Sunday, 26 September 2021

Colourful day!

 Assalamualaikum.

Saya rasa best sangat hari ni. Tengah hari tadi saya dan Umi saya pergi Pantai Timur beli water color. Kami buat aktiviti melukis dengan water color! Mungkin ini pengalaman pertama Iman dan Abdurrahman main water color ni. Antara yang sertai aktiviti ni, Kaksya, Adikku, Iman, Abdurrahman dan saya. 

Hihi best kan sekali sekala main macam ni, rasa gembira sangat. Saya pun dah lama tak guna kala air ni. Hihi orang Kelantan panggil water color "kala air". Baiklah setakat ini saja untuk malam ini.

Bye Assalamualaikum.

Adik dan anak anak buah☝

Hasil seni Zahratul Iman!☝

Hasil kerja Abdurrahman Zakwan!☝ (Abdurrahman sapu kala air warna hijau dekat muka)

Karya seni Adikku!☝ ( Ada 3 superhero di sebalik bendera tu )

Saya punya☝

Tapak tangan Iman, Abdurrahman dan MamaDa☝

My Vaccination Story

 Assalamualaikum.

Saya dah vaksin hari tu. First dose masa 29 Ogos. Kesan vaksin pertama tak teruk, sakit tempat cucuk tu je. Saya vaksin hari yang sama dengan Kaksya, jadi kami pergi sama sama. Umi bawak kereta. Kami sampai tu, sempat duduk sekejap je, lepas tu dia dah panggil. Alhamdulillah semua orang baik, tak marah marah pun. Selesai lah dos pertama kami. Dalam perjalanan balik tu Umi singgah beli mi celup di Gual Sitok. Sedap!

19 September, kami terima dos kedua. Alhamdulillah lagi lancar perjalanan daripada masa dos pertama. Tak ramai orang pun. Kami tak sempat duduk pun. Masa cucuk tu tak sakit langsung. Tapi saya dan kaksya demam 2 hari. Saya rasa lemah sangat masa tu. Rasa lenguh dan tak bertenaga. Masa tu baru terfikir selama ni Allah bagi sihat je tapi kurang bersyukur. Masa sakit baru ingat Allah, ish ish ish. Astaghfirullahal-azim, kita kena banyakkan bersyukur.

Okay bye, Assalamualaikum.

Friday, 24 September 2021

Dua Si kecil di sini!

 Assalamualaikum.

Kemarin Umi saya dan saya pergi ambil anak saudara saya, Iman dan Abdurrahman di rumah mereka. Umi saya nak suruh mereka duduk beberapa hari di rumah kami, sebab ini sajalah masa untuk meluangkan masa bersama sebab saya nak start degree tak lama lagi. Nanti takut takde masa nak berjumpa.

Cumil sangat 2 orang ni. Bijak. Suka baca buku, suka mewarna, suka tengok gambar dalam buku. Semoga berkekalan sikap tu, Amin. Lepas tu, Abi dia, Tokbah dan Poksu kan suka memanah, jadi  mereka pun berminatlah. Abi pun belikan panah satu sorang untuk mereka. Panah kecik, comel sangat. 

Saya selalu berazam taknak marah mereka, nak bagi mereka gembira je kat sini. Tapi kadang kadang saya termarah jugak. Hihi. Pastu menyesal. Tapi okay je kan, kita kena tegur juga sikit sikit.

Okay itu saja pasal Iman dan Abdurrahman.

Assalamualaikum.

Iman dan Abdurrahman membaca buku☝

Wednesday, 22 September 2021

Wireless earphone!

 Assalamualaikum.

Akhirnya sampai barang yang ditunggu tunggu! Gembiranya saya. Abecik dan Kakcik beli inpod sorang satu, untuk Kaksya, saya dan Adik.

Kaksya punya warna biru, Adik warna kelabu, saya warna hijau. Hihi cantik sangat. Selain inpod, Abecik dan Kakcik beli seluar pendek untuk Adik, pastu sunblock untuk Kaksya dan saya. 

Hihi okay setakat itu dulu.

Bye Assalamualaikum.

Yang tengah tu saya punya!

Sunblock saya dan Kaksya!

Monday, 6 September 2021

Undergraduate Student

 Assalamualaikum. 

Saya rasa macam tak percaya. Saya officially pelajar degree. Rasa macam baru je masuk CFS hari tu. Cepat nya masa berlalu. Saya ada azam baru hihi. Saya nak belajar bersungguh sungguh, saya nak jadi rajin. Daripada dulu lagi memang berazam macam ni, tapi tak pernah menjadi. Haha. Takpe kita usaha dan doa, Insya-Allah kita akan jadi seperti yang diimpikan. 

Saya dah selesai semua urusan register masuk degree ni, Alhamdulillah. Yuran dah bayar, semua bahagian information dah isi, dah activate pin, gambar kad metrik dah upload. Banyak kali ambil gambar untuk kad metrik tadi, semua kena reject. Akhirnya upload gambar yang sama dengan masa CFS. Redha je lah. 

Sekarang ni tunggu untuk Tilawah Placement Test je lah. Saya dah register test tu. Tunggu dia bagitahu bila tarikhnya. Doakan saya dapat mengaji dengan terbaik. Doakan juga semoga saya dapat memahami pelajaran dengan baik dan dapat buat yang terbaik dalam setiap ujian dan peperiksaan dan berjaya dengan cemerlang, Allahumma Amin.

Okay bye, Assalamualaikum.

Malaysia Merdeka!

 Assalamualaikum.

Hihi dah lama sangat saya tak post blog ni. Saya takde mood sangat nak tulis blog. Tapi hari ni, alang alang dah buka laptop, saya tulis lah blog. 

Selamat Hari Merdeka yang ke-64! Hihi minta maaf sebab lambat. Wahh, dah 64 tahun negara kita merdeka. Saya bersyukur sangat sangat dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia, sebuah negara yang sangat aman dan harmoni. Negara yang mempunyai semangat perpaduan yang sangat tinggi. 

Sebuah negara dengan rakyat berbilang bangsa. Melayu, India, China, Kadazan-Dusun, Rungus, Bajau, Murut, Iban, Bidayuh, Penan, Orang Ulu, Melanau dan banyak lagi. Hebat kan Malaysia? Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.

Hihi setakat ini dulu blog Merdeka saya. Bye Assalamualaikum.

Merdeka!

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...