Thursday, 31 October 2024

Oktober 2024: Lagu-lagu Paling Didengari

 Assalamualaikum.

Selamat Menyambut Hari Deepavali semua! Saya tak balik rumah sebab tak sempat beli tiket. Rumah Kakcik pun saya tak balik sebab hari Isnin depan saya ada presentation subjek Ethics. Saya takut saya terlalu berasa senang di sana sampai lupa persediaan present. Jadi, duduklah di bilik ni sambut diwali sorang sorang. Macam tak biasa.

Cuma tulah, duduk di bilik pun belum prepare apa apa lagi jugak untuk present. Not in the mood yet. Okay kembali ke point utama, saya nak cerita pasal lagu lagu untuk bulan ni. Bulan Oktober ni saya paling suka dengar lagu-lagu Arab. Lebih terperinci lagi, saya suka dengar nasyid Misyari. Sedap sangat semuanya. Tak bosan dengar. 


La ilaha illallah

Adhfait

Umar Faruq

Tola'al Badr

Sayyidul Akhlaq

Muhammad

'Aarim

Al-Khalil


Ada juga beberapa lagu lain selain Misyari yang saya suka dengar:


A'isyah Zaujah Rasulillah - Mohamed Tarek & Mohamed Youssef

Antassalam - Baraa' Masoud

Love & Life - Baraa' Masoud


Kalau dengar betul betul suara Misyari, MasyaAllah sedap betul. Beliau boleh lenggokkan suara sesuka hati dan still sedap sangat sangat. Saya rasa suara dia susah untuk diikut. Lepas tu saya suka dengar sebab lagu lagu dia semuanya ke arah kebaikan. Bila dengar tu tak rasa lagha sangat InsyaAllah. Samalah dengan lagu lagu lain di bawah tu. Lirik-liriknya buatkan fikiran kita melayang ke Akhirat lah jugak kan. Cenggini dek. 

Okay bye, Assalamualaikum.

Wednesday, 30 October 2024

Impostor is Me

 Assalamualaikum.




Seperti yang diketahui, saya ambik skill khat sem ni. Tapi hari ni saya join kelas memanah Nasihah. Sebenarnya Nasihah skill memanah dengan Nazilah, tapi Nazilah dah balik Ganu semalam. Jadinya Nasihah sorang sorang. Venue memanah ni di atas bukit tepi mahallah Uthman. Sangat tidak sesuailah untuk berjalan sorang, kelas pulak sampai pukul 7. 

Best sangat kelas memanah. Ada rasa penyesalan yang besar kenapalah tak register memanah hari tu. Sekarang nak tukar ke skill lain dah tak boleh. Bertabahlah kita dengan khat kufi. Masa mula mula sampai tadi, Cikgu ajar cara pasang panah. Lepas tu Cikgu ajar cara berdiri yang betul, cara pegang panah dan sebagainya. Kemudian kami mula main. Kami main ikut giliran, tapi sorang boleh main banyak kali. Besttt! 

Balik rumah nak main panah banyak-banyak. Haha. Berkobar kobar lah masa ni. Tahu tak, tak ada sesiapa pun tahu saya bukan kelas tu sebenarnya. Nasihah je lah tahu. Tak boleh ke kalau saya nak join je setiap minggu? Bukannya saya akan dapat markah atau sijil apa apa pun sebab saya tak berdaftar. Saya nak pergi untuk belajar saja. Tak salah kan? Sila komen di bawah.

Terima kasih Nasihah sebab ajak teman. Eh, Nasihah ajak ke saya yang nak ikut? Lupa pulak. Apapun terima kasih untuk hari ini. Bye Assalamualaikum.

Sunday, 27 October 2024

Penutup Quranic Week 9.0

 Assalamualaikum.

Sejujurnya saya tak sedar pun Quranic Week sedang berjalan. Tahu-tahu orang duk promote majlis penutup. Ainin komiti untuk majlis penutup ni, jadinya dia pujuk saya untuk join. Saya pun join lah untuk support kawan. Seperti biasa, Quranic Week punya penutup sejak turun temurun memang akan jemput kumpulan nasyid. Kali ni UNIC. Yang 8.0 pun UNIC jugak, cumanya saya tak join masa tu. Saya pernah join masa Inteam dulu.

Seriyesly saya tak menyesal langsung pergi tadi. BEST GILER. Unic sampai agak lambat, jadinya mc cuba lengah lengahkan. Pandai betul emcee berdua tu meriahkan keadaan. Kita tak boring langsung masa menunggu ketibaan Unic tu. Lepas tu, kumpulan UNIC tu sendiri MasyaAllah. Selain nyanyian yang sedap, mereka sangat menghiburkan. Lagi-lagi Ustaz Fakhrul. Gigi saya tak sempat basah pun, asyik ternganga duk gelak. 

