Monday, 31 August 2020

Jadual Kelas


 Assalamualaikum.

Saya gembira sangat hari ni. Sebab Abe Cik saya dan Kakcik saya datang. Tapi saya akan cerita tentang tu lain kali. Saya nak cerita pasal kelas saya di Universiti ni. 

Masa awal awal hari tu, memang kucar kacir semua benda. Semua orang tak tahu sama ada kelas dah start ke belum sebenarnya. Jadi, saya pergi je ke kelas seperti dalam jadual, tapi lecturer tak datang datang. Memang letih sangat masa tu. Beberapa hari lepas tu, barulah okey sikit. Tapi masih kalut sebab tak jumpa cari kelas. Kena pergi awal sebab nak cari kelas yang betul. Setiap matapelajaran kelas lain lain.

Jarak dari mahallah ke kelas pulak jauh sangat. Kadang kadang saya rasa nak pengsan. Tapi saya tahu takde orang nak angkat kalau saya pengsan. Jadi saya tahan jelah. Sebelum ke kelas, saya makan dulu di cafe. Selalunya saya makan nasi lemak. Setiap hari saya bangun pukul 5 atau 5 lebih. Sebab kena bersiap awal, kalau tak nanti tak sempat makan. Kalau tak makan Umi saya marah nanti.

Saya ada 4 matapelajaran. Nahu, Soraf, Understanding Islam dan Bahasa Arab. Saya suka semua tu. Sebab lecturer yang mengajar semua best. Alhamdulillah. Bahasa Arab ada 2 lecturer. Jadi maksudnya saya ada 5 lecturer. 3 lecturer orang Kelantan. Sorang orang China, sorang lagi orang Pahang. Tapi ada sorang lagi lecturer tu, dia mengajar kelas tambahan. Tapi saya suka sangat dia. Dia orang Arab. Dia bersungguh sungguh sangat mengajar kami semua. Semoga Allah kurniakan kebaikan di dunia dan di Akhirat kepada Ustaz.

Itu saja yang saya nak cerita. Okay bye. Assalamualaikum. 

Sunday, 30 August 2020

Program Taaruf

 Assalamualaikum.

Sekarang pukul 9.20 malam. Saya sorang sorang dalam bilik ni. Tak tahulah semua roommate pergi mana. Sebab tadi saya mandi. Masuk bilik tengok takde orang. Tapi saya rasa lagi selesa macam ni. 

Saya nak cerita pasal masa Taaruf Week hari tu. Ada program tu nama Insan Sejahtera. Pada mulanya saya tak suka program tu, tapi bila dah nak habis, saya rasa sedih pulak. Program tu bagus sebenarnya. Kita jadi terpaksa juga bercakap depan orang, kena presentlah, kena bagi pendapatlah. Macam macam. Kita jadi tak gugup sangatlah nanti bila kena present dalam kelas kan.

Saya group 80. Tapi ada kesilapan sikit, group kami digabungkan dengan group 83. Saya dapat berkenalan dengan ramai orang baru dari kos yang berlainan. Sepanjang program tu, saya dapat tahu perangai sorang sorang. Sama ada boleh bawa bincang ke tak, boleh minta tolong ke tak, sama ada dia ni selfish ke. Alhamdulillah ramai je yang baik. Ramai jugak orang Kelantan dalam group tu.

Lecturer yang bertugas untuk uruskan group kami tu baik sangat sangat. kami panggil dia Sir Sham. Umur dia dalam 35 tahun. Dia mengajar kos Human Science. Semua student dalam group tu suka cara Sir uruskan kami. Dia tak marah marah, cara dia bercakap tu buat kami rasa selesa dan bersemangat untuk jalankan program tu.

Sebelum program tu berakhir, kami sempat ambil gambar. Sekurang kurangnya adalah jugak gambar kami semua bersama. Apapun, saya gembira sangat sepanjang 2 hari program tu berlangsung walaupun agak penat. Sebab jarak satu tempat ke satu tempat tu agak jauh.

Okey. Setakat ini ye untuk hari ini. Bye, Assalamualaikum.

Kenangan program Insan Sejahtera☝

Saturday, 29 August 2020

Universiti


 Assalamualaikum.

Dah sebulan saya tak post apa apa. Sebab 8 Ogos hari tu, saya daftar masuk universiti. Saya menangis teruk sangat hari tu. Masa sampai dekat pagar universiti, tiba tiba abang tu cakap 3 orang je boleh masuk. Yang selebihnya tunggu dekat luar. Masa tu kami berlima. Abahku, Umiku, Kakakku, Adikku dan saya. Abah saya cakap, biar Abah dengan Adik keluar. Saya terus menangis seteruk teruknya.

Saya tak boleh tahan. Sambil Abah saya keluar kereta, Abah saya gosok kepala dan pipi saya. Abah saya cakap,"Takpo...nanti buleh telefon". Tapi saya terus menangis. lepastu saya salam dengan Adik saya. Adik takde perasaan. Dia tak sedih pun nak berpisah dengan saya. Lepas tu, Umi pun bawak kereta masuk dalam U tu. 

Masa tu kalut sangat. Sebab dia bagi masa yang terhad untuk daftar, pastu masuk bilik simpan barang pun tak boleh lama. Kaksya dengan saya  je yang masuk bilik dan kemas barang, Umi kena cari parking. Lagi pun sorang je yang dibenarkan masuk bilik bersama student. Lepas siap kemas barang, kami pun turun. Bilik saya tingkat 5. Memang letih sangat. Sampai sekarang pun saya masih tercungap cungap nak naik tangga. Lepas tu, kami pergi dekat Umi. Umi cakap kena balik sekarang, takut lewat sampai rumah. Saya pun menangis lagi sambil salam dengan Umi dan Kaksya. Kereta pun bergerak pergi semakin jauh daripada saya. Saya lambai sambil menangis.

Lepas tu saya keseorangan di situ. Saya masuk bilik dan kemas barang yang selebihnya. Malam tu baru saya berkenalan dengan roommate. Rupa rupanya semua orang Kelantan dan semua ambil kos yang sama. Saya bersyukur sebab takdelah saya berbelit lidah nak bercakap sehari hari kan. 

Setakat ni dulu untuk kali ini. Insya-Allah, saya akan sambung cerita kehidupan di sini dalam blog seterusnya. Assalamualaikum. 


Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...