Saturday, 22 April 2023

Selamat Hari Raya

 Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam di dunia ini! Semoga segala amal kita pada bulan Ramadhan yang berlalu diterima oleh Allah, dan semoga kita terus istiqomah mentaati segala perintah Allah, tinggalkan larangan Allah dengan cara yang diajar oleh nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam. Semoga Allah pelihara Iman kita sampai ke akhirnya, mati di dalam husnul khotimah dan dikumpulkan bersama orang orang yang kita sayang di syurga firdaus kelak InsyaAllah, Allahumma Amin. 

Please don play play mercun, bahaya..dan mengganggu ketenteraman orang sekeliling. Pesanan khidmat masyarakat daripada saya, MamaDa. Hihi. Bye Assalamualaikum. 



Thursday, 6 April 2023

Iftar yang tak Dirancang

 Assalamualaikum.

Semalam saya sertai KOED Iftar. Iftar yang mengumpulkan budak budak edu semuanya. Walaupun tak semua datang, ramai lah jugak. Pada awalnya, saya taknak pergi dan saya memang tak isi pun form untuk pergi tu. Pastu kemarin lepas kelas, saya dan Ibtihaal beli makanan di bazar. Pastu nampak Nazilah macam tengah foncall dan nak balik. Rupa rupanya kakak dia suruh iftar dengan dia. Jadinya, saya ganti kekosongan Nazilah untuk koed iftar tu. Begitu. At least dapat makanan free. 

Hari saya tidak berhenti setakat itu. Malam tu, saya ada kena cod Buko dan sagu. Diri ini sangat malu sebenarnya sebab tak pernah ada pengalaman cod macam tu. Tapi letih sangat sangat. Selesai cod tu pukul 11 lebih nak dekat pukul 12. Okaylah saya nak pergi beli makanan di cafe. Sonong sodopon semua! Bye Assalamualaikum. 





Wednesday, 5 April 2023

Happy Birthday Nor Anis💗

 Assalamualaikum.


Selamat berumur 21 tahun Nor Anis! Dah 11 tahun ya kita kawan. Lama betul..bunyi macam tua pula. Padahal kita muda remaja kanak kanak lagi. Macam ni lah ya manusia yang tak terima hakikat haha. Tapi betul lah 21 tu muda lagi. 

Semoga Allah permudahkan segala urusan Anis dan seluruh ahli keluarga, dipermudahkan rezeki yang halal, diberikan kebahagiaan dunia Akhirat dan diberikan nikmat Iman dan Islam sampai ke akhirnya. Semoga Allah kurniakan segala kebaikan dan kejayaan yang hakiki kepada Anis dan orang orang tersayang di dunia dan di Akhirat, Allahumma Amin. 

Sneak out of IIUM ft Kakcik

Assalamualaikum.

Saya dan Kakcik keluar jalan jalan pada malam hari! Kakcik yang suggest sebab dia tak ada mood sangat. Dia perlukan fresh air. Lepas solat Maghrib di masjid, kami terus naik transporter ke KL East Mall. Sebenarnya kawan kawan saya dah puas dah pergi situ, saya tak pernah. Alhamdulillah dapat juga merasa. Pada awalnya saya tak dapat bayang lagi tempat dia macam mana. Bila sampai tu, terus rasa macam orang kampung. Dahla saya pakai baju yang pergi kelas tadi, baju kurung berbunga dan tudung labuh bulat warna pepel. Memang rasa segan sangat sangat. 

Dalam mall tu, ada macam macam kedai yang berjenama mewah, yang selama ni saya nampak di instagram saja. Ada Duck, Naelofar, Calaqisya, Levi's dan sebagainya. Sebenarnya nak masuk tengok kedai Duck, tapi orang yang berjaga kat kedai tu tengokkk je kami lain macam. Mungkin takut tak mampu nak bayar kot. Memang pun. Haha. Kami pun tak jadi masuk. Kami masuk kedai Neelofa, yang tu mesra alam sikit. Punyalah masuk banyak kedai tengok pakaian, akhirnya beli cornflake je 3 bekas. Tapi sedap!