Tapi kesian dekat Dr. Fitri Haris sebab sakit tekak. Bila dia cuba tarik part tinggi, keluar suara kucing. Haha. Dia sendiri yang cakap macam tu. Dia sendiri tak puas hati sebab tak boleh nak perform lagu lagu hit UNIC yang ada high note. Mereka hanya nyanyi lagu yang boleh dicapai oleh Fitri Haris sahaja. Tapi overall memang best sangat. Tak menyesal lah saya penuhi jemputan Ainin. 

Okay itu saja laporan malam ini. Bye Assalamualaikum.



Jalan-jalan Pagi (Rare Occasion)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Allah jentik hati untuk keluar berpagi pagian keliling uia hari ni. Kakcik lah yang cadangkan supaya keluar jalan jalan atau buat apa apa aktiviti untuk hilangkan kesunyian. Kelmarin lagi saya nak keluar, tapi tewas dengan tilam yang pohu. Hari ni Alhamdulillah tercapai juga. Saya keluar pukul 7.14 pagi, sampai bilik pukul 8.03 pagi. 

Saya jalan slow je sebab memang niat nak menikmati udara pagi yang jarang sekali dihirup dan untuk menghayati kehijauan yang indah. Kononnya bawak botol air, tak minum langsung. Haha. Saya punya pakaian hari ini adalah baju tasl yang lama warna purple dan biru, kain hitam, tudung hitam macam biasa dan sandal. Saya nak jalan je, sebab tu pakai kain. 

Ramai rupanya morning person di uia ni. Ada yang berjoging, ada juga yang berjalan macam saya. Ada juga yang jalan sekeluarga, ibu ayah dan anak anak. So sweet. Lepas tu saya nampak Irham classmate. Saya pun angkat tangan sambil senyum. Dia pun angkat tangan sambil sengih. Dia tengah warm up rasanya. Lepas tu saya lalu depan kawasan mahallah saya dulu. Sem ni langsung tak jejakkan kaki ke sana. Sampai je bilik, saya order nasi lemak dan air singa beng tanpa gula. 

Keseluruhannya, best sangat jalan jalan pagi. Saya suka! Kali pertama ni saya jalan macam ni sorang sorang. Selalunya mesti ditemani Nasihah atau ramai ramai. Berdikari ke tidak💅 Minggu depan kita cuba untuk buat macam ni lagi ya. Semoga dipermudahkan. Okay bye, Assalamualaikum.

Here we go!

Sungai tak berapa sungai.

Kawasan mahallah perempuan.

Breathtaking view.

Saturday, 26 October 2024

Khat yang Aku Dambakan

 Assalamualaikum.

Sem ni saya ambik skill 2. Skill 1 hari tu saya suka sangat sebab saya ambik skill khat. Saya suka khat, reti nya tidak. Haha. Bukan tidak, tapi belum. InsyaAllah saya akan pandai tulis khat cantik cantik!✊. Masalahnya sekarang, skill 2 ni dia ajar khat digital. Khat petak yang kena guna laptop. Rasanya guna eksel. Namanya khat kufi murabba'. Ustaz kata tak kena bawak pun kertas, pensel, kayu khat, dakwat dan sebagainya. Sebab memang kita takkan guna. 

Khat yang saya nak belajar adalah khat bertulis guna dakwat tu, macam yang Saifuddin buat. Hmm. Jadinya saya nak tukar ke subjek skill lain. Sekarang minggu 3, saya harap sempat lagi untuk tukar. Saya nak tukar ke skill menjahit. Semoga ada lagi vacancy untuk saya🤲🏽. Okay itu saja saya punya luahan pada malam ini. Saya cunyi sorang sorang di bilik😭 Bye Assalamualaikum.

Khat kufi murabba'

Cantik kan khatnya..tapi kena guna laptoplah.

Khat nasakh celop (saya yang buat)

Khat Diwani, hasil tulisan Angah.

Potocot Batch Ohana

 Assalamualaikum.



Hari Khamis lepas kami ada photoshoot setiap batch untuk diletakkan di dalam majalah KOED. Untuk kami Ohana, kami buat voting dalam memilih tema warna. Pada mulanya ramai pilih nude+choco. Tiba tiba tengok yang warna biru pula mendahului. Akhirnya biru lah tema kami💧. Photoshoot diadakan di school zone. Gambar di atas tu kami ambik saja saja je, alang alang dah pakai sedondon. 

