Saturday, 24 September 2022
Wednesday, 14 September 2022
Siapa Cipta Matematik?๐ง ☠
Assalamualaikum.
Matematik musuh ku mantad pogulu. Sebenarnya saya suka Matematik masa sekolah rendah. Tapi bila masuk je tingkatan 1, memang saya tak faham sehabuk pun matematik. Saya tak faham dengan kawan kawan saya yang suka matematik dan sentiasa faham bila cikgu mengajar. Dan ketidaksukaan saya tu kekal sampai sekarang. Memang susah la nak mengajar matematik Adik saya sekarang. Sebab saya sendiri ni jahil kira kira.
Kalau subjek lain boleh tahan lagi. Semoga Adik saya tidak mengikut jejak langkah saya dari segi tu. Saya kagum dengan orang orang yang pandai dan minat matematik. Contohnya, Abah saya dan Abecik. Okaylah, itu saja coretan saya pasal matematik. Bye Assalamualaikum.
Adikku Sekolah!
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, Adik saya dah mula sekolah menengah. Tingkatan 3. Proses nak masuk tu agak berkonflik awal awal tu, tapi Alhamdulillah Allah permudahkan juga. Kesian Adik saya, orang macam tak percaya dia tingkatan 3. Sebab secara fizikalnya dia nampak macam pemuda hensem umur 20. Tapi hakikatnya dia hanyalah budak yang baru meningkat remaja. Kalau kenal dia dekat dekat baru nampak macam budak budak tu.
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan Adikku. Permudahkanlah dia untuk menuntut ilmu dan peliharalah akhlaknya sentiasa ya Allah. Lindungilah Adikku daripada segala bahaya dan ancaman dalaman dan luaran. Kau bagilah dia sentiasa menjadi kebanggaan Abahku dan Umiku hingga ke akhirnya. Kurniakanlah kepada Adikku Ahmad Mukhlisin, seluruh ahli keluargaku dan semua orang yang aku sayang kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia ini dan di Akhirat kelak terutamanya.
ุงูููู
ุขู
ูู
Monday, 12 September 2022
Sunday, 4 September 2022
Alang umur 29 sudah!
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, Alangku Ahmad Sobirin sudah berumur 29 tahun. I love you Alang. Semoga Alang baik baik saja di tempat kerja. Ya Allah, kurniakanlah kepada Alangku kehidupan yang terbaik di dunia ini dan di Akhirat. Permudahkanlah segala urusan Alang di mana jua dia berada, permudahkanlah jodoh yang terbaik buat Alang, dan bahagiakanlah Alangku di dunia dan di Akhirat terutamanya ya Allah. ุงูููู
ุขู
ูู
Pilihan Ketiga
Assalamualaikum.
Sejujurnya, pagi ini saya kecewa dengan anak saudara saya Si Abdurrahman Zakwan. Sedih saya dibuatnya. Dia baru bangun tidur di ruang tamu pastu terus masuk bilik sambil muka nak menangis. Macam selalu lah. Saya pun terus nak dukung dia untuk relaxkan dialah..macam selalu saya buat. Selalunya dia akan peluklah saya kan. Tapi pagi tadi, saya hulurkan tangan saya, dia tolak sambil muka tu macam taknak sangat. Bila Kakcik nak ambik dia, dia terus peluk. Lupakan kulit ea Abdurrahman.
Masa tu, dalam hati saya, " nati semua oghe gi, toksoh bbaik nga MamaDa".. hmmm tak matangnya saya. Dengan budak pun nak kecewa. Kan saya sensitif dua tiga hari ni.๐ Sombong ya bila semua mak sedara ada ni..hmm sedihnya. Aku tidak lagi diperlukan. Bye Abdurrahman๐พ
Subscribe to:
Posts (Atom)
Angahku yang Sweet
Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...
-
Assalamualaikum. Hari Khamis lepas kami ada photoshoot setiap batch untuk diletakkan di dalam majalah KOED. Untuk kami Ohana, kami buat vot...
-
Assalamualaikum. Tahu tak..saya dah ada online banking. Baru buat hari tu. Jadi, saya dah boleh bayar sendiri tiket bas. Selama ni kena min...
-
Assalamualaikum. Selamat berumur 26 tahun๐ Banyak yang Kaksya lalui dalam hidup selama 26 tahun ni..Alhamdulillah akhirnya Kaksya bertemu ...