Friday, 18 February 2022

Adikku 15 Tahun Sudah!

Assalamualaikum.

Hari ni, 18 Februari 2022, adikku telah mencapai umur 15 tahun. Alhamdulillah ya Allah. Besar sudah Adikku. Sekarang Adik saya duk dekat tahfiz. Nanti beberapa hari lagi Insya-Allah nak pergi ambik dia di tahfiz, untuk pergi ke Sabah. 

Ya Allah, Kau sihatkanlah Adikku Ahmad Mukhlisin, Kau lindungilah Adikku daripada segala penyakit dan daripada segala bahaya. Jadikanlah Adikku hambaMu yang berakhlak mulia dan terpuji yang Engkau redhai ya Allah. Kau kurniakan segala yang terbaik buat Adikku di dunia dan di Akhirat, Allahumma Amin.

Tuesday, 15 February 2022

Test JPJ

Assalamualaikum.
13 Februari hari tu, saya test jpj. Ada suka ada duka. Suka sebab saya lulus Alhamdulillah. Duka sebab kena marah JPJ. Masa tu saya rasa darah naik atas kepala, rasa nak mengamuk haha. Tapi saya fikirkan Abah Umi. Kesian kalau kena keluarkan duit lagi untuk mengulang buat lesen. Saya pun cuba untuk bersabar. Semoga orang JPJ tu diberikan hidayah oleh Allah, Amin.

Saturday, 5 February 2022

Iman Abdurrahman ada di sini!

Assalamualaikum.

Anak anak saudara saya balik rumah ni. Mereka ni semakin kiut, saya tak boleh tahan. Sebab dah jelas percakapan mereka, jadi rasa kiut budak kecik boleh bercakap macam tu. Zahratul Iman tu bukan setakat petah bercakap, siap cakap Sabah bah! Haha. Abdurrahman Zakwan Kelantan pure dek. Haha banyak perkataan Kelantan yang dia tahu. Cumil sangat kan. Semoga membesar menjadi soleh dan solehah,  hamba Allah yang taat perintah Allah dan tinggalkan larangan Allah. Allahumma Amin.

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...