Kami punya sesi ambik gambar tu pukul 3.30 petang. Yang sedihnya, Asnawie tak sempat sampai pada waktunya. Tak sempurna lah gambar kami di majalah kali ni. Memang 2 kali photoshoot tahun sebelum ni pun tak perfect jugak. Mungkin nanti tahun 4 kot baru sempurna gambar Ohana. Haha tak tahu. Urusan majalah koed ni di bawah tanggungjawab Chegu tv. Mereka lah yang urus kami punya photoshoot. 

Sem ni saya pakai bawal banyak kali jugak. Tiba tiba masa bergambar penting macam ni saya kena jugak pakai tudung bulat seperti biasa. Sebabnya saya belum ada tudung bawal biru. By the way kiut tak gambar kami? Saya rasa kiut. Terima kasih kawan kawan semua atas kerjasama. Okay bye, Assalamualaikum.

Saturday, 19 October 2024

Gaya yang Sama

 Assalamualaikum.

Pagi ni Kaksya hantar gambar Muhammad Wildan Al-Hakim. Ada satu gambar tu mengingatkan saya kepada sepupunya masa kecik iaitu Abdurrahman Zakwan. Posing yang sama! Comel sangat. Saya panggil posing tu "Diaper Pose". Kiut sangat tertunggeng macam tu. Saya rasa Zahratul Iman, Abdullah Abbas dan Abdul Hadi pun pernah duduk macam tu, cuma tak tertangkap oleh kamera. 

Hmm cepat betul budak budak ni besar. Rasa macam sekelip mata. Tadi punya lah gigih saya selongkar laptop untuk cari gambar Abdurrahman tu. Banyak pula gambar-gambar lain yang menggamit kenangan. Sebab tu tiba tiba rasa betapa cepatnya masa berlalu. Okay bye, Assalamualaikum.

Heyy why so cute??!

Abdurrahman, in his moody era.

Lovely Rosy Wallpaper!

 Assalamualaikum.


Ohh yeah! Saja nak tunjuk kertas dinding baharu untuk telefon saya. Cantik tak??😭 Wujud ya wallpaper seindah ini. Saya paling suka warna bunga tu. Dusty rose. Officially my favourite color. Saya tak sangka saya akan berubah sejauh ini. Dulu, saya kononnya macam lelaki lah, "I'm one of the boys". Suka hitam, suka benda yang cool cool gitu konon. Acah la haha. Tapi saya masih suka hitam.

Dulu saya anti warna pink dan semua benda girlish yang seangkatan dengannya. Menurut cerita Kakcik, saya pernah menangis dan merajuk sebab Umi beli sabun cokubutsu botol warna pink untuk saya. Over tak over. Sekarang...saya suka warna pink, warna lembut lembut semuanya. Saya suka bunga, semua benda yang bercorak bunga kecik kecik dan saya suka cincin. Aipp, lebih daripada orang lain pulak. Ohh satu lagi. Sabun botol pink sakura tu favourite saya sekarang. Haha.

Tapi, mungkin juga daripada dulu lagi saya suka benda benda ni dalam hati. Cuma saya in denial barangkali. Taknak akui, takut nampak tak cool. Semakin meningkat remaja ni, saya perlahan lahan menunjukkan belang yang sebenar. Begitu..To all my people out there, don't be afraid to show your true color as long as it doesn't transgress the law of Allah. Cey dah macam motivator. Diri sendiri tak termotivated kadang kadang.

Apa pun, saya suka sangat wallpaper baru ni hihi. Okay bye, Assalamualaikum.

Friday, 18 October 2024

Finding Cafe

 Assalamualaikum.

Hari cuti memang susah untuk jumpa makanan. Sebab tak keluar ke center. Petang tadi, Saya, Faizan dan Adnin keluar cari makanan sama sama. Kali pertama jumpa sem ni, walaupun sama sama duduk Safiyyah. Kami berjalan jauh ke cafe Econs. Saya beli nasi ayam kunyit + pelempung pedas 1, nasi ayam kunyit + daging goreng 1. Petang tadi dah makan satu, lepas tulis blog ni saya nak makan yang satu bungkus lagi. Faizan dan Adnin beli nasi ayam gepuk. 

