualaikum.