Hepi Besday Umiku sayang💕. You are the best mother in the world. Umi selalu berkorban tenaga dan harta untuk memastikan kami bahagia. Umi selalu memasak untuk kami walaupun Umi letih, Umi tak pernah kedekut untuk menghabiskan duit untuk anak anak, asalkan anak anak suka dan bahagia. Umi Abah ialah insan yang sangat penyabar dengan ujian Allah. Tak melatah langsung bila diuji subhanallah😭. Kaksyadah masih mencuba untuk memupuk sifat itu dalam diri.
Kaksyadah sangat mengagumi Umi. Umi memang contoh yang terbaik untuk anak anak. Seorang isteri dan ibu yang terbaik. Kaksyadah minta maaf sebab ada waktunya Kaksyadah suka merajuk dan bermasam muka. Memang tak patut langsung Kaksyadah buat begitu, Kaksyadah tahu😭 Kaksyadah masih mencuba untuk menjadi seorang anak yang solehah buat Abah Umi, yang taat dan sentiasa mendoakan kebaikan Abah Umi dunia Akhirat.
Ya Allah, Kau ampunkanlah segala dosa Abahku dan Umiku, sama ada dosa besar atau dosa kecil, dosa masa lalu, kini dan akan datang, dosa zahir atau tersembunyi. Bersihkanlah hati Abah Umi daripada segala keburukan dan sifat buruk. Tanamkanlah sifat sifat yang mulia yang Engkau redha di hati Abah Umiku. Tetapkanlah hati Abahku Umiku di jalan yang benar ya Allah, berikanlah ketenangan hati kepada Abah Umiku, hapuskanlah segala keresahan daripada hati mereka. Sembuhkanlah segala penyakit mereka, kurniakanlah kesihatan yang terbaik buat Abahku dan Umiku, kurniakanlah kudrat yang sebaik baiknya buat mereka dan mudahkanlah mereka untuk sentiasa beribadat kepadaMu dengan sempurna. Permudahkanlah segala urusan mereka, kurniakanlah kejayaan, kebaikan dan kebahagiaan kepada Abahku dan Umiku di dunia dan di Akhirat, Allahumma Amin.
KAKSYADAH SAYANG ABAH UMI SANGAT SANGAT💗