Lepas tu kami ke cafe Zubair pula untuk beli air. Di Econs tak ada air buah. Nasib baiklah waktu petang tak ramai orang di Zubair. Saya rasa sebab terlalu banyak program di uia hari ni, jadi nya ramai yang tak ada di mahallah. Saya beli jus oren, Adnin air keladi, Faizan air teh hijau. Saya terliur teh hijau sebenarnya, tapi jus oren pun nak jugak. Terpaksa pilih satu saja hehe. 

Begitulah hidup sehari hari. Saya baru lepas buat slide Syllabus Design, esok tinggal nak edit edit je InsyaAllah. Lepas tu nak buat skrip present💪🏽 Alhamdulillah untuk hari ini. Bye Assalamualaikum.

View di Kulliyyah Econs

Cafe Zubair

Wednesday, 16 October 2024

Yeay Ada Buah!

 Assalamualaikum.


Disebabkan dah kenyang makan tengahari, malam ni saya order pencuci mulut saja. Order melalui grabfud of course. Pencuci mulut pun 30 ringgit. Saya beli buah oren, buah timun susu dan air lemon tanpa gula. Rupa rupanya banyak buah dia dan segar. Air lemon pun rasa pure dan sedap. Berbaloi lah walaupun mahal sikit. 

Saya dah lama tak makan buah buahan segar. Sebab tu lah malam ni saya gigih order. Nanti InsyaAllah nak order lagi. Doakan saya ya, minggu depan ada presentation subjek syllabus design. Group first woo. Tadi saya start buat slide, tulis tajuk je dulu. Isinya belum kaji lagi. Okay lah, saya nak solat Isya' dan tidur. Assalamualaikum.

Mengidam Kimchi Jiggae

 Assalamualaikum.

Bukan orang mengandung je boleh mengidam, adik orang mengandung pun boleh mengidam. Hihi. Saya la tu. Dari hari tu saya rasa nak makan kimchi megi berkuah di Mykori. Saya dah pernah makan 2 kali dah benda tu dengan kawan kawan. Memang sedap sangat. Dengan panas nya, kepedasan yang sederhana dan rasa dia yang cukup. Jadi, saya pun pergilah mykori tengahari tadi.

Saya ingat nak pergi makan sorang sorang kat situ. Sebabnya mykori kan agak mahal untuk pelajar, taknak lah menyusahkan kawan kawan untuk mengeluarkan duit yang banyak di situ semata mata sebab saya punya mengidam. Saya ni pun sebab Umi kata jangan berkira bab makan. Rupa rupanya kawan kawan saya onzz je. Muka mereka seakan akan mengatakan, "Kau ingat aku takde duit ke?". Tapi 3 orang jelah kali ni, selalunya enam.

Kami order kimchi jiggae, ayam goreng buttermilk, air batu parut biscoff cheesecake, set nasi hitam Korea, ayam goreng Korea dan air mixberry. Pelik pelik je nama tu kan haha. Biasa lah zaman sekarang, pengaruh Korea kuat. Tapi memang sedap betul. Teringat dekat rasa dia lagi lagi kimchi megi berkuah tu. Kami makan 3 orang, Ainin, Nasihah dan saya. Dalili makan nasi ayam kunyit yang dibeli di festival rsd. 

Alhamdulillah dapat juga makanan yang diidamkan. Terima kasih Allah. Okay bye, Assalamualaikum.

Shedap tak shedap..

Tak sabar nak makan, gambar pun tunggang langgang.

Tuesday, 15 October 2024

Makanan Hari Ini

 Assalamualaikum.


Alhamdulillah hari ni teduh dan mendung je. Tengahari tadi hujan. Sekarang saya kesejukan dalam bilik. Saya suka makanan hari ni. Saya beli di cafe hs lepas kelas BM tadi. Rasa macam nak tukar selera, selalu nya ayam ayam ayam. Kali ni saya pilih ikan patin tempoyak. Ikan patin ke tu? Hihi tidak pasti. Lepas tu pelempung pedas dengan terung. Nasi semestinya ada. Rasa sihat dan penuh kalau makan macam ni. Buah je tak ada. 

Saya tak beli makanan untuk malam. Tak tahu kenapa tadi tak tergerak hati untuk beli. Semoga rasa kenyang ni berpanjangan sampai esok. Saya suka makanan yang sedap sebab dia sedikit sebanyak menghilangkan stress. Semalam saya keluar makan dengan Abecik Kakcik di restoran makanan kelate/alik siam. Kedai yang selalu kami pergi tu. Sedap sangat makanannya!!! Sampai tak ingat nak ambil gambar pun. Nasi, phatphet ayam, daging dadiaw, kerang bakar, air nyor. MasyaAllah boleh bayang tak sedap dia? Orang mengandung jangan bayangkan, nanti kempunan. 