Lepas tu kami naik grab pergi kedai tomyam. Saya makan nasi tomyam ayam dengan kerabu kaki, Kakcik makan sotong celup tepung dan kerabu kaki juga. Saya air mango! So sedap. Lama juga kami makan dan bercakap cakap di kedai tu..sampai pukul 11 lebih. Kami pun naik grab balik UIA. Kami dapat pakcik grab orang Cina. Pakcik tu sangat sangat ramah dan baik, dia cerita habis dekat kami pasal hidup dia zaman muda sampai tua. Haha. Semoga pakcik sihat selalu dan bahagia di samping keluarga tercinta dan dikurniakan kebaikan dunia Akhirat. Okay bye Assalamualaikum.


Ibtihaal Paparazzi

Assalamualaikum.

Hasil Gambar

Belakang Tabir

Boleh Si Ibby ni senyap senyap ambik gambar dari belakang ye.. Nakal sungguh haha. Letak jugak di sini supaya nanti jadi kenangan bila tua. Barulah boleh tengok perangai masing masing zaman muda mudi. Ada yang jenis suka berselfie dalam kelas, ada yang suka jadi paparazzi. Masa ni kelas Ustaz Baihaqi. Tapi Ustaz tak mengajar sebab group present. Group saya dan Nasihah lepas raya. Takutt sebab kebanyakan present memang lepas raya. Punyalah relax sekarang, boleh bayang kekalutan lepas ni. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua, Allahumma Amin.

Bye Assalamualaikum.

Monday, 3 April 2023

Salamat Kaibigan!

Assalamualaikum.

Terima kasih banyak banyak Faizan! Faizan baik sangat, saya tak faham kenapa. Saya bersyukur ada kawan yang baik macam Faizan. Walaupun kita dah tak duduk sebilik dan tak satu kos dah, tapi kita masih berkawan macam dulu. Alhamdulillah. Semoga Allah kurniakan segala kebaikan dan kebahagiaan kepada Faizan Aqilah dan keluarga di dunia dan di Akhirat, Allahumma Amin🤲  

KFC tu sedap, lagi lagi nasi dia. Hihi. Bye Assalamualaikum.

Saturday, 1 April 2023

Ponsikou Koinsanai Tulun!🫶🏽

 Assalamualaikum.










Terima kasih semuanya🫶🏽 Saya menghargai usaha semua orang menunggu jam 12 untuk wish kepada saya. Semoga semua doa kalian kepada saya tu dimakbulkan dan berbalik kepada diri yang mendoakan itu semula, Allahumma Amin. Abah Umi Adik lah wish yang paling awal. Belum 1/4 dah hantar doa doa tu haha. Mesti lama nak karang doa dan ucapan tu. Terima kasih Abah Umi Adik Kakcik Kaksya dan semua❤️

Saya malu sebenarnya sebab kawan kawan pun ingat juga hari jadi saya. Tak tahu nak respon macam mana. Sebab saya tak pernah hadapi benda macam tu. Apapun, terima kasih kawan kawan sebab anggap saya kawan juga walaupun banyak songes. Hihi. Bye Assalamualaikum.

١٨ محرم ١٤٢٣ - ١٠ رمضان ١٤٤٤

 Assalamualaikum.

18 Muharram 1423 bersamaan 1 April 2002

Alhamdulillah, sampai hari ini Allah masih memberi saya peluang untuk menikmati kehidupan di dunia di sisi orang yang tersayang. Umur saya 21 tahun sudah🤲🏼Sungguh tak sangka saya akan sampai umur ni. Adakah saya sudah dewasa? Saya tidak rasa begitu. I'm still a baby👶🏽

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas segala nikmat yang Engkau anugerahkan kepada ku, seluruh ahli keluargaku dan orang orang yang aku sayang. Antara nikmat yang paling saya syukuri adalah nikmat Iman dan Islam. Ya Allah, kekalkanlah nikmat Iman dalam hati kami sampai kami mati. Kurniakanlah kepada kami semua ketekunan dan kesungguhan dalam beribadat kepadaMu, melakukan segala perintahMu, meninggalkan segala laranganMu, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kau kurniakanlah segala kebaikan kepada kami semua di dunia dan di  Akhirat, Allahumma Amin🤲🏼

Terima kasih kepada Abah Umi saya yang melahirkan, membesarkan saya dan menyayangi saya sepenuh hati walaupun ada ketikanya saya buat Abah Umi kecewa. Kaksyadah tahu Kaksyadah anak yang manja dan mengada ngada juga kadang kadang. Terima kasih Abah Umi dan seluruh ahli keluarga sebab tetap layan dan sayang Kaksyadah❤️

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...