Wednesday, 29 June 2022

Tambalut Wagu

 Assalamualaikum.

Saya dapat kawan baru! Hihi. Nama dia Nurin. Saya boleh kenal dia tu sebabnya dia kerja dekat kafe mahallah saya. Hari tu dia yang tegur saya dulu. Dia tanya umur berapa. Saya cakap 20. Rupanya dia pun umur 20 jugak. Dia tengah tunggu result spm masa tu. Dia ambik spm lambat sikit. Lepas tu tadi saya pergi makan kat cafe. Saya order jus oren kan, pastu dia suruh saya tunggu kat meja. Sebab selalunya saya berdiri dekat kaunter tu je.

Saya tengah makan nasi kat meja, dia pun mari hantar air tu. Pastu dia duduk depan saya. Kami pun bercakap pasal banyak benda. Tu first time kami betul betul bercakap. Selalunya bertegur hai dan senyum macam tu je. Dia cerita, dia berhenti sekolah masa tingkatan 4 lepas tu sambung belajar dekat Indonesia. Gonto ke nama tempat tu. Kat situ belajar subjek agama dalam Bahasa Arab. Belajar kat situ 2 tahun, pastu kovid. Dia pun balik sini. Sepatutnya ada 2 tahun lagi, tapi dia tak sambung. Dia terus ambik SPM. Alhamdulillah dia dapat UM. Dia ambik kos bisnes. Nak cuba katanya.

Yang sedihnya, hari ni hari last dia kerja kat sini. Alhamdulillah sempat juga kami berkenalan betul betul hari ni. Lepas tu kami bergambar. Semoga Nurin berjaya dalam apa jua perkara dalam hidupnya. Semoga Allah kurniakan segala kebaikan kepada Nurin dan semua orang sekelilingnya di dunia dan di Akhirat, Amin ya Allah.


I Love You Angah Ku

 Assalamualaikum.

Masa saya duk rumah Kakcik 10 hari tu, hampir setiap pagi Angah bawa balik aiskrim untuk saya. Hihi. Kadang kadang air yogurt, roti dan sebagainya. Celik celik mata dah ada makanan depan mata. Saya suka sangat sebab Angah anggap saya budak kecik. Memang saya muda 10 tahun daripada Angah pun. Tapi Angah still muda dan hensem😎

Pastu, ada hari yang Abecik dan Kakcik balik Johor. Jadinya saya dan Angah saja duduk rumah tu masa tu. Angah la yang beli nasi untuk saya pagi dan petang. Ais krim dan kitkat pun Angah beli. Masa saya nak balik UIA tu, dari rumah Kakcik ke stesen kereta api Angah yang hantar dengan motor. Wahh akhirnya saya naik motor setelah berapa lama tak naik. Laju jugak Angah bawak. Best sangat!

Semoga Allah makbulkan segala doa Angah, diberi keimanan yang teguh, disenangi orang sekeliling, dipermudahkan urusan dalam semua perkara. Semoga Allah kurniakan kehidupan yang terbaik buat Angah ku Ahmad Solihin di dunia dan di Akhirat, Allahumma Amin.

5 Years Old Already!😭

Assalamualaikum.

Hari ni 29/6, Zahratul Iman saya dah umur 5 tahun. Alhamdulillah ya Allah. Tapi sedih sebab dah besar Iman. Iman tetap baby di mata MamaDa. I love you Iman. Jadi juruh sampai bila bila tau. MamaDa sorry sebab MamaDa behi marah Iman, lagi lagi masa Iman kecik. Tapi masa tu MamaDa pun muda lagi, tak pandai berurusan dengan budak. Loni MamaDa koho okay kea??!!😁

Ya Allah, jadikanlah Zahratul Iman anak yang solehah, kakak yang menjadi contoh yang terbaik kepada adik adiknya, manusia yang disenangi orang sekeliling, dan hambaMu yang Engkau redha dunia Akhirat. Kurniakanlah segala yang terbaik buat Zahratul Iman dan semua orang sekelilingnya di dunia dan di Akhirat, Allahumma Amin.






Pandai sudah dia jaga adik☝

Bila dia kebas telefon MamaDa ni haha

Tuesday, 28 June 2022

Definisi Study Week

 Assalamualaikum.