Okaylah bye. Alhamdulillah atas rezeki hari ni. Assalamualaikum.

Saturday, 12 October 2024

Kaksya Kuat, Kaksya Boleh

 Assalamualaikum.

Muhammad yang soleh, juruh, sihat, cerdik, hensem.

Remehnya saya punya masalah dan tekanan sebenarnya. Saya selalu tertekan benda yang bukan real problem pun. Contohnya, tudung tak jadi, cafe jauh, malas basuh baju dan sebagainya. Sedangkan orang lain tengah struggle untuk cuba kuat menghadap ujian yang lebih berat. Astaghfirullah😭 Betul lah orang kata, saya ni belum jejakkan kaki ke dunia sebenar. Tengah belajar lagi kan.

Saya hanya mampu tengok dari jauh Kaksya menjalani kehidupannya. Saya tak akan faham Kaksya punya penat sebab saya tak ada di tempatnya. Memang penatlah. Dengan kerja sebagai guru yang banyak tugas sangat sangat. Lepas tu anak tengah dalam fasa aktif. Tambah pula tengah mengandung besar. Sorang sorang pulak tu. Kaksya memang sangat kuat MasyaAllah. 

Ya Allah kuatkanlah Kaksya ku fizikal dan mental, sihatkanlah dia, jauhkan dia dari fikiran negatif dan tekanan. Kau bahagiakanlah hidup Kaksya bersama orang orang tersayangnya. KAKSYA BOLEH! Semua hok Kaksya buat sekarang InsyaAllah ada ganjaran di sisi Allah. Hmm. Saya tak tahu nak cakap apa lagi untuk bagi Kaksya rasa tenang dan lega. 

Tak semua orang dapat nikmat hok Kaksya dapat sekarang. Anak yang sihat, pekerjaan yang stabil, pasangan yang baik, orang sekeliiling yang kebanyakannya supportive. Ramai je orang hok kalu buleh nok tukar kehidupan dengan Kaksya. Alhamdulillah. Allah bagi susah sikit sekarang. InsyaAllah segala yang baik baik menanti. Kaksyadah minta maaf sebab sokmo minta gambar dan video Muhammad. Mesti kadang kadang Kaksya letih nok penuhi. I is sori. I LOVE YOU KAKSYA! 

Jerawat Bertandang

 Assalamualaikum.

Gambar tiada kaitan

Sejak balik dari Makkah Madinah, muka saya tumbuh jerawat. Memang sebelum ni selalu je tumbuh, tapi jarang jarang. Kalau tumbuh pun sebutir je. Kali ni, dia tumbuh 2 ke 3 butir jerawat yang putih punya, yang kalau orang tengok memang tak lalu makan nasi. Haha. Bila hilang jerawat tu, dia sambung dengan batch kedua terus. Jadi sekarang tengah batch kedua, 2 butir.

Tak teruk pun tapi. Saya okay saja jerawat begini. Hihi. Cuma rasa pelik kenapa tumbuh. Tak tahu punca. Umi kata mungkin stress. Tapi saya tak stress sangat sekarang sebab baru awal sem. Saya rasa mungkin sebab rindu Makkah Madinah kot hihi. Tolong jangan menyampah saya asyik sebut Makkah Madinah. Biasalah first time pergi. Tapi kan, memang ada masa saya rindu sangat sana sampai rasa pedih dalam hati.

Pastu kan semalam saya ada terhidu satu part di tudung saya ni. Bau sebijik rida' hijau tu. Automatik menangis haha. Semalam tidur mimpi jumpa rida' tu. Dah kali ketiga mimpi macam tu. Mungkin semua benda ni pun membawa kepada jerawat. Berfikir terlalu dalam tentang benda yang kita tak tahu keberadaannya. 

Gambar di atas tu saya letak sebab saya suka sangat! Senyuman Zahratul Iman sangat ikhlas, Abdurrahman pula menzahirkan sifat cheeky nya dalam gambar ni. So cute my babies! Okay bye Assalamualaikum.

Friday, 11 October 2024

Senarai Aktiviti Hujung Minggu

 Assalamualaikum.

Tadi pergi kelas Ethics pukul 9 pagi. Sampai kelas tu, duduk sambil tunggu Ustaz masuk. Sekali dapat mesej kelas batal. Subjek tu nanti akan ditukar lecturer. Lecturer yang di-assigned sekarang terlalu sibuk katanya. Jadinya minggu depanlah ya kita mula.

