Wednesday, 29 July 2020

Adikku Sayang


Assalamualaikum.
Saya baru lepas makan ais krim oreo. Sekarang baru pukul 10 setengah. Jadi masih sempat untuk saya tulis blog. Kelmarin internet slow, jadi tak tulislah blog ni.

Saya ada seorang adik lelaki. Umur dia 13 tahun. Saya sayang dia sangat sangat. Jadi, saya selalu berpesan itu ini kepada dia. Sebab tu kadang kadang dia serabut dengan saya. Saya selalu pesan benda sama dan banyak kali. Contohnya, bila dia nak pergi tahfiz, saya pesan; 'Jangan berkawan dengan sesiapa, kalau orang ajak bermain jangan ikut, jangan berkawan dengan budak tak good, dengar kata guru, jangan bercakap dalam kelas, jangan bagi pinjam barang kat kawan'; dan macam macam lagilah.

Sekarang ni musim covid 19, lagilah banyak saya berpesan;'Adik, jangan dekat dengan orang, pakai sanitizer, pakai mask, jangan salam dengan ustaz'; dan banyak lagi. Patutlah dia serabut sangat dengan saya.

Sekarang dia dah ingat 6 juzuk setengah. Juzuk 7 sikit lagi tinggal. Ya Allah, kau permudahkanlah adikku menghafal Quran. Amin.

Adik saya dah besar. Dulu dia pendek sangat daripada saya. Sekarang tinggi dia dah dekat sama dengan Abah. Saya rasa sedih pulak. Walaupun dia dah besar dan tinggi dari segi fizikal, tapi dia masih budak kecil. Dia manja sangat sampai sekarang. Alhamdulillah, dia masih mendengar nasihat Abah Umi dan kakak kakaknya. 

Ya Allah, Kau jadikankah adik lelakiku seorang yang soleh. Seorang anak yang taat kepada Abah Umi, seorang insan yang baik dan berakhlak mulia dengan orang sekeliling dan seorang hamba yang taat akan perintahmu Ya Allah. Amin.


Monday, 27 July 2020

Pengalaman Sehari

Assalamualaikum.
Dah lama saya tak tulis blog. Sebab hari tu saya pergi Gombak, bila balik tu rasa letih sangat. Takde mood nak tulis blog. Sekarang baru boleh tulis.

Hari Khamis malam hari tu, saya dan kakak saya naik bas pergi universiti kakak saya. Dia nak ambil barang bawa balik, kalau tidak kena denda nanti.Kami sampai kat sana pukul 6 lebih pagi rasanya.
Lepas tu terus berjalan ke bilik Kakak saya. 

Walaupun sehari je saya duduk situ, saya rasa best sangat. Sebab universiti dia macam oversea. Tak macam tempat belajar sangat. 

Dalam pukul 10 lebih,baru start simpan barang. Mula mula saya tolong jugak, lepas tu Kakak saya buat sorang sorang.  Sebab saya baring atas katil je. Kami beli nasi tomyam dan air milo di cafe. Cafe dia besar sangat dan bersih. Best sangat.

Ada juga benda yang buat saya terkejut. Kat situ kan ramai foreigner. Pakaian mereka memang pelik. Ada tu yang pakai kain satu helai lepas tu balut satu badan dengan kain tu. Orang Sudan rasanya. Cleaner kat universiti ni ramai orang Indonesia.Lepas tu, kakak saya yang sorang lagi datang dengan abang ipar saya bawa mcdonald. Kami makan di cafe. 

Kami bertolak pulang pukul 8 malam. Kami tunggu bas di depan Mahallah Hafsa. Saya pula rasa sedih masa bas bertolak keluar dari universiti tu.

Okey, itu sahaja cerita kali ini.

Assalamualaikum.

Universiti Kakak saya👆

Wednesday, 22 July 2020

الحياة

Assalamualaikum.

Sekarang ni hujan. Tapi Alhamdulillah tak kilat atau guruh pun. Semoga Allah permudahkan urusan Kakak saya yang tengah exam sekarang ni. Amin.

Dalam hidup kita ni, kalau boleh kita hidup janganlah menyusahkan orang lain. Lagi lagi ibu dan bapa kita. Kesian tau....Ibu bapa kita sabar je kalau kita ni buat masalah. Mereka tegur kita dengan baik dan sentiasa berdoa kepada Allah agar kita berubah. Tapi kita langsung tak peduli perasaan mereka. Kita cuma nak enjoy je dalam hidup ni. Makan, main game, tidur. Lepas tu makan, main game, tidur.

Ibu bapa cuma minta tolong sekali dalam 2 bulan pun, susah untuk kita buat. Buat pun dalam keadaan terpaksa(mecok). Cuba bayangkan apa yang ibu bapa rasa.

Makan je kita mahu, tapi bila ibu bapa minta tolong sikit pun kita menolak.Na'uuzubillahi min zalik.
Semoga Allah lindungi kita semua dari sifat buruk. Amin.

Jadi, dalam hidup kita, kita buat apa yang Allah perintah, tinggalkan apa yang Allah larang, buat apa yang nabi suruh. Insya-Allah bahagia dunia dan akhirat.

Itulah kewajipan kita dalam kehidupan ini. 

Tuesday, 21 July 2020

Belajar Bahasa Arab

Assalamualaikum.