Saya menghabiskan tempoh study week di rumah Kakcik! Hihi. Enjoy betul. Rumah Kakcik ni kita boleh kata syurga di dunia. Tapi iyalah mana boleh lawan rumah keluarga kita tempat kita dibesarkan kan. Tapi memang sangat best sepanjang duduk rumah Kakcik. Pertama, sebab tak fikir pasal belajar. Kedua, ada Netflix. Spot yang paling best di rumah tu adalah atas sofa depan tv. Tu tempat favourite saya. Kadang kadang saya tidur je kat situ malam malam. 

Saya sampai je rumah Kakcik, hari tu jugak saya tengok cerita Reply 1988. Lama dah Kakcik suruh saya tengok tapi tak tertengok sebab saya tak ada mood nak tengok cerita Korea. Bila start tengok tu, saya rasa macam masuk dalam cerita tu. Haha over tak. Ralit betul tengok cerita tu. Best sangat! Dalam 3 ke 4 hari jugak saya habiskan semua episod. Saya tengok sambil stress sebab tak belajar lagi nak exam. Abecik pun cakap, apa yang saya buat tu, barulah dinamakan study week. Itulah definisi study week yang sebenar. Abecik cakap mana ada orang study masa study week haha.

Hari Selasa malam, lepas habis kelas mengaji budak budak, kami pergi makan Mykori. Lepas tu kami pergi makan nasi dengan daging di restoran Maboro. Saya tak ingat la yang saya makan tu daging lembu ke kambing. Tapi sedap sangat. Nasi tak habis tapi. Daging semestinya habis! Saya minum air honeydew.

Lepas makan, kami pergi pantai di Port Dickson tengah tengah malam. Kami duduk santai atas tempat baring yang isi angin tu, yang macam pelampung. Rancangnya nak duduk situ sampai pagi esok la. Tiba tiba, saya tengok langit pelik. Awan macam berkumpul satu baris. Lepas tu ada bau macam laut tu, kuat sangat bau tu. Tiba tiba angin kuat datang. Kuat sangat sangat angin tu. Angin yang paling kuat saya pernah hadapi. Semua orang pun balik la. Takut. Orang kat situ cakap tu tanda nak hujan. Tapi sebaiknya jangan duduk situ la kalau jadi macam tu.

Kami pun pergi cari hotel. Akhirnya kami tidur di hotel malam tu. Esok pagi, kami kembali ke pantai tu. Duduk tengok pantai dalam setengah jam, kami pun balik. Alhamdulillah saya enjoy sangat "study week" ni. Terima kasih ya Allah atas nikmat ini. 




Scary betul dia punya nombor meja☝




Hotel👆

Makan sebelum ke pantai☝



Ada plastik😕

Akhirnya Saya Berdikari

Asssalamualaikum.

Tahu tak, saya kan tak pernah keluar tanpa penjaga. Masa start study week hari tu, Kakcik ajak pergi rumah Kakcik. Kakcik tanya nak Abecik ambik ko nak pergi sendiri. Saya pun tanyalah, kalu pergi sendiri macam mana. Kakcik kata naik kereta api. Saya pun setuju jelah untuk pergi sendiri sebab masa tu Abecik Kakcik baru lepas accident motor. Takkan Abecik nak bawa kereta sejam dengan sakit sakit semata mata untuk ambik saya. 

Jadinya, hari Jumaat tu, pukul 2 petang saya tunggu Transporter datang ambik. Pukul 2.22 dia sampai. Dia hantar saya ke KTM Batu Caves. Lepas tu saya beli tiket kereta api buat kali pertama dalam hidup. Saya pun naik kereta api. Best sangat naik kereta api! Tapi masalahnya saya pening. Masa bila saya tak pening kan, pening sokmo. Dekat 2 jam naik kereta api, akhirnya sampai Alhamdulillah. Tapi masa sampai tu saya macam tak nampak jalan dah. Sebab pening sangat. Jadinya Kakcik order grab. Saya pun naik grab tu sampai ke rumah Kakcik. 

Sampai tu saya terus baring dekat sofa. Tapi saya tetap rasa bangga sebab akhirnya saya berjaya melakukan perjalanan satu urang tanpa orang dewasa. Haha. Punyalah tak berdikari selama ni kan. Tapi saya tahu Abah dan Umi mesti risau sangat sangat. Dahla saya ni selalu pening tiba tiba. Tapi Alhamdulillah selamat. 


