Saturday, 29 June 2024

Si Sulung 7 Tahun Sudah🌛

Assalamualaikum.


Zahratul Iman ku sayang dah umur 7 tahun! Darjah 1 dah Iman. Betul betul besar doh ni. Iman semakin besar, tapi MamaDa masih muda muda gini juga ya. Hmm. Zahratul Iman satu satunya anak saudara perempuan buat masa ni. MamaDa rindu nak ada baby perempuan lagi. Lupa dah feeling dia macam mana. Iman loni semakin matang dan cerdik. Alhamdulillah nampak kurang dah tabiat buat buat suara dan pergerakan budak kecik tu. MamaDa rasa terharu Iman dan Abdurrahman masih suka ttepek nga MamaDa walaupun sudah besar. Jangan berubah ya baby ku. MamaDa taknak ada sebarang keawkwardan nanti kalian besar. 

Ya Allah, kurniakanlah akhlak yang mulia dan terpuji hingga ke akhirnya kepada Zahratul Iman dan anak anak saudaraku yang lain, permudahkanlah segala urusan Iman ya Allah, Kau kurniakanlah kesihatan dan keselamatan yang terbaik kepada Iman, berikanlah kejayaan yang cemerlang kepada Zahratul Iman dalam apa jua yang dia ceburi ya Allah, jadikanlah Iman dan adik adiknya penyejuk mata dan penyejuk hati Abi Umi dan orang sekeliling, redhai lah mereka dunia Akhirat, panjangkanlah umur mereka di dalam ketaatan kepada mu ya Allah dan kurniakanlah kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan kepada Zahratul Iman dan seluruh ahli keluarga ku tersayang di dunia dan di Akhirat, Allahumma Amin.

Thursday, 27 June 2024

Badminton 2 Round

 Assalamualaikum.


Hampir terputus nafas guel. Akhirnya tercapai juga nak main badminton di rumah Kakcik. First time saya merasai pengalaman main badminton di court khas badminton. Selama ni main di tapak gajah depan rumah, rasa terpaling pro dan hebat. Rupa rupanya, court sebenar sangat luas. Tak terkejar bulu badminton. Saya main dengan Angos. Saya 'tertidur' lepas Subuh masa tu. Lepas tu Angah mari gerak ajak main badminton. 

Sebelum ni saya dah beberapa kali merasai badan lemah sebab darah rendah kan...Tapi, masa main badminton tu, badan saya rasa paling teruk. Jantung rasa lemah, penat tu tak hilang walaupun dah rehat beberapa minit. Sebab tu sempat 2 round je. 2 round bersamaan 20 minit. Kesian Angah, mesti Angah belum puas main. Tapi terpaksa naik rumah jugak haha. Masa jalan nak masuk rumah tu, pandangan saya dah jadi putih sebenarnya. Nafas jadi pendek tersekat sekat. Saya rasa sebab stamina saya tak kuat langsung. 

Saya cari di internet cara cara meningkatkan stamina dan jauhi darah rendah, semua cara tu susah untuk saya ikut. Kena kurangkan karbo, sedangkan nasi tu makanan utama kita. Lepas tu kena makan portion sikit pada satu masa, wahh ini sulit sekali. Tapi kalau nak sihat kena lah berkorban sikit kan. Saya dah tak sanggup lalui rasa macam tu. Tapi memang best gilerr main badminton kat situ. Nanti kalau pergi rumah Kakcik pulak, saya nak ajak Angah main lagi. Tapi sebelum tu saya akan kuatkan stamina dulu lah InsyaAllah.

Mesti Adik suka kalau dapat main di court tu. Baru tahu keadaan sebenar pertandingan badminton. Okay bye, Assalamualaikum.

Khatam Al-Quran❤

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, saya khatam Al-Quran kali pertama tahun ni. Jangan judge saya. Saya baca dengan tartil dan sepenuh perhatian, sebab tu lambat khatam😌 Saya tak tahu dah dalam hidup ni dah berapa kali khatam. Tak kira. Jom lah kita kerapkan baca Al-Quran. Tak mampu hafal takpe, yang penting kita baca, faham dan amal. InsyaAllah bila kita baca Quran, hati kita rasa tenang dan selamat. Rasa macam tak ada apa yang boleh ganggu kita sebab kita ada Allah yang maha kuasa dalam hati kita. 

Ni tak klise tau haha. Hakikat. Kita pun akan jadi lebih bergantung kepada Allah dalam apa jua keadaan. Okaylah, Ustazah belum solat Zuhur ni. Bye, Assalamualaikum.

Wednesday, 19 June 2024

Happy Birthday Abahku Sayang❤️

Assalamualaikum.
Selamat hari lahir Abahku tercinta! I love you so much Abah💞. Terima kasih atas pengorbanan Abah untuk membahagiakan anak anak. Kaksyadah minta maaf kalu selama ni Kaksyadah suka tunjuk muka masam dekat Abah Umi. Kaksyadah bukan anak yang baik, tapi Kaksyadah usaha untuk jadi✊. 

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang terbaik untuk Abah, disembuhkan segala penyakit, semoga Allah panjangkan umur Abah Umi dalam kesihatan tubuh badan dan akal yang terbaik, di dalam kebahagiaan di sisi orang tersayang dan di dalam ketaatan kepada Allah. Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan Abah Umi dalam apa jua perkara, dipermudahkan rezeki yang halal dan sentiasa cukup, semoga Allah jauhkan Abah Umi daripada sebarang kekecewaan dan kelemahan iman, semoga diteguhkan hati Abah Umi di jalan yang Allah redha sampai ke akhirnya, semoga Allah kurniakan kepada Abah Umi kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan dunia Akhirat, Amin ya Allah🤲🏽



Sunday, 2 June 2024

Mykori

 Assalamualaikum.


Kami makan makan di Mykori sempena birthday Faizan. Kami bertiga, saya, Faizan dan Adnin. Birthday orang lain, saya yang bersungguh makan. Maklumlah Faizan dan Adnin buke jenis mmake. Daripada cfs dulu, mereka suka bagi dekat saya kalau makanan tak habis. Lagi lagi si Aisyah Fitriyyah, rasa macam tak pernah habis dia makan apa apa haha. 

Sekali sekala boleh la Mykori. Harga tak mesra pelajar. Tapi kenyang sangatt Alhamdulillah. Nanti kita ajak Kakcik Abecik gi Mykori hihi. Okay bye Assalamulaikum.

Saturday, 1 June 2024

Happy Birthday Faizan🌺

 Assalamualaikum.

Happy Birthday Faizan Aqilah! Yeayy kita dah sama umur. Terima kasih sebab sokmo ajak saya untuk makan sama sama dan sebagainya walaupun kita tak sama kos. Dah 4 tahun kita kenal Allahu. Cepatnya rasa. Dah nak habis belajar dah kita😭 Faizan dan Adnin pun practical jugak dalam cuti 3 bulan ni. 

Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan Faizan sekeluarga, dipermudahkan rezeki yang halal, dikelilingi orang yang baik baik, diberi kejayaan dalam setiap apa yang diceburi. Semoga Faizan sekeluarga diampunkan segala dosa, semoga menjadi hamba Allah yang sentiasa taat, dan semoga Allah kurniakan kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan dunia Akhirat kepada Faizan sekeluarga. Allahumma Amin💗

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...