Assalamualaikum.
Ammu Zahra
Tuesday, 25 November 2025
Random photos #3
Monday, 24 November 2025
ممارسة الكتابة #2
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
أنا أرجع بممارسة كتابة اللغة العربية! تركت هذه الممارسة منذ سنة ماضية. الآن، أريد كثرة الممارسة في الكتابة والاستماع والكلام باللغة العربية. هل تعرفون ما هو السبب؟ هذه الأيام، أنا دائما أشاهد فيديوهات اللغة العربية الممتعة، خاصة فيديوهات
ابراهيم ووالده وإخوته. اللهم بارك لهم
أحبهم جدا جدا. كلامهم باللغة العربية الفصحى، وخلقهم الحسنة، وعلومهم في أمورالدين. ما شاء الله. أريد أن أكون كذلك. هل أستطيع؟ لا حول ولا قوة إلا بالله، إن شاء الله، بإذن الله. أريد أن أكون ماهرة في أمورالدين، أزين نفسي بمكارم الأخلاق، وماهرة في كلام اللغة العربية الفصحى. إذن الآن، سأكون مجتهدة والتوكل على الله لتحقيق هذا الحلمأكتفي هنا، ادعوا لي أيها الأحباء!!! حياكم الله والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tuesday, 11 November 2025
Abdurrahman Zakwan My First Nephew
Assalamualaikum.
Ni hao ma? Happy Birthday anak buahku sayang Abdurrahman Zakwan! 7 years old already! MasyaAllah tabarokallah. Alhamdulillahh. MamaDa bangga sangat dengan Abdurrahman. Abdurrahman seorang yang sangat lembut tingkah laku dan percakapan, bijak matematik, rajin buat kerja rumah, kerja sekolah dan semua jenis kerja, baik dengan adik beradik dan orang sekeliling, paling utama rajin solat. Bila MamaDa ingatkan Abdurrahman untuk solat, Abdurrahman solat tanpa rasa terpaksa.
Tahniah dan terima kasih Along Kaklong, membesarkan dan mendidik Abdurrahman dengan sangat baik. Eh macam saya pulak mak nya haha. Abdurrahman teruskanlah dengan sifat sifat yang baik tu sampai tua, sampai ke akhirnya. Semoga Allah jaga Abdurrahman Zakwan daripada segala keburukan, semoga Allah berikan kesihatan yang terbaik dan keselamatan sentiasa kepada Abdurrahman, semoga Allah kurniakan kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan kepada Abdurrahman Zakwan dan orang-orang tersayang di dunia dan di Akhirat, Allahumma Amin.
MamaDa sayang Abdurrahman sangat-sangat. MamaDa minta maaf kadang kadang MamaDa badmood, malas layan dan sebagainya. Jangan give up dengan MamaDa pleasee. I love you so much Abdurrahman Zakwan💗
Sunday, 9 November 2025
Kaksya ku Turns 28
Assalamualaikum.
Wednesday, 5 November 2025
Selamat Ulangtahun Kakcikku
Assalamualaikum.
Sunday, 2 November 2025
Tinggal Bertiga
Assalamualaikum.
Salam Ahad. Saya sedang bersantai di rumah Kakcik ni. Tahu tak, saya, Ainin dan Ibtisam dah tinggal bertiga😭 Kak Alis dan Kak Diniey dah habis praktikal. Dah hilang la keserian hari-hariku di sekolah. Selalunya, kakak berdua ni lah yang menyerikan hari kami di sekolah. Kami bertiga masih berbaki sebulan di sekolah. Confirm sunyi sangat-sangat. Pertama sebab takde Kak Alis dan Kak Diniey. Kedua, student sekolah dah mula pdpr dari rumah. Hari Jumaat je student datang sekolah, tu pun tingkatan tertentu je.
Boleh bayang tak kesunyiannya..Kepada Kak Alis dan Kak Diniey, terima kasih sebab melayan kami kanak kanak ribena ni. Banyak nasihat yang kami dapat dari mereka. Maklumlah pengalaman hidup mereka lebih lama dan luas daripada kami. Minta maaf sebab kami bertiga ni kadang kadang buat perangai kebudak-budakan sangat. Menangis tak bertempat dan sebagainya. Haha.
Semoga Allah permudahkan urusan kalian yang seterusnya dan dimakbulkan segala doa oleh Allah. Semoga perkahwinan Kak Diniey terus bahagia di dalam keredhaan Allah dan berjaya mencapai setiap impian. Semoga urusan perkahwinan Kak Alis dipermudahkan dari semua segi dan terus bahagia sampai ke akhirnya. Allahumma Amin. Doakan kami juga ya, yang masih terkapai kapai di dalam kehidupan ini. Saya sayang kalian💗
Okay bye, Assalamualaikum.
Sunday, 26 October 2025
Review Buku: Semangat Hutan
Assalamualaikum.
Random photos #3
Assalamualaikum. Dulang girls Permana Citra Dapat upah rait kertas😋 Terima kasih Ustazahs! Semua senyap! Bidadaris mau lalu😌 Ketua Bidada...
-
Assalamualaikum. Alhamdulillah, Safiyyah dah ada cafe akhirnya. Hujung hujung sem ni lah dia bukak. Tapi bersyukurlah, at least tak susah un...
-
Assalamualaikum. Ya Allah!!!! Saya excited sangat untuk buat blog sebenarnya sebab ada banyak cerita yang nak dinukilkan tapiiii, terlalu ba...
-
Assalamualaikum. Kemarin kali pertama saya keluar dengan Ohanat lengkap berenam. Dan kali pertama juga saya keluar bukan tujuan assignment....
.jpeg)




.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)




.jpeg)