Ada banyak cara yang menarik untuk belajar Bahasa Arab. Salah satu cara yang berkesan menurut saya adalah buat lagu dalam Bahasa Arab. Kita boleh menggunakan muzik lagu yang sedia ada. Kita cuma perlu masukkan lirik Bahasa Arab. Mudah kan!

Abah dan Umi saya guna cara itu juga untuk mengajar. Pelajar jadi mudah faham dan seronok bila belajar. Bekas pelajar mereka yang dah tua pun masih ingat lagu yang diajar tu. Sebab pelajaran melalui lagu ni mudah melekat dalam kepala.

Baru-baru ni, Kakak saya dan kawan-kawan dia ditugaskan untuk buat lagu untuk belajar Bahasa Arab. Sampai sekarang lagu yang mereka buat tu masih berlegar dalam kepala saya. Best sangat! 

Ada beberapa lagu Bahasa Arab yang saya jumpa kat youtube: 

1. الحكم والأمثال

2. ما في مسألة

3. Dhomair Anak Kampung

4. Ibqi Aamina Peluang Kedua

Monday, 20 July 2020

Anak Saudaraku

Assalamualaikum.

Sekarang dah pukul 6 lebih. Rasa sunyi sangat sebab takde anak saudara saya. Mereka berdua duduk rumah datuk nenek sebelah Umi dia sekarang ni. Mereka bergilir gilir duduk situ kejap, duduk sini kejap. Sebab rumah Abi dan Umi mereka takde air sekarang ni.

Saya rindu mereka sangat sangat. Masa mereka duduk sini, kadang kadang saya marah sebab mereka suka sangat sepahkan barang atau rosakkan barang. Biasalah budak kan....Tapi sekarang saya menyesal. 

Saya ada 2 anak saudara setakat ni. seorang perempuan, seorang lelaki. Yang perempuan umur 3 tahun, yang lelaki umur nak masuk 2 tahun. Dah besar dah. Dah laju dah cakap yang kakak tu. Adik tu baru pandai sebut beberapa perkataan.

Kepada anak saudaraku, Mamada minta maaf ye sebab selalu marah Iman dan Abdurrahman. Mamada cuma nak awak berdua tahu apa yang boleh buat, apa yang tak boleh buat. Supaya nanti besar jadi insan yang soleh dan solehah dan disenangi semua orang. Amin...

Sunday, 19 July 2020

Hari Ahad

Assalamualaikum. Hari ni hari Ahad. Abah dan Umi saya pergi sekolah. Jadi, tinggallah saya, kakak saya dan 2 orang abang saya di rumah. Adik saya pergi tahfiz pagi tadi.

Rasa sunyi sikit sebab takde adik saya. Kalau tidak boleh bertengkar dengan dia.Hehe. Sarapan hari ni nasi putih dengan ayam goreng KFC. Tapi saya tak makan lagi sebab tunggu kakak saya membaca jap.

Tadi, masa balik daripada hantar Adik di tahfiz, saya tengok kucing saya masuk tempat arnab. Saya takut kalau kucing tu nak makan arnab. Sebab sebelum ni dah pernah berlaku. 

Saya rasa saya takde benda best nak cakap pun. Saja je nak tulis blog.Okey, saya nak sarapan ye. Assalamualaikum.

Saturday, 18 July 2020

Adik-beradik

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita pasal adik-beradik saya. Saya ada 3 orang abang, 2 orang kakak dan seorang adik lelaki.Abang sulung saya berumur 29 tahun,Abang kedua 28 tahun, Abang ketiga 27 tahun.
Kakak saya 26 tahun, Kakak saya satu lagi 23 tahun. Akhir sekali adik saya, dia berumur 13 tahun.

Saya sayang adik-beradik saya. Mestilah semua orang sayang kan. Abang saya 3 orang tu dilahirkan di Sabah, dekat hospital Elizabeth rasanya. Sebab masa tu Abah dan Umi saya mengajar kat Likas, Sabah.
Lepas tu, Abah dan Umi saya pun balik sini dan Umi saya beranakkan kakak saya dekat Hospital Lati.

3 tahun kemudian, kakak saya sorang lagi dilahirkan di hospital yang sama. Saya pun dilahirkan di hospital tu. Adik saya dilahirkan di Hospital Zainab.

Okey. Sekarang saya nak makan nasi dengan tomyam yang Umi saya masak.Bye. Assalamualaikum.

Friday, 17 July 2020

Blog Pertama

Assalamualaikum. Ini adalah blog pertama saya. Saya belum pandai guna blog. Kakak saya yang ajar pasal blog ni. Dia dah berblog sejak bulan 10 tahun 2019.

Saya  berumur 18 tahun. Dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5, saya bersekolah di Maahad Muhammadi. Insya-Allah pada 8 Ogos 2020, saya akan masuk universiti di Pahang! Dekat dengan rumah Aki dan Tok saya. Saya suka sangat sebab dapat masuk universiti yang sama dengan kakak-kakak saya. Alhamdulillah.

Insya-Allah, di universiti nanti saya akan belajar Bahasa Arab. Saya suka Bahasa Arab tetapi saya tak pandai sangat. Sekarang saya semakin bersemangat untuk belajar Bahasa arab sebab tengok cara kakak saya belajar melalui kelas online.

Sekarang ni musim covid 19. 17/7/2020.Walaupun PKP dah berakhir, kita masih perlu berhati- hati ye. Kalau boleh pakailah mask dan pakai sanitizer apabila keluar rumah. 

Okeylah. Setakat ni dulu ye untuk blog yang pertama ni. Assalamualaikum!

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...