Saya beli 2 bungkus nasi di cafe edu untuk petang skali. Sebenarnya nak beli ladu, tapi pukul 11 lebih baru ada. Tak ada rezeki hari ni nak makan dumpling. By the way, saya berhasrat untuk mula fikir pasal assignment hujung minggu ni, terutama yang individu. Jom kita listkan benda yang nak dibuat hari ni, esok dan lusa;


Jumaat:

1. Basuh baju (mesin basuh)

2. Jemur baju

3. Fahami tajuk presentation Syllabus Design (Group 1)


Sabtu:

1. Fikir tajuk BM

2. Buat peta minda cadangan

3. Pilih slide canva Syllabus Design


Ahad:

1. Fahami tajuk presentation EDIE 4306 week 7 (Group 4)

2. Cari point present Syllabus Design

Thursday, 10 October 2024

Pesan Dr. Erfan

 Assalamualaikum.


Alhamdulillah sekali lagi saya ada kelas dengan Dr. Erfan. Hari tu subjek Bayan, kali ni subjek Method of Teaching Taasl. Dr. cam muka saya lah! Cuma dia tak ingat nama. Dia kata, awak pernah kelas dengan saya kan? Tapi saya rasa bukan saya pun yang Dr. ingat tu. Sebab saya tak menonjol pun dalam kelas mana mana, biasanya orang tak ingat. 

Sambil sambil Dr. mengajar dalam kelas hari Selasa hari tu, Dr. sempat juga berpesan, bagi peringatan. Dr. cakap, pastikan yang kita betul betul nak jadi guru dan sesuai dengan pekerjaan ni. Nampak simple, tapi sebenarnya tugas guru ni berat. Tanggungjawab yang sangat besar. Cuba bayangkan, seorang guru ni mengajar seluruh mujtama'. Pelajar pelajar yang diajar tu nanti akan bertebaran  di muka bumi, melakukan kerja yang bermacam macam. Ada yang jadi guru, doktor, jurutera, arkitek, kerani, polis, bomba, jurujual, tukang sapu, tukang jahit, pekerja kantin, pekerja kilang dan sebagainya. 

Itu dari segi pekerjaan. Dari segi lain pula, nanti pelajar pelajar tu akan jadi seorang ibu, bapa, datuk dan nenek. So, apa yang kita ajar tu akan bagi kesan yang luas dan berpanjangan. Dr. nasihatkan kami untuk kerja dengan amanah. Penuhi tanggungjawab kita sebagai guru, InsyaAllah gaji yang kita dapat tu halal dan berkat. Kalau kita buat sebaliknya, rezeki yang kita dapat tu boleh jadi haram, tak berkat, jadi tak cukup, jadi asbab kepada benda benda buruk. Nauzubillahi min zalik. 

Ulamak adalah waris para nabi. Dr. kata, masa kita tengah sampaikan ilmu tu, bayangkan kita berdiri di tempat nabi. Kiranya pekerjaan kita tu adalah sangat mulia. Allahu. Saya ni masih duk struggle untuk terima hakikat yang saya ni bakal guru. Tiba tiba je rasa macam tugas tu berat dan tak sesuai dengan saya. Tapi Allah maha kuasa boleh ubah hati saya bila bila masa. Kalau tugas guru tu baik untuk saya dan orang sekeliling saya dunia Akhirat, semoga Allah permudahkan segala urusan, Allahumma Amin. 

Mahallah Safiyyah

 Assalamualaikum.

Hari ni Khamis, saya ada kelas lagi esok. Doakan semoga dipermudahkan untuk tukar waktu kelas Jumaat ke hari minggu. Saya unofficially residen Mahallah Safiyyah. Semalam saya minta tukar ke Asiah, tapi dia memang tetapkan tarikh 4/11 untuk pelajar yang nak tukar bilik atau mahallah. Saya redha. Sebenarnya Safiyyah ni not bad, selesa sangat walaupun tak sebesar Asiah bilik dia, kipas kuat, peralatan cukup, ada coway, privasi terjaga, view cantik. Alhamdulillah. 

Kekurangan dia adalah, agak jauh dari kulliyyah saya, cafe tak buka, mart tak buka. Dia tak ada benda paling penting iaitu cafe. Macam mana mau makan maa. Haha. Padahal boleh je pergi cafe jiran sebelah, cafe Zubair. Tapi mengikut kata Faizan, cafe tu memang selalu penuh lelaki. Kalau nak pergi, kena berkumpulan. Sorang sorang tak elok sangat. Cafe mahallah lain tersangat jauh. Solutionnya adalah sama ada beli siap siap dekat center atau order grabfud. Saya memilih solusi yang membotakkan kepala, grabfud for sure. Hihi.

