Alhamdulillah, 65 tahun sudah! Semoga terus selamat sejahtera Malaysia ku. Semoga Allah lindungi negara kita daripada segala bahaya dunia dan bahaya Akhirat terutamanya. اللهم آمين
Wednesday, 31 August 2022
Saturday, 13 August 2022
Majlis Syahadah Adikku
Assalamualaikum.
Saya bangga nama saya disamakan dengan majlis hafazan al-Quran.🙂
Tahniah Adikku sayang!!😍😍😍 11 Ogos, dia mula mengaji pukul 4.30 pagi sampailah pukul 1.50 pagi. Berapa jam tu ye..orang kata hampir 22 jam. Lama betul. Habis 30 juzu' Al-Quran. Adikku kuat Alhamdulillah. 12 Ogos majlis bekwoh bersempena dengan syahadahnya diadakan di tahfiznya. Saya tak sangka ramai betul datang. Adik saya kena tunggu je kat depan tu sebab Ustaz Hasan suruh. Kan tu majlis dia..jadinya orang datang nak tengok dia la.
Yang saya sedihnya..saya tak terfikir pun nak ambik gambar suasana majlis tadi. Tapi saya nampak di facebook Abelong Fakhrurrozi ada banyak gambar. Hmm ambik kat situ jelah. Pastu terharu betul saya tadi..Adik ajak saya bergambar. Dia peluk bahu saya. Saya peluk pinggang dia. Padahal ada ramai orang masa tu..Dia tak malu pun tunjuk kat orang saya ni kakak dia.😭 terharu. Lepas tu ada lah dua budak busuk nak masuk gambar jugak hmm. Haha kiut kan. Tapi gambar tu dalam telefon siapa pun tak tahu.
Alhamdulillah sangat. Terima kasih ya Allah atas nikmat ini. Kau kekalkanlah akhlak yang mulia dalam diri Ahmad Mukhlisin sampai ke akhirnya ya Allah. Begitu juga kami semua, Allahumma Amin. Peliharalah kami dunia Akhirat dan kurniakanlah segala yang terbaik buat kami semua di dunia dan di Akhirat terutamanya ya Allah. اللهم آمين
Bergambar dengan Abe Li Farmasi☝️
Friday, 5 August 2022
Penyesalan MamaDa
Assalamualaikum.
Kemarin anak anak saudara saya dah balik rumah Maktok dia. Mula lah MamaDa menyesal dengan segala perbuatan. Kenapalah saya tak bagi durang nak dengar lagu, kenapalah saya selalu marah, kenapalah tak bagi durang nak tengok tv..hmm..dan banyak lagi penyesalan. Bukan nya saya tak bagi langsung apa yang mereka nak tu..cuma saya hadkan..begitu, kemas MamaDa. Sepanjang duduk dengan saya di rumah ni, saya buat jadual harian untuk mereka. Bangun pagi, makan makanan ringan dulu. Sambil teman MamaDa buat kerja. Lepas tu, saya masak nasi dan lauk. Masa makan tu barulah saya buka tv untuk mereka. Asyik asyik tanya bila tv nak bangun haha.
Tengok tv sampai pukul 1 lebih tu, saya suruh mereka mandi lepas tu tidur. Dalam pukul 5 bangun. Jadinya macam dorang tak bebas sangat lah nak buat apa apa sebab saya control. Hmm sekarang mereka dah balik mula lah saya menyesal. Kenapalah saya tak bagi je apa yang mereka nak..bukan susah pun. Tapi macam biasalah..banyak kali dah menyesal macam ni..tapi bila tiba masanya saya akan buat perkara yang sama. Bye Assalamualaikum.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Angahku yang Sweet
Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...
-
Assalamualaikum. Hari Khamis lepas kami ada photoshoot setiap batch untuk diletakkan di dalam majalah KOED. Untuk kami Ohana, kami buat vot...
-
Assalamualaikum. Tahu tak..saya dah ada online banking. Baru buat hari tu. Jadi, saya dah boleh bayar sendiri tiket bas. Selama ni kena min...
-
Assalamualaikum. Selamat berumur 26 tahun😝 Banyak yang Kaksya lalui dalam hidup selama 26 tahun ni..Alhamdulillah akhirnya Kaksya bertemu ...