Reward Ke Seratus Kalinya

 Assalamualaikum.

Self reward itu penting. Setelah letih belajar, dan meluahkan segala ilmu itu dalam exam, kita pergi Mykori! Sejak mula study week sampai hari ini, dah berapa kali self reward haha. Self reward disalah guna. Tapi exam tak habis lagi tau, ada 2 subjek lagi. EDFS dan Nahu. EDEP dan Sorof done!

Ceritanya, lepas exam Sorof tadi, kami pergi Mykori. Tapi sebelum pergi tu saya solat Asar dulu. Saya satu urang ja yang bulih solat daripada 6 sekawan ni. Habis je exam pukul 4.30, saya TERUS pergi solat. Pukul 4.45 saya selesai solat. Tiba tiba bunyi azan Asar.😗Begitu lah ceritanya.

Lepas solat buat kali kedua nya, kami pun pergi Mykori. Kami order Mount Fuji dengan Mount apa tak ingat satu lagi tu. Tapi yang berry warna pepel tu. Nasihah order lasagna dengan makaroni. Best la kali ni sebab cukup 6 orang. Selalunya Ibtihaal tak ada. Jadinya sakan lah kami bergambar alang alang semua ada ni. Photographer Ainin. 

Hari ni rasa relax sikit sebab exam seterusnya lagi 3 hari. Doakan saya dan sahabat ya. Bye Assalamualaikum.




Wednesday, 15 June 2022

الأغاني المفضلة

 Assalamualaikum.

Saya mau cerita pasal lagu yang saya suka sangat sangat sekarang. Saya tak tahu kenapa tapi best sangat lagu lagu ni. Setengah orang mungkin tak faham saya punya taste ni. Tapi saya yakin keluarga saya faham. Terutamanya Kaksya dan Adik. Lagu lagunya adalah;

1. Boros Nu Di Tohuri Noh

2. Noromuk Lansanku

3. Please Be Careful with My Heart

4. Paling Manang

5. Tupusku

6. Pakamatay

7. Masi Malasa

Tu bukan urutan paling suka ke paling tak suka, saya letak je semua lagu yang saya suka tu. Ada bahasa Dusun, Tausug dan Inggeris. Dusun dan Tausug tu bangsa di Sabah. Tapi di Philipine pun ada Tausug. Dan tahu tak, saya faham beberapa perkataan Dusun sekarang. Best betul belajar bahasa Dusun. Semoga nanti saya dapat bertutur dengan lancar dalam bahasa Dusun. Bahasa Arab pun tak lepas lagi hmm. Doakan saya.

Hectic week (gittew)

 Assalamualaikum.

Hai blog, saya kembali setelah berapa lama. Saya ada banyak sangat kerja sekarang.😭 Saya rasa stress betul. Tak pernah lagi macam ni sepanjang duduk universiti. Iya lah saya kan baru first year haha. Hmm. First year pun banyak kerja ni macam mana. Sem ni kan, masa relax tu relax sungguh. Tak ada kerja langsung. Tapi bila ada kerja, berbondong bondong datang. Jadinya bertambunan lah kerja nya. 

Hari ni baru relax sikit. Tu pun report EDFS tak siap lagi. Ebook EDIT saya dah siap part saya, kena submit esok. Tapi, sejujurnya enjoy la belajar TAASL ni. Gitu dek haha. Sebab assignment dia kebanyakannya best. Kebanyakan ya, bukan semua. Saya paling enjoy microteaching Nahu. Yang dalam kelas dan pdpr dua dua best. Alhamdulillah.

Tidak sabar saya mau balik rumah. Duk di U kali ni  betul betul niat belajar. Teda niat tersembunyi. Rasa sunyi pun ada. Apa saya mengarut ni huehue. Bestnya Kaksya sana. Saya pun mau pigi sana. Saya boleh bayang la nanti kalau Kaksya kena pindah semenanjung macam mana. Mesti sedih sangat sangat. Staro saya yang tidak berada di tempat Kaksya pun rasa sedih. Dia apatah lagi. Lari tajuk sudah ni hihi.

Doakan semoga saya dapat buat yang terbaik semua exam dan cepat cepat balik rumah. Bye Assalamualaikum.

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...