Duduk Safiyyah waktu sekarang ni kena kaya, untuk order grabfud dan transporter kalau penat jalan. Saya bukannya taknak beli bungkus di center, tapi kita kan dah kenyang makan tengahari waktu tu dan tak tahu kita akan kekal kenyang sampai malam atau lapar lagi. Jadinya, tak beli lah makanan masa tu. Setakat seminggu ni, 3 hari berturut turut saya order makanan grab. Memang harganya berganda ganda. Lepas tekan place order tu rasa menyesal. Allahu kenapalah aku membazir duit ni. Keesokan harinya, kita ulang lagi proses yang sama.

By the way sekarang saya dah sampai episod 10 Omar Series. Best sangat! Tengoklah. Ada banyak juga scene yang buat saya menangis. Okay bye, Assalamualaikum.


Mahallah Safiyyah & Kehijauannya:




Grabfud Order:

Nasi goreng & Teh Hijau

Nasi lemak Restoran Kak Yah

Nasi Kandar Mahallah Faruq

Monday, 7 October 2024

3rd Year 2nd Semester: First Day

 Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari pertama berjalan lancar walaupun terkalut sikit pagi tadi. Pergi ke kelas dan balik ke bilik hari ni semuanya pakai kereta. Tak merasa lagi berjalan kaki sejak duduk Safiyyah ni. InsyaAllah nanti nak minta tukar ke Asiah balik. Doakan saya  semoga dipermudahkan. Tak sangka hari pertama pun dah belajar dalam kelas. Bagus betul lecturer KOED, sangat semangat. Semoga pelajarnya juga semangat macam tu.

Saya sangat rindu keluarga sebenarnya hihi. Bila berfikir dalam sangat, sampai termenangis pun ada. Begitulah hidup berseorangan di perantauan. Ni pun tak ada lah berseorangan sangat kalau kira, Abecik Kakcik one call away Alhamdulillah. Masa saya duduk rumah, tak meringankan beban Umi pun sebenarnya. Umi juga buat semua benda. Sekarang baru rasa menyesal, kenapa lah aku tak korbankan sikit tidur tu dan banyakkan tolong Umi. Kaksyadah rasa tak berguna sangat😭

Semoga Allah permudahkan urusan setiap dari kita dan seluruh ahli keluarga kita semua🤲🏽 Baru hari pertama, lama lagi nak hadap. Hari ni belajar 2 subjek, Sastera Arab dan Syllabus Design. Nampak macam best dua dua ni, sebab lecturernya sangat baik dan menyeronokkan. Dr Wan Rusli siap ajak nyanyi dalam kelas tadi haha. Best! Okaylah, saya nak bersantai sambil dengar nasyid Misyari. Bye Assalamualaikum.

Kelas Dr. Wan Rusli

Jasmine & Snow White

Alhamdulillah 8 Years and Forever To Go

 Assalamualaikum.


Excuse my editing skill. Hekhek. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Along Kaklong dah 8 tahun bergelar suami isteri. Terasa sekejap saja masa. Sekarang dah ada 4 ketul budak busuk MamaDa. Terima kasih Kaklong beranakkan anak anak yang soleh solehah ni, menjadi hapiness giver dalam hidup, gittew. Tapi betul. Saya rasa disayangi oleh mereka.

 4 orang, 4 ragam. Personaliti berbeza semuanya haha. So cute. Yang ada persamaan sikit adalah Iman dengan Abbas, penceria, happy go lucky, expressive. Abdurrahman dengan Abdul Hadi senyap sikit. Abdurrahman tu dengan keluarga je dia cakap banyak, dengan orang lain dia senyap. Abdul Hadi...hmm. Susah untuk diungkapkan haha. Dia tersangat senyap sebagai baby. Tak apa, take your time ya Hadi. 

Semoga Allah terus jaga rumah tangga Along Kaklong dari segala gangguan dalaman dan luaran. Semoga Along Kaklong sekeluarga terus bahagia, dipermudahkan segala urusan, dipermudahkan rezeki yang halal dan cukup, diberi umur yang panjang di dalam kesihatan yang terbaik dan ketaatan kepada Allah, semoga anak anak dan seluruh keturunan menjadi soleh dan solehah, berjaya dalam kedua-dua kehidupan dan menjadi asbab yang baik untuk Along Kaklong masuk syurga, Allahumma Amin.

Sunday, 6 October 2024

New Semester

 Assalamualaikum.

