Friday, 31 March 2023

Langadon Oku Sampaganakan Ku👨‍👩‍👧‍👦

 Assalamualaikum.


Saya rindukan semua orang di rumah. Bukan di rumah saja, semua ahli keluarga saya di mana saja mereka berada. Semoga Allah lindungi semua orang yang saya sayang daripada segala bahaya dan dipermudahkan segala urusan, Allahumma Amin. Sebetulnya, beberapa minggu ni saya rasa takde mood nak pergi kelas dan jumpa kawan kawan. Betul betul saya paksa diri untuk buat semua tu. Dan rasa rindu nak balik rumah tu membuak buak. Tapi bila masa saya tak rasa macam tu, memang sepanjang masa rasa nak balik haha. 

Kagum juga dengan kawan kawan yang ceria sangat pergi kelas dan gembira jumpa kawan. Lain betul jiwa kami. Tak apalah kan, hidup masing masing. Yang penting kita lebih kenal diri kita daripada orang lain. Dan Allah lah yang paling kenal diri kita. Selalu lah doa kepada Allah supaya bimbing kita untuk  buat pilihan yang betul dalam setiap tindakan. 

Semoga baik baik saja semuanya. Tak sabar nak balik berpuasa di rumah dan menyambut Hari Raya Idulfitri! Okay bye, Assalamualaikum.

Wednesday, 29 March 2023

Moreh Bersama yang Tersayang🦋

Assalamualaikum 


    Anak ketam tersesat🦀

Kerang tu so sedapzz! Saya bermoreh bersama Abecik Kakcik di kedai yang selalu kami pergi tu. Kedai oghe kelate/siam. Kami order 3 hidangan iaitu colek buah, daging cicoh, dan kerang panggang. UISHH SEDAPNYA😭 Memang habis lah semua tu kami makan. 

Nanti bila Kakcik mari UIA semula, nak request lah untuk pergi lagi sini😌 Nanti Abecik cakap dalam hati, "macam macam lah adik ipar aku ni". Haha. Semoga semua orang dapat bersabar dengan saya🐾 Maklumlah saya kan keseorangan di sini. Jadi, bila ada Abecik Kakcik ni rasa suka sangat sangat. Rasa warm dan disayangi. Alhamdulillah. Dah dekat berbuka puasa ni. Bye Assalamualaikum.

Sunday, 26 March 2023

My Abang Ipar turns 25💖

 Assalamualaikum.


Alhamdulillah Abe Dailamie umur 25 cukup dah. Tapi still lagi muda dari sorang tu👀 Haha. Sweet apa macam tu. Cuma perangai Abe Dailamie lagi matang lah. Ish ish. I love you Kaksya, jangan kecam saya. Semoga Abe Dailamie dapat bersabar dalam melayan karenah Kakakku yang macam macam. Saling melengkapi lah kan❤️❤

Kaksya pun ada kelebihan dia. Dia mengada ngada dan manja dengan Abe Dailamie je. Dengan siapa lagi kan dia nak manja manja. Alhamdulillah, dengan asbab kehadiran Abe Dailamie dalam hidup Kaksya, Kaksya jadi a better person and a better servant of Allah sekarang. Semoga semakin meningkat Iman dan istiqomah, Allahumma Amin. Apeni tiber pasal Kaksya, nak buat blog pasal Abe Dailamie. Saya rasa kiut sangat, Abe Dailamie perangai macam orang tua walaupun muda lagi. Dia matang dan takut kalau kita main benda bahaya. Ingat lagi masa saya tengah seterika baju, saya pegang besi iron yang panas tu untuk cek suhu. Abe Dailamie nampak pahtu cakap "Ehh bahaya tuu". Haha. 

Kaksyadah doakan semoga Allah sentiasa pelihara Abe Dailamie daripada segala bahaya dan dijauhkan dari segala kemungkaran. Semoga sentiasa dipelihara Iman di dalam hati Abe Dailamie. Semoga terus jadi seorang yang penyabar, bertanggungjawab dan beriman. Semoga Allah kurniakan kebaikan, kebahagiaan dan kejayaan yang hakiki  di dunia ini dan di Akhirat kepada Abe Dailamie, seluruh ahli keluarga dan semua orang tersayang. اللهم آمين

Semoga bahagia dunia Akhirat🫶🏽

Thursday, 23 March 2023

Abdullah Abbas Anak Soleh

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, Abdullah Abbas yang comel, imut dan gemoy banget sudah satu tahun guys. Besar sudah. Olisi oku diya Abdullah Abbas ❤️🫶🏽🤍 Maaflah, MamaDa mu ini multilanguage person. #tolonglayansaya

أنا أحبك حبا جما يا عبدالله عباس. واسمك جميل جدا، أرجو أن تكون صالحا في الحياة و تحصل على النجاح والسعادة في الدنيا والآخرة، اللهم آمين

KALASAHAN ABDULLAH ABBAS❤️

Wednesday, 8 March 2023

Happy Belated Birthday Alongku💓

Assalamualaikum.

7/3/1991

Along umur 32 tahun dah!😭 Alhamdulillah ala kulli hal. Umur 32 tu muda lagi Along, jangan rasa tua okay. Along pun nampak muda..perangai toksoh oyak la..mace umur 18. Haha. Comel betul abang saya ni. Walaupun kita tidak rapat sangat, saya harap Along tahu yang saya sayang Along💞 Cuma tak berani nak luah je. Kita buktikan sayang tu melalui doa kepada Allah saja. Dan tolong apa yang patut. 

Kaksyadah minta maaf kalau ada buat apa apa yang menyakitkan hati Along. Saya masih budak...tolong maafkan saya. Apa saya mengarut ni haha. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan Along Kaklong dan anak anak, bahagiakanlah kehidupan mereka di dunia dan di Akhirat, permudahkanlah rezeki yang halal untuk mereka, cukupkanlah rezeki mereka, kurniakanlah kepada mereka kesihatan yang terbaik, selamatkanlah mereka daripada segala bahaya, ya Allah teguhkanlah keimanan mereka dan kekalkanlah ia sampai ke akhirnya. Ya Allah, kurniakanlah kepada mereka sekeluarga kejayaan yang hakiki di dunia dan di Akhirat, Allahumma Amin🫶🏽

Alongnya jarang bergambar, letak gambar mini Along lah💗

Wednesday, 1 March 2023

Setahun Lalu🏞


Assalamualaikum.


Rindunya nak pergi Sabah lagi. Rasa macam baru je pergi hari tu, rupanya dah setahun berlalu ya. Gambar ni diambil dekat kedai Kupang di Tandek, Kota Marudu. Cantik sangat kan?? Padahal situ bukannya tempat peranginan yang khas tapi sangat cantik. Mesti orang Sabah rasa bangga jadi Sabahan. Sebab tu di mana mana pun mereka mengaku Sabahan dengan penuh kebanggaan. Haha. Berdendam betul ayat tu. Takpelah..Adalah tu hikmahnya saya orang Kelantan. Saya pun bangga jadi orang Kelantan. Hmm krik krik. Saya patut bangga sebab saya ada 2 kewarganegerian iaitu Pahang dan Kelantan. 

Apapun, bumi Sabah memang cantik. Terima kasih ya Allah. Semoga ada rezeki untuk pergi lagi sana. Sonong kosuabon, nunu habar nu baino?, naka'akan ko noh?, langadon oku diya, muhang oku dika.. Haha tiber. Okay bye Assalamualaikum.

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...