Friday, 31 December 2021
Last teen Ya Allah!!
Monday, 27 December 2021
Kakakku dan Game Pizza
Saturday, 25 December 2021
Teman Umi Berkebun di Petang Hari
Wednesday, 22 December 2021
Banjir Disember 2021
Assalamualaikum.
Sekarang ni musim banjir. Tapi banjir kali ni macam lain sikit. Dia fokus dekat kawasan bandar. Rumah orang kaya, rumah artis pun masuk air. Rumah saya takde air alhamdulillah. Cuma jalan nak keluar masuk perumahan ni ada air sikit. Tapi Alhamdulillah makanan kami cukup lagi, jadinya tak perlu keluar rumah dah. Nak tunggu air surut je ni.
Kesian sangat tengok ramai yang terjejas banjir. Rumah pun terhapus. Tidak ada tempat tinggal lah mereka ni. Tapi saya budak lagi, tak tahu macam mana nak hulurkan bantuan. Bulih doa saja sekarang. Semoga Allah permudahkan urusan mereka dari semua segi, Allahumma Amin.
Bye Assalamualaikum.
Akhirnya Selesai Present
Saturday, 11 December 2021
Pergi Pantai Geting dan Aeon Mall
Monday, 6 December 2021
Penemuan Baru
Assalamualaikum.
Hari tu saya buat carian di google pasal haiwan, sebab nak tunjuk kat anak anak saudara. Lepas tu saya tengok yang kita boleh tengok haiwan tu 3D. Yang lebih seronok lagi, 3D tu kita boleh tengok dekat real life..maksudnya seakan akan haiwan tu ada depan kita. Saya pun ambik gambar haiwan 3D tu dengan anak anak buah saya, suka betul mereka haha.
Tak sangka maju betul sekarang. Rasanya dah lama benda tu, saya saja yang baru discover. Okay itu saja cerita saya. Bye Assalamualaikum.
Friday, 3 December 2021
Ke Pasar Pagi
Wednesday, 1 December 2021
Wanita Syurga, Bidadari Dunia
Assalamualaikum.
Tahu tak, saya suka sorang selebriti Indonesia ni..Nama dia Oki Setiana Dewi. Mesti semua kenal kan. Saya suka sangat dia. Saya kenal dia masa tengok cerita Ketika Cinta Bertasbih. Saya suka sangat watak Ana Althafunnisa' tu. Solehah betul dia. Saya terinspirasi sangat. Saya sampai termimpi mimpi nak jadi solehah macam tu jugak.
Lepas tu barulah saya kenal Oki Setiana Dewi. Rupa rupanya, Oki ni solehah lebih kurang macam dalam cerita tu jugak. Jadi saya pun mulalah suka dia. Dia kahwin pada tahun 2014, masa umur 25 tahun. Suami dia, Ory Vitrio tua 7 tahun daripada dia rasanya. Saya suka sangat tengok mereka, matang sangat dan pandai mendidik anak anak mereka. Semoga zuriat zuriat mereka menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah kesemuanya.
Saya sentiasa berdoa semoga saya dan kita semua berjaya menjadi seorang yang soleh dan solehah, dan dikurniakan segala yang terbaik di dunia dan di Akhirat. Allahumma Amin.
Angahku yang Sweet
Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...
-
Assalamualaikum. Hari Khamis lepas kami ada photoshoot setiap batch untuk diletakkan di dalam majalah KOED. Untuk kami Ohana, kami buat vot...
-
Assalamualaikum. Tahu tak..saya dah ada online banking. Baru buat hari tu. Jadi, saya dah boleh bayar sendiri tiket bas. Selama ni kena min...
-
Assalamualaikum. Selamat berumur 26 tahun😝 Banyak yang Kaksya lalui dalam hidup selama 26 tahun ni..Alhamdulillah akhirnya Kaksya bertemu ...