I don't like the title. But that is the reality. Now I'm in Kakcik's house. I just arrived at UIA this early morning. Tiber speaking. By the way saya third year second sem sekarang. Sem ni ada kelainan sikit. Saya diletakkan di mahallah Safiyyah kali ni. Jauh bebeno dengan edu. Sebabnya saya tak sempat isi form pilih mahallah hari tu. Masa tu saya di Makkah. Biasalah, lepas cuti 3 bulan, rasa berat sangat nak tinggalkan rumah. Saya tahan saja daripada menangis semalam. Tiba tiba masa nak naik tangga bas, saya tengok Umi mengalirkan air mata. Saya tersenyum je tengok masa tu.

Duduk je di seat bas, saya pun mula menangis. Lagi tersesak esak dari biasa pulak. Allahu. Sekarang pun rasa sunyi je. Tapi nasib baiklah duduk rumah Kakcik Alhamdulillah. Esok kita kembali berperang dengan kesunyian. Saya ada azam baru sem ni. Azam hari tu pun tak tertunai lagi haha. Azam saya kali ni, saya taknak berperwatakan malu. Saya taknak nampak macam orang yang terlalu pemalu. Ya Allah, berikanlah aku keyakinan dan kepetahan bercakap. Saya nak nampak profesional dan matang. Saya nak jadi orang yang boleh diajak berborak benda benda penting. 

Dari segi pakaian pun InsyaAllah saya akan pelbagaikan sem ni. Tudung labuh bulat, tudung bawal kosong, tudung bawal corak, tudung sarung. Haha. Kita tengok terlaksana ke tak. Masa ROS hari tu saya boleh, mesti di U pun saya boleh InsyaAllah! Bukan dari segi personaliti dan pakaian je, cara belajar pun saya nak perbaharui. Saya nak faham sendiri arahan lecturer dalam kelas, tak payah tunggu kawan terangkan balik. Hmm. Banyak sangat pulak azam ni. But, nothing is impossible biiznillah. 

Ya Allah, Kau jagalah Abah Umi ku dan seluruh ahli keluargaku tersayang di mana saja mereka berada, supaya aku boleh hidup dengan tenang di sini, Allahumma Amin. Okaylah, saya nak bersiap siap untuk solat Zuhur. Bye Assalamualaikum.

Thursday, 3 October 2024

Semut Berleluasa🐜

 Assalamualaikum.

Sekarang memang musim semut atau rumah saya saja yang terlalu manis?🙈 Banyak betul semut. Di mana mana saja dia ada. Yang peliknya, walaupun tak ada sebarang benda manis atau binatang mati pun, semut still berkumpul banyak banyak dalam bilik saya. Di rak putih tu terutamanya. Saya kan letak payung di rak tu. Semalam semalam saya gunalah payung tu sebab hujan lebat. Bila bukak saja payung, semut bertaburan jatuh atas kepala saya. Wow ngeri.

Dalam laptop pun ada semut. Bila buka laptop, nampak banyak semut cepat cepat lari masuk ke dalam lubang keyboard. Dia buat macam perkampungan dia pula. Haha. Saya tak merungut, saya cerita je. Kalau sesiapa ada tips untuk hilangkan semut semut ni, sila roger. Saya kononnya taknak bunuh semut. Padahal sekali sapu dengan tangan, mati 32 ekor semut. Tapi bukan sengaja. Membicarakan soal semut dah macam masalah negara. Okay bye Assalamualaikum.

Abecik 30 Tahun

 Assalamualaikum.


Sanah Helwah Abecik Nazrin! Selamat melangkah ke umur kepala 3. Terima kasih kerana menjadi suami yang baik dan memahami kepada kakakku yang busuk itu. Terima kasih juga sebab terima seadanya Kakcik dan keluarga kita. Kaksyadah paling kagum kesabaran Abecik dengan budak budak kecik tu. Mungkin Abecik pernah je rasa marah dengan mereka, cuma kemarahan Abecik tu tak terserlah. Kalau Kaksyadah, tak marah pun bunyi macam marah. 

Semoga Allah berikan kesihatan dan keselamatan berterusan kepada Abecik dan dipermudahkan setiap urusan. Semoga Abecik Kakcik sentiasa dilimpahi rezeki yang halal, berkat dan diredhai Allah. Semoga Allah tetapkan hati Abecik di dalam keimanan dan kebenaran sampai bila bila, dan semoga Allah berikan kejayaan, kebaikan dan kebahagiaan kepada Abecik Kakcik dan semua orang tersayang di dunia dan di Akhirat, Allahumma Amin. 

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...